20 August 2009

kenangan berpuasa zaman kanak-kanak



hehe...teringat kenangan waktu kecik2 dulu..wktu mula2 nak belajar puasa..
~aku mula puasa masa tadika..masa tu cool gila.tak teringin langsung la nak minum ke ape..haha.bese la..sbb masa kecik2 mak kate kalau puasa penuh dapat banyak duit raya..hoho..
~masa aku darjah 2..aku pi curi2 makan kuih kasui[aku panggil..xtau korang paggil ape]yang mak aku buat untuk buka puasa..masa tu lagi sejam je dah nak berbuka.aku gi sebat 2 ketul kuih tu..sbnrnya tak lapar pun.tapi,bile tgk mknn tu tiba2 rasa teringin.adik aku nampak,pastu die jerit.."mak!!alang tak puasa.."kuang3x..kantoi disitu..
lepas tu..sampai besar aku dah start puasa penuh..ehem..penuh ke?haha.ala,orang perempuan lain la.bukan saje2 xnk puasa..kih2x
puasa paling best..masa dekat sekolah menengah kot..huhu.start form1 sampai form5.malam2 kena g solat terawih
~terawikh yang best..kalau imam baca surah pendek-pendek.kalau 11 rakaat xpe la.ni kalau 21?siap boleh tertido.hahaha..
~tau x..aku penah je selamba escape solat terawikh semata-mata nak tengok citer korea kat 8tv time tu..mygirl rasanya.pengaruh tv punya pasal.huhu,jahatnya aku time tu
~pastu waktu rehat kat sekolah sume dok tido..puasa la katakan..dah la petang tak de prep..ganti dengan silent hour.."waktu tidur"jugak!huhu
~malam2 lepas terawikh ada moreh..jarang la miss.pasal makanan dia sedap2..dan time tu perut memang dah lapar balik..
~disebabkan bulan puasa ni akhir taun..biasa ujung2 taun sebelum cuti tu mesti ada jamuan dorm utk meraikan kakak2 form5..nk xnk kena buat gak la,sebab ianya satu kemestian..[yg ni prefect sekolah pun join!]pernah sekali kantoi dgn warden.fuh..konon pandai la cover lampu kalimantang tu dgn kain,so nmpk mcm dh light off,sekali warden terjah.."apa kamu buat ni?"semua lari naik katil buat2 tido.dengan costume xtanggal.haha~nasib baek xkena denda:P

old school time yg best!!kalau doraemon bleh kasi pinjam mesin masa kat aku mesti aku dah rewind balik ke masa2 dulu.haha~kita semua dh grown up.xtau la kot ade lg yg dok tertido time solat terawih pasal imam baca surah panjang-panjang..huhu..

sabtu ni dh start puasa..salam ramadhan untuk semua:)

18 August 2009

mari buat renovation



haha~sejak bile si budak MLT dh tukar profesion jadi engineer xbertauliah ni.

doktor bedah memang kerja dia operate hati....but we are an engineer of ourselves~..
kita yang bentuk diri kita,sahsiah kita,akhlak kita,hati kita..
dan kita betanggungjawab untuk renovate semula hati kita,sekiranya kita rasa kekurangan
mcm mana nk renovate?tepuk dada..tanya iman..
selalulah muhasabah diri..tazkiyatun nafs..
nak berubah kearah kebaikan,memang bukan kerja senang.tak ada benda yang senag dalam dunia.tapi kalau hendak seribu daya..xnk seribu dalih..

sesungguhnya ramadhan yang bakal menjelang ni adalah kredit bagi kita..
coz kalau puasa..
siang xyah fikir nak makan ape..~jimat belanja duit poket
kalau merokok..ni la time kite nk latih diri kurangkan merokok..badan pun sihat,,duit jimat..
and ni la masa kita nak topup balik segala amalan kita sebelum-sebelum ni,yang terkurang boleh tambahkan..

juz think the bright side of this..islam never burden its followers..
lend to allah,He will give the best for Us!

16 August 2009

mencari ketenangan...



huh..xtau nk ckp..pernah tak rasa macam kena tikam byk2 kali?complicated aku ni..
ntahla.he shouldn't said that..not sopposedly..
tahu tak,kadang-kadang aku rasa ni suma salah aku..
sebab terlalu ikutkan perasaan..
maybe i was right.
tp nmpknye bile ditimbang semula..bukan semuanya salah aku..
salah aku..kerana terlalu berharap dia akan jadi seorang kawan baik
yang sentiasa ada by hook or by crook..
tak kira masa susah atau senang..
salah dia..sebab tak berada disebelahku sebagai seorang sahabat
pada ketika itu..ketika dimana aku betul2 perlukan seseorang..
aku tak minta banyak pun time tu..
ckpla sekadar sms tanya khabar..as a good friend[he said]
dan sakit rasanya bila dapat tahu,dia lebih pentingkan hal lain??
kenyataan memang pahit untuk diterima..heck,i admit it.
then,dia tak patut menuturkan ayat itu..
no.never.
dia tahu salah dia,tapi aku menghukum dia tidak kena masa?
apa mksud dia ckp begitu?
hukuman patut ada masa yang tertentu ke?begitu?
aku dapat rasakan seluruh ketenanganku diragut pergi oleh sebaris kata2 itu..
oh...i was hurt..
i need painkiller..

semoga aku beroleh ketenangan yang dicari..amiin..

15 August 2009

solat sunat istikharah dan mimipi

assalamualaikum..
entry yang aku rasa agak menarik tajuknya untuk dibincangkan...
korang pernah buat solat sunat istikharah..?
secara jujurnya..aku belum pernah buat lagi..
tp dalam usaha nak mencuba
mentaliti masyarakat zaman sekarang,solat sunat istikharah hanya ditunaikan
apabila berkaitan hal-hal jodoh..
walhal..tujuan sebenar kita mengadakan solat istikharah itu adalah untuk memohon petunjuk daripada allah s.w.t
setelah berhadapan dengan dua pilihan yang berat untuk dipertimbangkan..
dimana pilihan yang kita ada itu amat seimbang dan memiliki banyak persamaan..
bermakna..kita menyerahkan keputusan ditangan allah s.w.t agar membimbing kita memilih yang terbaik diantara pilihan-pilihan tersebut..
maksudnya disini..solat istikharah bukanlah hanya bila kita tidak boleh membuat keputusan dalam soal jodoh..bahkan dalam semua aspek kehidupan.tidak kiralah dalam soal nak memilih universiti mana satu,nak ambik kos ape,dan sebagainya..
Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.
Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.

Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”


so..apa kaitan solat istikharah dengan mimpi?
sebenarnya tak de kaitan pun..menurut Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman dalam blognya.
http://www.zaharuddin.net..amalan solat tidur selepas menunaikan solat sunat istikharah adalah cadangan Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)


dan perlu diingatkan!tidak semestinya kita menuruti apa yang terdapat dalam mimpi selepas kita melakukan solat sunat istikharah..sebab ada kemungkinan bila kita mendapat tahu keputusan tersebut kita akan tidak menyukainya..sebab kadang2 perasaan tidak suka kita itu berkemungkinan juga hasil dari istikharah yang kita lakukan..:)

riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya” ..
maknanya,kita digalakkan melakukan istikharah dan menerima keputusan daripada istikharah itu dengan redha..

(Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)


ha..dh terbukti kan?so..tiap apa jua yang kita lakukan pun..jika menemui kesulitan,boleh aja kalau nak buat istikharah..bukan hanya dalam bab2 jodoh aja..

marilah kita sama-sama amalkan solat sunat istikharah..huhu..

13 August 2009

andainya wanita tahu..

dengan nama allah,yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
entry hari ini...andainya wanita tahu..satu kajian random terhadap kaum lelaki..aku pun tak pasti siapa yang jadi tukang kaji...juz nk share..coz aku rs artikel ni agak menarik juga..hehe

-Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)[betul3x..aku sokong 120 %]

-Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.[hehehe..part menarik ni.betul la agaknya..sebab lelaki lebih mementingkan keserasian..tapi ada gak lelaki lepas kahwin perempuan cantik lalu depan mata selamba je usya depan isteri..xtau la kot2 deme saja nak bagi isteri deme jeles..]

-Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.[yup..jadi ada baiknya berterus-terang..sebab kadang-kadang kalau kita bagi hint pun,lelaki tak kan perasan..]

-Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.[aha?tapi ada fakta mengatakan lelaki susah nak heal diaorang punya heartbroken..ambik masa lama jugak la..]

-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.[yang ni..aku setuju la..]

-Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.[yang ni..camne nak explain yer..dh memang fitrahnye lelaki akan tertarik melihat wanita..]

-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama![yang ni..aku xpasti la.maybe jgk kot.xde experience pulak bab2 ni]

-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.[erm..ade ke cmtu?]

-Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.[ye ke?tapi kadang2 diaorang ikutkan jugak..sayang la katakan..]

-Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.[tapi..kbykn wanita akan buat2 xtau..walaupun si lelaki sikit punya straight to the point..]

-Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys![ha?yeke?]

-Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.[ha..yang ni betul.aku sokong..]

-Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini. kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.[girl are sure unpredictable..]

-Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..:)[maybe...!]

-Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja.Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah![hahaha..nti xpasal2 msuk court pasal sexual harassment..just forgive la..

-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.[sebab adalah pelik melihat lelaki menangis meraung-raung kerana seorang wanita.banyak lagi perempuan dalam dunia ni..]

-Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...[boleh pakai ke idea ni?]

-Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.[aku rs aku ok je?]

-Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.[hehehe..secret weapon..]

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

yes...and kenalah ingat..tiada siapa yang perfect dalam dunia ni..sebab tu allah cipatakan setiap insan dengan kelemahan masing-masing..supaya hidup ini saling melengkapi...
"we came to love not by finding a perfect person..it's because we learn to see an imperfect person perfectly.."[novel RADHA-rnysa]

12 August 2009

registration day..

register..register..
tiap2 sem kena register..
awat Unisel xwat sistem register macam uitm ke...
online je...pastu dtg2 trus je ambil schedule.pastu trus blaja..
ni nak kena beratur panjang2...
penat den..[sigh]
tapi..best gak.dapat usya orang.
satu tabiat yang aku memang xleh ubah sejak dulu..
suka memerhati gelagat orang..huhu.kalau orang tu ter'perasan'?
buat2 la pandang tmpat lain..

unisel skrg dh berwajah baru...nti next post aku letak gmbr die..
dulu building kaler biru,taun nih dh tukar tema..kaler oren.
oren?awat cm pelik je..nasib baik kaler dia x striking
mau berpinar mata den nti.hohoho

tapi,bagus jugak la ble buat register dgn cara begitu.
agak lembap!itu kelemahan dia.tapi,dalam ms yg sama leh check sape yang dijangkiti H1N1..nak harap student sendiri pergi wat check up kat hospital,jangan harapla.selagi tak sakit,selagi tu tak jejak kaki kat hospital.
tadi kat pintu masuk dewan,sume student kena wat body temperature scanner..
penah tgk x gmbar scanner tu cmne?meh aku tunjuk.



ni..dia pakai infrared..harga dia dalam 76.91 USD.kalau 1 USD bersamaan rm3.526710..maknenya satu unit benda ni harga dia dalam rm271.24.xla mahal sangat.lagi mahal tv pensonic 14 inch kat rmh aku ni..hehe.

cuak gak doh..bila akak tu scan kat kepala kita ni..mana tau,kite ni sbnrnya ada H1N1 ke..pastu bile ada bunyi 'tet'..akak tu pun tgk bacaan suhu badan aku dan bagi tag ijau..yay!aku bebas dari penyakit tu..Alhamdulillah..tapi,jangan nak suka sangat.

sekadar ocehan semata..

hanya sekadar ocehan semata..aku ada terbaca satu artikel ni..somewhere la tp aku dah tak ingat kat mana..akak ni bengang gile dengan lelaki2 zaman sekarang..

nak tahu kenapa?
coz lelaki zaman sekarang,kalau nak pilih calon isteri..mesti dalam kategori ni..
first:ada rupa,walau tak cantik sangat
second:pandai memasak
third:paling tak pun berpelajaran la..

huhu...akak ni kate,lelaki zaman sekarang ni 'pemilih'.tapi,antara tiga tu,yang penting mesti kena pandai masak...
maknanya,kepada wanita berkerjaya yang takde masa nak masak untuk suami..
tak de peluang lah..kan..kan..
haha..iye la.tapi,setakat nak cari yang pandai masak,petik je jari...
kalau yang tak pandai masak tu boleh g kelas memasak..
tapi,kalau perempuan letak syarat utama si calon suami ni mesti berkebolehan menjadi imam?
apakah yang akan lelaki2 di luar sana lakukan?
alamat tak kahwinla wanita2 semalaya ni nanti.hahaha.
tak payah state la kenapa..tapi,itula senario yang berlaku sekarang..
teringat lagu nasyid..

"iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa
ia tak dapat dijualbeli..ia tiada ditepian pantai.."

literally means..trait kepandaian memasak,boleh diwarisi..tapi ilmu agama,keimanan..kena datang dari dalam diri..

lagipun allah s.w.t dah berfirman:
"lelaki yang baik,hanya untuk perempuan yang baik"
so..berusaha la kita untuk menjadi yang terbaik...sebab jangan berangan nak dapat pasangan hidup yang baik kalau diri sendiri pun 'tak baik..'
janji allah itu benar!

11 August 2009

confession~huhu..

hari ni..demi nk menghilangkan rasa boring..aku nak post something la..
lebih kepada sesi confession..hahaha
dapat idea masa tengah baca novel tentang Dhiya~syuD

soalan:apakah 10 perkara yang anda telah lakukan,tapi orang lain tak tahu sepanjang hidup anda??
1)harga repair hanset sony ericsson baru ni ialah rm130..sedangkan aku bagitahu angah kena rm100 jek[might be killed for this]
2)pernah pura-pura sakit(demam kura2)depan member,xnak makan punya pasal coz time tu duit cukup2 untuk tambang bas balik rumah je[although time tu dah seharian dekat unIsel
3)aku ada admire seseorang..budak kelas aku dulu[5 taun weh],tapi aku dah tak minat dia sekarang..
4)buat kerja partime kat tesco extra sorok2 tanpa pengetahuan mak and ayah[sampai cuti semester pun tak balik kampung]tapi akhirnya terkantoi jua..kuang3x
5)dah biasa hidup tanpa ada sesen pun duit dalam tangan masa duk asrama dulu..coz sebulan ayah akan bagi rm20 je..[sampai nak balik kampung kena mintak ihsan member sikit duit nak beli tiket]thanks to noni,ila and ena..;)
6)kawan baik aku dari dulu hingga kini adalah LELAKI...
7)aku kena tipu...masa tu nak cari keje partime.orang tu mintak bayar rm180.aku bayar,tapi sampai skrg xder khabar berita pun pasal keje tu[byk tu..buat beli makanan dah kenyang]
8)pernah tak makan nasi untuk berhari-hari lamanya sebab terlalu malas nak masak[hanya makan roti gardenia kosong sebagai alas perut]
9)hanset yang aku pakai sekarang ni aku beli kerana nak lepas geram[time tu aku br lepas heartbroken]bukan sebab teringin sangat nak guna hanset canggih.
10)sepanjang aku sekolah menengah,ranking aku dalam kelas selalunya 20 dan ke bawah..[tapi alhamdulillah..spm aku 7a jugak..]

ada banyak lagi..tapi aku tulis ni je la ek..
k la..nk tido..huhu.gambar ni khas utk korang

10 August 2009

lessons for today..

ni lirik lagu kumpulan mestica ft munif hijjaz.dedicated to all my frens outside there..xlupa juga pada semua kaum hawa,jom ambil pengajaran dari lirik ni...

Puteriku Sayang
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica feat Munif
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya



erm..best x lirik dia?menyentuh hati kan?
dulu aku ingat lagi,lirik lagu ni ada tampal dekat musolla by kakak naqibah
masa baca tu,tak tau pulak lirik lagu.ingatkan poem ke..
nk tukar la..aku nk dedicated lagu ni kat semua kaum adam dan hawa diluar sana
percaya x,lagu ni sgt sesuai kalau nak menasihati anak2 sekarang coz certain part dalam lagu ni memang kena dengan kebanyakan situasi yang berlaku zaman sekarang
haha..when the 'ustazah' in me start mumbling.

08 August 2009

kisah orang patah hati

dari semalam lg aku nk ckp benda ni..
it's a confession.that hurts..
my bad..coz i have to break someone's heart..unintentionally..
bukan seorang..tp dua
seorang..someone that i have juz know.tp tiba-tiba dia spill out his feeling.
and i did a lie to him..saying that i love someone else?
mengarut je semua tu...terpaksa buat macam tu..
xnk bg false hope.lgpun benda2 ni bkn bidang aku.
another one..is my bestfriend.maybe i should put the entitle 'ex' infront
meaning,dia penah la jd kwn baik..
but since he ignored me..and i have decided to not become his bestfriend anymore..
aku tau..memutuskan silaturahim is a sin.tp aku tak putuskan persahabatan kami..
it's just i can't accept it anymore..coz enough is enough.
mungkin dia hanya boleh jd 'kawan' and bukan 'kawan baik'.

"...boleh jadi kamu benci pada sesuatu,padahal ia baik bagi kamu.dan bolah jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagimu.dan Allah jugalah maha mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui." surah albaqarah(2):216


yes..dan aku akur akan hakikat itu.

how cruel i am..
kenapa kita rasa sakit...bila kita menyakiti orang lain?
definitely..cash on delivery.kalau tuhan nak balas perbuatan seseorang tu,
tak payah tunggu dekat akhirat besok,hari ni pun boleh..
aku selalu fail kalau bab2 yg melibatkan hati dan perasaan..kenapa ek?
i always good in making someone's heart broken.it's not a joke.try me..

07 August 2009

lelaki cantik?perempuan gagah?


cantik ke lelaki ni?
Kecantikan Lelaki.
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah :-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk KEINSAFAN
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

perempuan gagah?
Kegagahan Perempuan.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah, adalah :-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Lelaki yang cantik mendorong perempuan menjadi gagah dan perempuan yang gagah mampu membuat lelaki cantik mengalirkan air mata kerinduan..
Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


aku kira setuju je dengan pendapat ni..lelaki bukan sahaja patut ada rupa yang hensem tetapi harus ada sifat yang cantik sejajar dengan keelokan paras rupanya.jangan ingat lelaki cantik je mesti yang jenis lemah lembut macam pondan.salah tu!wanita pula harus mempunyai sifat gagah,walaupun perempuan telah Allah s.w.t jadikan lembut sifatnya.lepas tu jangan ingat perempuan yang gagah ni mesti yang selalu angkat benda berat-berat je..

anda semua setuju x dengan pendapat ni?

06 August 2009

repair..repair..


muahaha...gelak jahat plak aku..
pg2 dh kena ketuk..pasal nk repair hanset sony E kesayangan aku ni..
terbang rm130..huhu.nasib baik loan br kuar...time ni la dia nk rosak pun..
ntah ape cina tu cakap td,rosak ape aku pun tak pasti.ingat murah jek..rupanya kena gak seratus lebih...erm..

dh tu...lama gak la repair,sampai habis satu plaza alam sentral tu aku jelajah..aku anta repair dalam kul1030pg...orang tu kata dalam kul 12 dah boleh ambik..lepas tu bila aku dtg nk ambik kul 12 tu,dia kata tak siap lagi.dalam kul2 baru bleh siap..
adui..last2 aku kata aku amik besok je..penat den nk tunggu..

05 August 2009

tag:kenali diri sendiri

tag ni aku cilok je pun dari org lain...dh bosan tahap tak ingat...nk tgk jugak kite kenal diri sndr ke tak kan?

Empat nama anda yang dipanggil oleh rakan-rakan :

1. ct>budak-budak teksa..makro shah alam..ym,chatting<

2. mak jah>yang ni khas utk semestians je..<

3. ja>kawanku nuasmirah salim pggil gne nama ni<

4. jaharah>ni utk yang skema macam cikgu2 ke...<


Empat tarikh penting dalam hidup anda :

1. 15 september(tarikh aku melihat dunia,dikongsi bersama adik usop and orang yg dah aku anggap mcm abg sndr,abg din)

2. 21 okt>tarikh lahir emak

3. 24 jun>hari lahir ayah

4. aku belum kahwin..so,xder tarikh untuk mengingati bila aku first time jd someone's fiancee or wife..that could be a sweet day to be remembered..right?

Empat perkara yang anda lakukan 30 minit yang lalu :

1. chatting dengan sorang budak arabian yg belajar dekat utm.

2. tgk drama ampang medical kat tv9 dihatiku

3. dengar lagu nasyid kat laptop,skrg pun still dgr lg..

4. update aku punya novel yang entah dari zaman bila nak siap

Empat kaedah untuk bahagia :

1. buat tak tahu

2. Jalan sorang2 kat shopping complexes

3. Duduk tengok tasik shah alam

4. buat movie tour,tgk drama korean.huhu

Empat hadiah yang ingin anda terima :

1. pergi oversea buat medic(if and only if)

2. kereta sebijik(senang nak bawak ayah g buat medical check up kat hospital)

3.valueable friendship

4.husband in future yang baik..ada sape2 nk hadiahkan kat aku x?

Empat hobi paling diminati :

1. Blogging

2. Jalan-jalan kat shopping complex sampai kaki naik lenguh.

3. tgk korean and japanese drama

4. berimaginasi-menulis novel

Empat tempat ingin anda kunjungi untuk bercuti :

1. g mekah la buat haji..insyaallah..

2. mana-mana pulau yang boleh tenangkan fikiran

3. tempat yang ada air terjun...rindu nk g ulu yam lagi

4. indera mahkota,kuantan.first time dengar ada nama tempat macam ni

Empat minuman kegemaran :

1. Milo(kalau tak sempat nak breakfast)

2. tembikai laici (my favourite,all the time)

3. abc-air bandung cincau(hanya terdapat di bazar ramadhan jew

4. air mineral....


hah...tag dh hbs buat,tp boring tetap tak hilang gak

kisah buku baru...

tajuk kite hari ni pasal buku baru...bukan buku baru beli dari kedai la..haa..tau tak esok hari ape?nisfu syaaban la..aku pun baru teringat.ni semua angah punya pasal la..
"alang,esok aku puasa tau"
"la..puasa je la.apa kena mengena dengan aku?"
"esok kitaorang puasa berjemaah satu ofis.kan nisfu syaaban.lepas tu bukak puasa sama-sama"
"ohh..."aku baru teringat,ni kan bulan syaaban...

tiba-tiba terdetik pulak kat ati apa kelebihan nisfu syaaban ni sampai semua orang sibuk nak beramal banyak2..padahal hari lain pun boleh je nak buat kan?surf internet tadi..dapat tengok satu artikel ni.. http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm...


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban maksudbya setengah bulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

malam ni jugak dikatakan hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).kalau kat sekolah dulu ada buku rekod disiplin kan?yang ni pun lebih kurangla...segala amalan kita selama setahun tu akan dipresent kpd allah s.w.t...so,agak2 kalau letak atas penimbang tu mana satu lg berat?baik ke jahat?sendiri makan asam,sendiri rasa masam la kan..bila aku teringat je benda ni kan,baru terfikir banyak mana sangat amal kebaikan yang aku ada selama setahun tu nak dipresentkan pada allah s.w.t?

kita selalu rasa cuak bile nak present project paper kat depan semua student and lecturer..tapi pernah tak kita rasa perasaan yang sama bila buku amalan kita nak kena present dengan allah s.w.t ni?so...fikir2 la.

04 August 2009

the most difficult question

maaf jika menyinggung.....

ingin hatiku skadar bertanya pada seluruh kaum mu wahai kaum yang bergelar wanita....

apakah yang kau pandang atau lihat pada seseorang yang di namakan lelaki???

Fizikal nya kah??

Suaranya kah??

kekayaannya kah??

kebijaksanaannyakah??

Atau keperibadiannyakah??




jika diberi satu pilihan kepadamu wahai kaum wanita untuk memilih seorang pasangan hidup, namun lelaki tersebut hanya mempunyai satu sahaja kelebihan yang manakah anda pilih????



1. Kelebihan fizikal, hensem, sasa, tapi lembab...

2. Yang hanya mempunyai suara yang merdu, tapi cacat fizikal...

3. yang mempunyai kekayaan melimpah2, namun sombong, bongkak....

4. Yang genius otaknya, tapi pendek akalnya....

5. Yang baik keperibadiannya.... bertakwa,beriman.... namun tidak punyai apa2.... miskin..... papa kedana.... hidup hanya dengan mengambil upah untuk menoreh getah.....


i said....:susah giler nak jawap soalan ni...anyone of you can answer thiz question for me?artikel ni dihantar oleh seorang guy yg maybe agak kecewa coz direject or somthing else..

tapi...kalau aku?diberi pilihan....antara 4 kriteria memilih husband in future
a)harta
b)rupa
c)pangkat
d)agama..
of course la aku pilih agama sebagai pilihan utama..so kalau ikut yang dekat atas nun i choose num 5.kalau miskin pun,kira tak pe la..coz nobody perfect kan...
tapi...kalau aku nak jugak-jugak husband in future yang handsome?

6 perkara yang allah sembunyikan daripada kita

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan
124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah
menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang
pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman
nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya

mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu

itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau

sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam
bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling
utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah
menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

selama ni kita tak tahu..sekarang kita tahu.so,bersyukurla sebab kita manusia akhir zaman yang telah allah berikan bayak kelebihan berbanding kaum terdahulu...

salah satu cara nak bersyukur?solat lima waktu sehari semalam..itu je link kita dengan allah..so,never take things for granted...

artikel cilok dari www.syok.org.

the best story ever..

aku rasa kebanyakan orang dah tahu kot kisah ni.popular gila waktu kat semesti.first aku dengar dari kak aqis.kalau ada dari korang yang tak tahu kisah ni jom baca

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan cuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..

Pemuda : ...(terdiam...)

hmm..mungkin ada juga antara kita seperti pemuda dalam cerita diatas ni,suka sangat fikir benda-benda luar alam...dan akhirnya kita sendiri terkurung dalam seribu satu persoalan yang kita ciptakan.mencari jawapan untuk segala persoalan tu tak salah..tapi biarlah berada dalam lingkungan kemampuan kita,manusia berdasarkan apa yang termaktub dalam al-quran dan as-sunnah...

02 August 2009

sampaikan dariku walau satu ayat...

,,,Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) berkata:
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


renung-renungkan...berapa banyak kali kita membaca al-quran dalam seumur hidup kita.kalau nak dibanding antara kita dengan lelaki dalam cerita ni,agak-agak besok kat akhirat siapa nak menolong kita?

p/s:aku dah banyak kali terdengar kisah ni..sebelum ni ambil remeh je,tapi tak tahu la kenapa bila baca kali ni terkesan di hati.