20 May 2010

saje suke

lama kan aku tak post ape2 entry dlm ni.ade la seminggu kot.
tp aku letih gile la.
nanti bila dah stabil sikit aku akan update semuanya dalam blog ni..
hehe.

16 May 2010

happy teacher's day

tak banyak yang dapat aku coretkan disini
it's 16 of mei..
dan sebagaimana yang aku dan anda semua tahu..hari ni hari guru.
jadi buat semua guru-guru dan pensyarah.

-tabika kemas sg samak
-sk sg samak
-sek men sains teluk intan
-dan lecturer di universiti industri selangor

selamat hari guru saya ucapkan
jasa dan pengorbanan anda,tidak ternilai harganya.
tanpa anda semua...siapalah saya sekarang


wonder...kenapa kita xcelebrate hari guru untuk pensyarah sekali?
sama2 kita fikirkan.=)

15 May 2010

masih ada harapan=)

Impian Malaysia musnah

Laporan RADIAH SAORI
dan HELMI TALKAH
sukan@kosmo.com.my


Chong Wei gagal menyumbang mata pertama negara apabila tewas kepada Lin Dan 17-21, 8-21 semalam.

IMPIAN seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad badminton negara kembali menjulang Piala Thomas musnah.

Semuanya gara-gara kekalahan memalukan kepada juara bertahan, China pada saingan separuh akhir semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil itu, skuad negara terpaksa akur dengan kekuatan China apabila tewas mudah 0-3.

Kini, rakyat Malaysia terpaksa menunggu dua tahun lagi bagi mengula- ngi kegemilangan yang dicapai pada tahun 1992 ketika skuad negara muncul juara dengan menewaskan Indonesia 3-2 yang turut berlangsung di Kuala Lumpur.

Kehadiran ribuan penyokong Malaysia di Stadium Putra semalam masih belum cukup untuk membantu skuad negara menewaskan China.

Perkara itu diakui sendiri oleh ketua jurulatih perseorangan negara, Ra- shid Sidek yang menganggap China sememangnya sebuah pasukan yang begitu konsisten dan sukar untuk ditewaskan.

"Tidak dinafikan, kita kalah di tangan pasukan yang lebih hebat seperti China dan mereka memiliki pemain-pemain yang lebih berkualiti dan seimbang.

"Pemain-pemain telah mencuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik, namun persediaan yang dilakukan China bagi menghadapi Piala Thomas kali ini lebih baik dan nampak sempurna dari setiap aspek.

"Semua pergerakan yang dilakukan oleh pemain-pemain negara dapat dibaca oleh China dan saya merasakan mereka memang mahu menang perlawanan tersebut."

Harapan yang disandarkan kepada jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei bagi menyumbang mata pertama tidak kesampaian apabila pemain No. 1 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan bintang sensasi China, Lin Dan yang mencatatkan kemenangan straight set 21-17, 21-8.


menonton kejohanan piala thomas dah jadi macam rutin dalam hidup aku.
walaupun dua tahun sekali
anda juga bukan?
bukan badminton sahaja..malahan sukan lain pun.ecspecially bola
maklumlah..sekarang musim FIFA world cup.

jadi..saya nak tanya anda disini.contohlah.dalam world cup nanti,
pasukan kegemaran anda..yang selalunya menang..tiba-tiba kalah.
adakah anda akan rasa kecewa yang teramat?
jawapannnya tentulah YA
tak payah tanya anda pun..kalau saya pasti kecewa juga.
tapi..satu lagi saya nak tanya disini...
walaupun pasukan anda tu kalah..tapi takkanlah anda nak memburukkan pasukan kegemaran anda sendiri?
anda lihat mereka main,jika anda kata anda peminat setia sukan bola sepak
sudah pasti setiap dari perlawanan yang pasukan anda sertai anda tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya.
pasti anda dah tahu dimana kelemahan dan kekuatan mereka

berikut adalah rekod pertemuan kesemua pemain


kita tengok aja statistik diatas tu
kalau saya..macam yang kita dah tengok malam tadi,saya memang tidak mengharap sangat
kemenangan dari pihak malaysia.
sebab memang mustahil untuk menang,melainkan ada keajaiban berlaku.
saya selalu tengok sukan,walaupun saya perempuan.
sebab bukanlah pelik sangat kan?
jadi dari cara pasukan china bermain malam tadi,saya dah tahu mereka memang dah atur strategi perlawanan untuk menang dengan Malaysia.
it's obvious..isn't it?

dan sebenarnya bukanlah Kekalahan memalukan macam yang dtulis oleh paper kat atas tu..petikan kosmo 15 mei 2010


jadi...apa yang saya nak bagitahu disini..
kita janganlah jadi macam talam dua muka pulak
menang kita puji,
kalah kita kutuk..
mereka dah beri yang terbaik
kalah dan menang adat pertandingan.
kalau kita sendiri pun,belum tentu dapat beri apa yang mereka dah beri pada negara.
kan?
betullah orang cakap..berat mata yang memandang,lagi berat bahu yang memikulnya.
sesuatu yang anda perlu faham disini
ranking hanya satu nombor.dan ranking tak menentukan siapa kalah siapa menang dalam satu pertandingan.

macamlah anak anda masuk sekolah berasrama penuh,tapi result exam mereka macam taraf budak sekolah menengah harian biasa.
as expectations grows high..the stress level also increased.
kita masih ada harapan untuk menang..walaupun perlu tunggu 2 tahun lagi.

sesuatu yang patut kita fikirkan bersama..

14 May 2010

last fotografi session

okeh..entry kali ni untuk fotografi session kami setelah habis exam itu hari..
masih lagi in da farewell mood.
maklumlah,da 3 taun bersama
ni nk berpisah pulak..=)

first time aku bergambar dengan semua orang
actually tak sume ade pun dalam gambar ni
macam-macam gelagat ade lah.
pening..tak usah cakaplah.

tengok je la gambar2 ni ok.


mun-aku-asmirah

budak2 yang gile posing


tengoklah..mereka lagi


mereka yang gila bergambar

masa nak buat huruf.amatlah susah bile semua tak beri kerjasama


masih lagi tengah menyusun.tak siap-siap lagi?



dah jadi..we are the M.L.T


cantik gambar ni.the one and the last picture i had with u all.
sedihkah?huhu...


walaupun aku tak baik sangat dengan semua orang..ecspecially dgn kaum ADAM.
aku tetap anggap kau orang kawan2 aku.dunia akhirat.
wish for your success in this world and the world here after

semoga Allah merahmati hidup kita semua.
AMIIn.......

13 May 2010

MLT's farewell..

11 mei 2010
majlis perpisahan untuk budak2 MLT intake 1/07/08
buat simple2 je..tp ok la..
walaupun tak ramai yang datang..tapi tetap meriah..=)



ni present yang aku bagi dalam event tuka hadiah tu..memang lucky la siapa yang dapat hadiah ni..sgt cute benda ni,sampai aku sayang gile nk bagi kat korang.hope u'll like it


in return aku dapat hadiah ni..thanks guys for da lovely gift!



kerusi tak cukup..xpasal2 kena berdiri..hihi



tengok tahap kelicinan pinggan pun da boleh tau betapa laparnya kitaorang.hahaha



u all memang sporting!posing time


tengah ambik makanan..sape la snap gambar aku ni



gambar ni masa dekat dataran shah alam..


antara indian student yang join BBQ ni..




ha..bebudak group 1.aku tak satu group dengan diaorang tapi thanks la sebab sudi jadi orang dapur=)



last..but not least..mr azrul the organizer.

ada banyak lagi gambar.tak larat la nak upload semua.
apa2 pun..this might not be the last meeting for us
tak sabar nak tunggu next reunion 1st may next year..

sekian,

10 May 2010

sesuci kasih ibu.



2nd week of mei..hari ibu.
bagi aku kasih seorang ibu tu macam teratai
yang mekar didalam lumpur
ditengah-tengah keperitan dan dugaan hidup
dia berikan kasih dan sayang sepenuh hati
macam teratai tu
how lotus survive in muds?
coz they have special ability yang Allah beri
to live and survive.
muds tu kita ibarat macam dugaan dalam hidup
for a flower to stay live in muds,it isn't that easy,right?
kelebihan yang seorang ibu ada..ialah kesabaran.
that's the special ability given to mothers
membesarkan anak bukan senang macam membela seekor lembu.
lembu..cuma perlu jaga kebersihan dia..bagi tempat tinggal,sediakan makan minum..tu aje.
sedangkan untuk membesarkan seorang anak,bukan aja makan pakai dan tempat tinggal diberi..tapi nak membentuk anak tu menjadi insan yang soleh itu yang menjadi cabarannya.
sebab setiap manusia itu diahirkan dengan sifat dan perwatakan yang berbeza-beza.
tak semua manusia dilahirkan terus jadi baik.
ada manusia dilahirkan dikalangan orang baik-baik,tapi kena ingat genetics derivation bukan penentu keimanan dan ketakwaan seseorang.
bak kata raihan
"iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertakwa..ia tak dapat dijual beli,ia tiada di tepian pantai.."

begitu payahnya nak mendidik seorang anak.

secara jujurnya,seumur hidup aku,aku tak pernah ucapkan selamat hari ibu.
ini serius.bukan lawak.
inilah hidup aku.yang orang tak tau.
kalau aku tak sekolah,agaknya aku sendiri pun tak tau minggu kedua bulan mei ialah hari ibu.
aku tau,mak aku tak pernah ambil kisah pun.
sedangkan selama ni keluarga kami tak pernah buat apa-apa jenis celebration pun.
even hari lahir sesama sendiri.
tapi kami ingat dalam hati.
emak..mungkin alang tak dapat nak ucapkan hari ibu
tapi alang sentiasa ingat dalam hati.

hanya Allah yang dapat membalas jasa emak.

07 May 2010

CINTA,SATU PERASAANKAH?

Cinta
Satu perasaankah?
Dua kali dengar,aku ingin rasa apa itu cinta
Adakah sama macam yang kita selalu dengar orang cakap
Cinta itu bak bunga
Mekar dan indah sepanjang masa
Atau..cinta itu bak matahari
Walaupun hangat dan membara tapi kita tak boleh hidup tanpanya
Ataupun lebih kepada air laut?
Biarpun selalu bergelora,tapi sekali pandang kita akan rasa ketenangannya
Definisi cinta bagi setiap orang mungkin berbeza
Dan rasanya mungkin juga tak sama.
Ada orang,cinta tu bagi dia wujud bila dia jumpa orang yang boleh buat dia bahagia.
Ada orang,cinta tu mungkin ada bila dia bertemu seorang perempuan cantik,dan dia terpikat padanya
Ada orang,dia rasa dia cinta bila seseorang tu boleh faham diri dan sikap dia.
Perasan atau tak
kita selalu sangat lari dari reality bila kita rasa kita ‘cinta’
kalau nak ikutkan,aku pernah je rasa semua tu.
Rasa bila ada orang faham diri kita
Rasa bila jumpa orang hensem dan terpikat
Rasa bila ada orang buat kita bahagia.
Tapi aku masih tak boleh nak kata itu ‘cinta’
Why am I so demanding?hati kecil bertanya.
What i’ve been looking for in my life?
Kenapa aku tak boleh nak rasa apa yang orang lain rasa?
Only ALLAH knows,becoz He have planned all.
Mungkin belum masanya
Ya..belum masanya.
Ketahuilah..sebenarnya bila kamu belum jumpa seseorang yang terbaik untuk diri kamu
Jangan sesekali mengeluh.sebab ALLAH dah tetapkan semuanya.
Mungkin si dia yang kita rasa baik,sebenarnya bukan yang terbaik untuk diri kita.
Ataupun sebenarnya kita yang belum cukup baik untuk diri dia.

Kata-kata bermakna dari cik siti jaharah ariffin =)

04 May 2010

exam fever.



buat semua rakan-rakan seperjuangan.
diploma MLT UNISEL intake 1/2007/2008

ditujukan khas untuk:
nuraldayana daud
siti munirah ismail
ros farahana rosli
nurul husna yusof
nurasmirah salim
nur aini abu hasan sheiri
nur izzati md esa
suindah

dan sesiapa yang tidak ada dalam list.
mari berusaha!
untuk final semester ini..

aja2 fighting.!!