17 March 2011

>->->Die

Entry ni khas buat seorang insan yang mungkin sekarang dengan bangganya boleh kugelar sebagai SAHABAT.ayat begini memang boleh buat orang yang membaca rasa nak muntah.and sorry to make you feel that..becoz I don’t easily make frens.ecspecially ‘MAN’.tak percaya,Tanya saja rakan-rakan ku di SEMESTI.bahkan di UNISEL pun.walaupun jumlah pelajar perempuan satu intake dengan aku tak sampai separuh kelas.tanya mereka,siapakah rakan lelaki yang pernah berbaik dengan aku.pasti mereka boleh gelak dengan soalan itu.pasal mereka pun 2x5 juga denganku.hahaha.

Oh,sebelum terlupa,nama ‘seseorang’ itu tidak dapat aku mention disini kerana ku telah berjanji tidak akan membocorkan identitinya yang konon low profile itu..(hohoho)..die nampaknya seperti sedang mengalami tekanan perasaan.jadi entry ini aku buat khas untuk dia supaya dia boleh rasa gembira.

Hmm..apa yang aku nak cite ek?

Sebenarnya tak ada idea pun.tapi tibai aje lah ye.baiklah.biar aku namakan die dgn ‘S’.kenapa ‘S’?well,it’s a capital letter which represents that person himself.bagaimana aku boleh berkenalan dengan dia.kami praktikal di tempat yang sama.bagaimana aku boleh terperasan akan kehadiran dia?one morning.masa tu hari pertama die mendaftar praktikal disitu.sedangkan aku sudah senior satu bulan.ketika melalui pintu masuk Jabatan PATOLOGI Hospital Taiping,mataku menangkap kelibat seorang ‘student’ bersama seorang wanita yang agak berusia.mungkin sedara mara die.tapi at that time aku tak fikir pon tu sedare die.aku siap boleh rase tu lecturer die.bagaimana aku tau die ‘student’?sebab dekat hospital taiping,kalau lelaki berpakaian putih dari atas sampai bawah,kalau bukan nurse,mesti PPK.xpun student.tp sebab dia pakai tag name masa tu.aku boleh cam yang itu.

Mungkin die tak perasan jugak,aku yang bukak pintu untuk die.sebab die nak masuk tapi tak tau passcode.then die tak senyum langsung pon dekat orang yang bukakkan pintu untuk die nih..itu sebab utama kenapa aku boleh ingat die.

Anyway…tanpa aku sangka2 jugak.lab pertama yang die masuk praktikal ialah lab yang sama aku sedang menjalani praktikal.masa tu dekat makmal Hematology.aku agak kekok jugak sebenarnya kalau kena bekerjasama dengan lelaki nih.tapi oleh sebab kami berdua je student dalam lab tu,nak tak nak kena bekerja bersama jugak lah.bukan ape,die nip on aku tengok kerek semacam aje.aku memang anti dengan lelaki yang kerek dua tiga macam ni.tapi bile dah lame2 kenal,aku rasa die ni agak okey dan boleh dibuat kawan..

Dari saat itu kami pon mula jadi kawan..sampai la sekarang..
Die tu..semua benda pon die nak cite.dari kisah kolej die sampai la ke anak sedare die.tapi a ku tak kisah.sebab aku suka mendengar instead of bercakap.lagipun,baru2 kenal kan time tu.bagi aku,kite boleh nilai seseorang ni dari cara die bercakap.biar la orang lain nak kate die over ke..poyo ke..kite yang kenal die.kite tau la die macam mana kan.

Antara kenangan yang tak dapat aku lupe bile die dengan excitednye nak cucuk jari aku untuk cek Hb.punya la confident masa mula2.bile darah tak leh nak di’pipet’ dengan betul baru die menggelabah..hehe.kesian kat jari aku ni.tak pasal2 jadi mangsa.

Kepada encik ‘S’.kau mesti ingat aku ni dah buang tebiat sebab tiba2 bukak cerita ni dekat sini.
Tapi..aku peduli ape…

p/s:sori entry ni tak best langsung.aku nak kau hepi jek.Tapi aku pon takde idea.jangan sedih2 dah ok.=)



gambar ni takdek kena mengena dengan entry.saje bubuh.hehe

14 March 2011

mungkin salah aku jugak..

memetik artikel yang baru kubaca tadi...





Lori beras terbalik.

Orang ramai berpesta mengaut beras ‘percuma’ di Lebuhraya.

Pemandu lori yang parah mengerang dengan luka yang dihurung lalat meminta bantuan.

Kelindan lori terbiar hingga mati di tepi jalan.

Saya cuba untuk menghadam laporan kejadian lori beras terbalik di KM394 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tanjung Malim bulan lalu. Apakah yang difikirkan oleh pengaut beras itu? Adakah mereka lebih miskin daripada penghuni pondok yang makan siput babi beberapa tahun lalu di siaran Bersamamu TV3? Jika tidak lama dulu orang ramai berkejaran mengutip duit syiling yang bertaburan akibat kemalangan di Lebuhraya yang sama, kali ini beras dikaut untuk habuan makan, membiarkan mangsa di tepi tanpa tindakan peri kemanusiaan.

Kebingungan.

Seperti ada satu ‘petanda besar, bagai ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan perilaku masyarakat kita kebelakangan ini.

11 Mac 2011, seluruh penduduk dunia terkejut.

Sesuatu yang tidak pernah dicatat oleh sejarah, Pantai Timur Laut Jepun dilanda gempa bumi paling dahsyat berukuran 8.9 pada skala Richter. Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.

Tidak pasti apa yang mahu diungkap, selain berdoa agar kejadian itu tidak mengulangi penderitaan kesan Tsunami di Sumatera pada Disember 2004 yang lalu apabila lebih 200 ribu nyawa terbunuh di sekeliling pantai Lautan Hindi. Gelombang Tsunami kali ini menggoncang perairan Lautan Pasifik hingga melimpahkan kesannya ke perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.

Subhanallah!

Hanya pernah sekali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kenangan di bumi Ibaraki, menambah ‘rasa terkait’ dengan apa yang berlaku apabila gempa bumi dan Tsunami turut memusnahkan kawasan yang indah dan permai itu.

Namun kesedihan dan debar menyaksikan satu demi satu laporan berita di media, terpukul oleh beberapa siri laporan berita media tempatan yang membingungkan.

TAHAP KEPRIHATINAN KITA

Belum pun reda gegaran dan deruan ombak ganas Tsunami di Jepun, Buletin Utama di TV3 sudah berbincang tentang implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta akibatnya kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.

Tatkala kenyataan rasmi Perdana Menteri tidak kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga tradisi negara matahari terbit itu!

Mulia sungguh hati rakan ini.

Apa sudah terjadi?

KOSMO! AHAD

Menyelak akhbar di pagi Ahad, sekali lagi kita kebingungan.

Kosmo Ahad 13 Mac 2011 di halaman 3, menyiarkan berita Ratu Pornografi Jepun, Maria Ozawa terselamat daripada malapetaka gempa bumi dan Tsunami itu.

Dalam ramai-ramai tokoh daripada kalangan rakyat Jepun, Miyabi pula yang jadi pilihan.

Bimbang benar dengan kehilangan ikon penting ini.

BERITA HARIAN

Diselak pula akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Entah apa yang cuba diterjemahkan melalui lakaran itu, ia pantas melahirkan betapa rendahnya moral kita hingga kejadian bencana sedahsyat itu, dilakar sebagai bahan senda gurau tanpa sedikit pun mempertimbangkan perasaan sekalian manusia, Jepun atau tidak Jepunnya mereka, berkenaan jurnalisma terencat jiwa ini.

Apakah semua ini?

Neo-journalism versi apakah ini?

Paling mengaibkan, lakaran kartun yang sangat tidak sensitif ini telah disiarkan di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN.

Berita yang disiarkan itu menyebut:

iReport —

Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor’s column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being “inconsiderate and distasteful”. Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication’s Facebook fan page. – posted by Dancingtiger

Mungkin media perdana sama ada di arena siar atau cetak, tidak mampu menyesuaikan diri dengan era jaringan sosial semasa yang semakin menidakkan kuasa veto mereka membentuk pendapat umum.

Dalam tempoh yang begitu singkat, sesuatu yang menggambarkan kejengkelen kartunis, serta kecuaian editorial, telah menjatuhkan maruah negara. Bagaimana kalau berita ini mengusik sentimen pelabur Jepun dan antarabangsa? Inginkah hukuman setimpal itu atas sikap rakan niaga yang tidak berhati perut?

Foto kredit malaysiana.pnm.my

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…

Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…

Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…

Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…

Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…

Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…

Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…

Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!

WASIAT NUH ALAYHI AL-SALAAM

Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alayhi as-Salaam kepada anak-anaknya yang beriman sebelum Baginda wafat pulang kepada Allah.

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:

“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!“

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

“Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam kepada anaknya sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya Baginda. Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.

Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi. Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara hidup ramai manusia pada hari ini.

SALAH SIAPA

Habis, salah siapa semua itu?

Mahu dikata salah kerajaan, ia kerajaan pilihan rakyat.

Mahu dikata salah rakyat, siapakah pendidik-pendidik rakyat itu?

Nampaknya ia salah saya.

Salah pendakwah yang belum cukup kuat berusaha.

Justeru saya telah, sedang dan akan terus berusaha.

Saya sudah mendapat satu lagi tugasan.

Anda cukup dengan menonton sahaja?

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada satu kaum itu sehingga mereka bertindak mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Salam takziah dari saya untuk akal dan budi tamadun manusia.

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
untuk artikel lanjut boleh baca kat link nitsunami akal dan budi di tanah air sendiri

salah satu komen pembaca dalam website ni berjaya menarik sedikit perhatian aku.

#
#
Saya Pelajar Malaysia says:
13/03/2011 at 7:06 pm

Assalamualaikum wrh..

Jazakallah Abu Saif atas siaran entri ini.

Saya salah seorang dari ratusan pelajar Malaysia yang sedang berada di Jepun pada masa ini. Kami di sini amat kecewa dengan “tsunami akal dan budi di tanah air sendiri” ini.

Sedang kami setiap detik sibuk meng”update” laporan terbaru tentang gempa bumi kali ini sedang kami berdoa supaya tiada goncangan kedua yang lebih dahsyat, amat mengejutkan sekali bila tahu ada tsunami yang lain timbul di Malaysia. Akhbar menyiarkan berita yang “entah apa-apa”, ada artis (idola masyarakat?) menyiarkan kata sinis di tweeternya. Belum cukup dengan fobia gempa bumi dan tsunami jepun, dikejutkan pula dengan fikiran kanak-kanak mereka. Sedang Jepun berusaha keras untuk mencari mangsa-mangsa yang masih hilang, ada segelintir rakyat Malaysia yang masih cuba bermain api.

Walaupun bumi Jepun ini digoncang, rakyat dilanda bencana tapi jelas bagi kami di sini bahawa rakyat Jepun mempunyai Islam dalam diri mereka yang bukan Islam. Tiada kes kecurian dilaporkan. Mereka masih mampu berbaris panjang untuk masuk ke convenience store untuk membeli stok makanan. Tiada kejadian tolak menolak naik ke dalam bas atau teksi semasa semua kemudahan kereta api diberhentikan sedangkan ketika itu semuanya risau keadaan keluarga masing-masing di rumah.

Nampaknya banyak tugas kami sebagai Muslim dan sebagai pelajar yang pernah belajar di Jepun ini apabila pulang ke Malaysia nanti. Mengembalikan pemikiran muslim pada landasannya, juga menyebarkan budaya budi bahasa mulia bangsa Jepun kepada 1Malaysia.

Doakan Jepun dan kami selamat!

Wallahu’alam


ada sedikit rasa yang bertandang dalam hati
'MENTALITI MASYARAKAT' yang sukar untuk kita ubah.dimana silapnya?

13 March 2011

Tragedi Tsunami:suatu ingatan

sana sini orang buat entry pasal tragedi Tsunami yang melanda negara Jepun baru-baru ni.ehm..aku pon tak ketinggalan lah jugak.bile terdengar je breaking news dekat BULETIN UTAMA pasal tragedi ni,serta-merta risau kepada rakan-rakan yang sedang menuntut disana.

kepada zamzarina talibudin,aisamudin amin ,ammar kusyairi..and all of MALAYSIANS there,
semoga kalian selamat sejahtera disana.


Tsunami berlaku lagi.even ada alat pengesan isyarat gempa tercanggih dicipta yang dapat mengesan benda ni lebih awal sekalipun.apalah gunanya.we still can't do anything.larikanlah diri jauh mana sekalipun.

malang tetap tak berbau.

bila terjadi perkara sebegini sedar tak kita,seberapa banyak amal yang telah kita sediakan untuk menghadapi situasi ni.
sebab kite sendiri tak tahu bila kita akan dijemput.

10 March 2011

05 March 2011

muka moto

Cerita ni dah berzaman tok kaduk sebenarnya.tapi bile teringat kadang-kadang tu rasa nk gelak guling2 pulak.hehe.ape ceritanya?meh teman nak kabo.

Ceritanya bermula begini.once upon a time..aku pon dah tak ingat dalam 5-6 tahun yang lepas kot.kisah ni berlaku sewaktu aku masih di bangku sekolah menengah.ayah beli moto baru.(sekarang ni dah buruk le!)rasanya waktu tu aku di tingkatan 3 kot.aku pon tak tahu menahu pasal kisah pembelian moto baru ni.tau2 je masa mak dengan ayah datang asrama bawak moto modenas kriss kaler ijau menggantikan moto Yamaha berapa cc ntah yang dulu dan dah buruk tu.(tapi buruk2 moto Yamaha tu pon,aku ade banyak kenangan dengan die.kaki tersepit dekat tayar la,excident la.jatuh tergolek dari moto la.padahal awak tu duk membonceng dekat belakang je.yang menunggang tak ade pape,awak yang membonceng melebih-lebih.hehe.maklumlah.masa tu zaman kanak-kanak ribena.mana reti duk diam atas moto.

Ok,kembali kepada kisah motor baru.aku pon paham-paham sendiri lah waktu tu.ooo..mak dengan ayah beli moto baru.rasa terkilan plak kan tetiba jadi orang yang paling lambat dapat tahu berita sensasi ni.

Beberapa tahun kemudian…

(eh,terus beberapa tahun kemudian ke?)memangla..sebab kisah ni pon aku baru tahu,tu pon sebab akak aku bukak cerita.dalam satu situasi yang aku bayangkan mungkin selepas makan,ataupun diwaktu petang yang damai sambil ada aktiviti lepak-melepak beramai-ramai antara mak aku,akak aku dengan adik2 aku dekat ruang tamu yang panas sambil bukak kipas stand fan pasang no3(yang paling laju sekali).perlu aku mention disini,watak utama dalam cerita ini hanyalah mak aku,akak aku dengan adik aku yang no7.nama die usop.kalo ade yang lain pon hanyalah watak sampingan.dan paling penting,aku tak ade dalam sesi perbualan anak-beranak ini.beginilah dialog antara mereka anak beranak.

“mak beli moto baru mase pergi pekan sabak tadi”kata emak kepada akak aku sambil didengar oleh adik usop yang sedang menulis entah apa diatas sebuah kertas.nak kata buat kerja sekolah,masa tu dia baru sekolah tadika.main conteng-contenglah agaknya…

“moto ape mak?”dengan penuh excited si kakak bertanya kepada emak.adik usop masih menjadi watak seorang budak yang sedang berlagak tekun menulis atas kertas.

“modenas kriss aje lah.tu pon dah beribu-ribu.mak bayar duit MUKA MOTO je tadi.selebihnya bayar ansuran la tiap-tiap bulan…”

Si kakak mengangguk tanda faham.perbualan diteruskan lagi,tapi topic dah bertukar.mungkin mengenai apa nak masak untuk makan malam nanti..petang ni ade cerita apa yang best..tapi sia adik terus tak angkat muka dari menconteng kertas.khusyuk sangat la tu konon…

tiba-tiba..

“tadi mak kate mak bayar duit muka moto ye?adik usop berkata sambil memandang emak.emak pon mengangguk.

“ooo.habis tu nanti kite dapat yang ni je la ye mak?tanya adik usop lagi sambil mengunjukkan sehelai kertas siap berlukis kepada emak.si kakak pun tumpang menjenguk kertas yang dilukis si adik.nak tau ape yang die lukis?ni la…


gambar ni aku edit je.gambar yang sebenar xdek dalam simpanan.tp yang dia lukis memang part yang aku bulatkan tu je.

haha..kelakar kan.budak2..tinggi betul imaginasi.memang la kalau aku tau aku suh mak aku bagi die minum susu yang anak wardina minum macam dalam iklan tu.biar die tau duit muka moto tu ape benda ape.

aku wonder jugak.kalau budak2 lain dengar pasal duit muka moto ape agaknya yang diorang bayangkan?apekate korang tanya adik2 korang pulak nak tau diaorang ni imaginasi tinggi ke tak.hehe.