25 February 2011

die dh bertunang..kau bile?

haha.tajuk entry tak boleh blah..ape2 pon,asslamualaikum.ceh,baru nak bagi salam kan.
lama sudah tak update blog ni.saje.malas.(xleh terima btul alasan aku ni kan?)ok la..entry kali ni pasal cerita zaman tok kaduk yang berlaku masa chinese new year itu hari.nak masuk bulan march baru nk cerita dekat orang..huhu.

hmm..jutaan tahniah kepada kakak aku yang akhirnya bertunang jugak...aku jek yang still xdek news lagi.hikhik.xpe,lambat lagi la nak fikir kot.

seterusnya..gambar untuk tatapan semua.check it out!


gambar hantaran family aku


ni gift yang kitaorg bg dkt guest.comel tak?buat sendiri nih
















antara family belah lelaki yang hadir




ni la akak aku


cantik plak bile tengok lama2.haha.puji diri sendiri nih


hantaran belah lelaki

mostly barang hantaran pihak perempuan handmade dan aku yang buat.except for the sirih junjung,buah and makanan.tu kena bagi orang yang expert buat.bagi kat aku buat sirih junjung silap2 masuk mulut nanti.hehe.

cantik tak?ape?tak cantik?ade aku kesah?
dah la korang.babai.

turn aku bile?lambat lagi weh.list pon xdek.cmne tuh.teringat kata2 cik Aldayana satu ketika dulu

'aku rasa ade hikmah la kite tak bercouple macam orang lain."
"kenapa?" soal aku.

"entah.tapi aku rasa mungkin akan ada seseorang yang lebih baik untuk kite nanti.sape nak tau,jodoh kite seorang doktor ke...daripada kite kapel sekarang,belum tentu lagi nanti kite akan kahwin dengan orang tu."maybe kot.waktu tu kan kitaorang still study.

dan dulu aku selalu cakap main2 dengan diaorang yang nanti bile dh keje dekat hospital aku nak mengorat doktor dekat hospital tuh.hahah.mimpi je la cik siti jaharah yang pemalu ni nak buat macam tu..

=)sweet memories tak datang selalu.tapi benda tu la yang kite selalu nak ingat.

08 February 2011

kisah HARAm dan HALAL

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalamcouple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

satu persoalan bermain difikiran.COUPLE.HARAM atau TIDAK?dah banyak kali sebenarnya isu ni diutarakan.dan dah banyak jugalah jawapan yang telah diberikan.dulu masa Dekat UNISEL,ada satu persatuan islamiah yang dinamakan Persatuan Insan.aku bukan ahli persatuan ni pon.bukan setakat kelab ni je.tak ade satu kelab pon yang aku join.memang dulu kiranya aku datang UNISEL setakat masuk kelas dengar kuliah and then ambik exam.itu je matlamat aku.macam sgt2 pasif la kiranya aku ni.

ok,berbalik pada kisah persatuan ni.rasanya tak perlu kot aku nak mention ape peranan persatuan INSAN.kau orang semua bijak pandai kan?hehe.dipendekkan cerita,persatuan insan ni tiap2 bulan akan keluarkan buletin.ala-ala majalah gitu.tapi oleh sebab bajet depa pon sikit,so wat kecil-kecilan aje lah.tu yang letak nama buletin je tuh.hehe.ada dalam satu bulan tu,aku baca buletin ni.pasal tajuk yang sama jugak.aku ni jenis yang suka tengok reaksi orang.lagi-lagi bila ada isu-isu yang sensitif macam ni.

dan seperti yang semua orang tahu lah.ramai yang memandang isu ni remeh-temeh.bagi diaorang,tak salah buat satu benda tu.janji ada matlamat dan ada niat yang betul.aku plak tetiba macam curious.adakah bile kite ternampak seseorang tu dan kite rasa kite suka dia.automatically kite akan setting niat dalam hati ke,"aku nak jadikan die isteri/suami aku".rasanya macam tak kan?

aku tak nak cakap panjang lebar.cuma aku bagi satu situasi.korang buat satu keputusan sendiri.