07 August 2010

delete button

salam.
selamat pagi.
once upon aku pernah terbaca satu novel karya syud
tajuk dia 'tentang dhiya' kot.aku pon xingat sangat.
it says'kan bagus kalau dalam hidup ni macam komputer.ada butang delete.
kalau ada benda silap kita buat kita just tekan butang tu.
then,start over again.'




yes
now,aku pun harap benda sama.
kan best kalau hidup aku ni ada butang delete macam tu
dengan senangnya aku boleh buang semua kenangan pahit
dan mulakan hidup yang baru.
dengan senangnya aku boleh delete semua masalah yang datang
dan hidup dengan tenang
dengan senangnya kita boleh padam balik kesalahan yang kita buat
dan gantikannya dengan benda betul.
banyak benda dalam hidup ni boleh jadi senang dengan satu button tu.
finish.

the truth is,hidup ni bukan macam tu.
kenangan pahit,masalah dan kesalahan.
kalau kita dengan senangnya boleh delete semua benda tu,
sampai bila kita boleh bertanggungjawap atas setiap perbuatan yang kita lakukan
sampai bila kita boleh lari dari masalah?
sampai bila kita boleh belajar dari kesilapan yang kita lakukan?
then,takkan wujudlah manusia baik
manusia matang,
manusia bertanggungjawap dalam dunia ni.

how i wish i could delete all of those things in my life.
but i just could'nt.

04 August 2010

disebalik bulan SEPTEMBER.



Kajian mengenai personality diri melalui bulan kelahiran oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah.

ok,it's a quick update.becoz aku lahir bulan september.maka aku postkan untuk bulan september je l ek.yang lain2 tu cari sendiri.haha.kejam gile aku.

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur
sopan santun ke aku ni.macam ganas pon ye jugak
* Sangat cermat, teliti & teratur.
ini maybe betul.sebab sape nak buat kerja main-main kan?kalau salah dah tentu kena marah
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
ohoho..rasenya tidak.i won't do that.rasenya kalau nak buat pun perlu ade keyakinan yang membukit
* Pendiam tapi pandai bercakap.
yes,i admit that i'm a quite person.tapi nak kate pandai bercakap tu..dengan certain orang je kot...
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
i can't believe that's what i am till someone told me about that
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
of course la kan.caring?yes...detailed?not so much la..more to flexible..honesty?faith?aku sendiri tak tahu..sebab orang sekeliling yang menilai
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
nothing's perfect la in this world.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
ye..memang.saya sangat mudah touching.tapi orang tak perasan sebab ekspresi muka saya sama saja setiap kali
* orang yang banyak berfikir.
i think so...what am i thinking about eh?
* Daya pentaakulan yang baik.

* Otak bijak & mudah belajar.

* Suka mencari maklumat.
ikut level kerajinan
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
almost every time i did.xleh nk condemn org sgt2 since i'm not perfect too.kan?
* Pandai mendorong diri sendiri.
must la.sape lagi nak motivate kita kalau bukan diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
hahahaha..maybe.tapi statement ni memang betul pun

* Suka sukan, hiburan & melancong.
not so much la..ikut mood
* Kurang menunjukkan perasaannya.
no komen
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
no komen
* Terlalu memilih pasangan.
ini lagi la.no komen
* Sukakan benda yang luas.
Sape nak duk tempat yang sempit kan?
* Bersistematik
tak sangat kot...

artikel ini dipetik daripada laman facebook saudara fitri haris.
most of them betul.
dah kate benda ni kajian kan.
nak kate tak kenal diri sendiri tu tak mungkinla
tapi most of us belum betul2 mengenali siapa diri kita sebenarnya
so guys,lets find out.

01 August 2010

happy friendship day...

special entry.
hari ni 1 ogos..hari persahabatan sedunia.
aku xde la nk poyo2 menyambut pun.
cuma nak mengingati dan menghargai.



Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu
ketika kamu berkata, ”Tunggu sebentar ”
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ”
Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu,
dia akan selalu mendoakanmu dengan air mata


specially dedicated to those in the picture,
also kepada sesape yang tiada dalam gambar.

those words might feel a lil' bit cheesy.heck,i admit it.
but i really mean it.
trust me.
happy friendship day frenz
may allah grant us and our friendship will never lasts...

ikhlas,tapi jauh..

31 July 2010

jalan-jalan cari makan..=)

salam...
haha..menarik tak tajuk die?
ni nk citer sket..semalam p makan kat satu tempat nih.
giler jauh..kat jeram kot..
bole pulak kawan akak aku ni mengidam nak makan ikan bakar.amboi..seleraa...
nak tak nak kena follow la jugak kan...besides ade orang nak belanje.
rasa rugi lak kalau tak p.hehehe..*gelak jahat*
cume yang tak bestnye kena menahan lapar la sampai kul 11 malam..

ok,episod jalan-jalan cari makan kali ni,kite ke AROMA IKAN BAKAR,PAnTaI JERAM ye tuan-tuan dan puan-puan
(ade gaya hos tv tu x?hahaha)
bagi yang tak tahu jeram tu kat mana..dia dekat2 area klang gak.tapi agak jauh..sape2 orang sabak bernam tu,balik kampung mesti lalu ikut jalan nih punya.

ok,menu untuk hari ini:

*kailan ikan masin


*ikan siakap 3 rasa


*sup ayam


*sotong goreng kunyit


haha..mesti perut korang dah berkeriuk2 tanda lapar tengok makanan ni kan..
best tau..masakan dia sangat murah dan sedap.
aku tak tipu weh..sebab masa aku sampai restoran tu area kul 11 semalam..sangat raaaamai orang...
untuk semua menu diatas set 3 orang plus air..harga die cuma rm58 jek..
murah weh..
jom2..kita datang sini.

30 July 2010

belajar mana sekarang?

ok
aku sebenarnya agak touching bile orang tanya pasal ni
one of the reason why aku xpernah lagi jejak kaki kat semesti lepas spm aritu.
becoz they keep questioning
without trying to understands why.

oopps..nanti.kenapa aku revealed benda ni kat sini?
entahlah..since aku dah banyak pendam rasa and since this is my blog.
jadi aku punya suka lah kan?hahaha

i have no intention to explain everything.seriously.
aku rasa xpayah kot nak explain kat orang benda-benda macam ni.
becoz mana ada orang kisah.yang penting bile mereka tanya.then kita bagi jawapan.then,mereka buat kesimpulan.that's it.it was life then.

kite selalu buat kesimpulan sendiri.
ok,nak dijadikan cerita.result spm aku tak lah teruk pun
from 10 paper aku ambik.ada 3 paper je aku dapat B
its one B3 and two B4.
its physics,biology,and EST.
other than that kamu fikir sendiri lah ye apa aku dapat.
aku pun macam korang.mohon UPU,mohon matrix.
kalau aku kate aku dapat kedua-duanya?then,now i end up studying at UNISEL.
u all must said that i'm joking kan?
well.i'm deadly serious.
jadi tak payahlah nak judge orang if u don't even know the real story.

orang lain.
their result was even worst than me.
syukur alhamdulillah dapat masuk uitm second intake.or they enrolled 2 years matrix.
and finally they end up in IPTA.of course.
i juz wondering lah,why don't u all ask them like the one u did to me?
adakah study di IPTS sangat teruk?
ingin saya ulang disini.don't simply judge people if u don't even know the real story.

i didn't revealed everything here.
ini hanya sebahagian cerita.
cerita selebihnya,akan memancing simpati korang je.


so..to the people out there.
ecspecially yang membaca.
kalau nasib korang sama macam aku,then u should understand my situation.my feeling.

juz remember one thing.
setiap apa yang berlaku dalam hidup ni,dah ditentukan.
sekeras mana pun kite usaha.kalau allah dah kata 'kun fayakun'
perkara tersebut tetap akan berlaku.
biarpun 1ooo kali kau ulang tak mahu.
if something goods happen to you,then berkata syukurlah pada Allah.
tapi kalau sebaliknya yang berlaku,terima dengan redha.
don't keep complaining.claiming,why this thing happen to me??
sebab kite terlalu banyak complaint lah.kite tak sedar.
ada benda yang lebih baik yang dah disediakan untuk kite.

29 July 2010

BOOM Semesti 2010. part 2

ok,sambungan untuk entry yg lepas.
mood nak mengarang agak slow sket.so,sorry la kalo rase macam xbest jek nak bace ok.
tambah lagi dengan kedatangan azian nur suhana dan robiatul adawiah.
pukul 11 pagi kami semua ke bilik kaunseling.
event patutnya start daripada pagi,tapi sudah clash dengan relayton semesti,program terpaksa ditunda ke 2.30 petang.jadi sesi pagi ni hanya menunggu kedatangan fasi yang lain serta ada briefing la sedikit
ok,untuk pengetahuan,program ni kelolaan ASTI.tapi diorganize oleh saudara ahmad izuan kite ni.
antara fasi yang hadir termasukla budak2 junior kitaorang.dan abg fadly khairie,baru je grad.doktor tu...

antara fasilitator yang hadir.




hari ke-2,24 april 2010.

ok.acara pertama.talk daripada saudara ahmad izuan sendiri..antara berjaya dan kaya raya.


next..diikuti talk oleh saudari nurlisa khalid dan saudari azian nur suhana.menceritakan pengalaman masing2 berada di perantauan..


kemudian...ade sesi LDk 1:survival game.aku dapat group skali dengan azian.dua orang fasi akan conduct satu group.
kitaorang stop untuk solat asar..then,next activity hanya dimulakan pada jam 5.30ptg.
ha..yg ni best sket.EKSPLORASI PINTAR...
agak kelakar sebenrnya bila tengok budak2 ni.nama je form 5,tapi macam budak2.jenuh jugak la nak melayan.nak2 aku kena conduct station ayat berangkai bergambar.
macam-macam fiil boleh tengok time ni.aku,doyah dengan fasyihah hanya boleh geleng kepala je tengok diaorang ni.




see?betul x aku cakap?

next..sepatutnya ada kuliah maghrib.biase la sabtu malam ahad.tapi disebabkan program ni sedang berjalan,jadi slot talk daripada abg fadly terpaksa ditarik ke waktu tu.kire talk ni untuk semua student la.talk daripada abang fadli khairie.medic student.baru grad daripada russia.hebat abang ni.bekas debater sekolah.studying abroad memang satu pengalaman yang indah.tapi kalau tak cukup tabah dan sabar,anda akan kecundang ditengah jalan.

lepas solat isyak,aktiviti disambung plak dengan LDK 2;lebih kepada slot perkongsian antara fasilitator dengan pelajar tingkatan 5 ni sendiri.
banyak feedback yang diterima.
aku pulak lebih banyak mendiamkan diri je..since budak2 ni lebig eager nak tahu pasal life in oversea,other than studying in Malaysia.jadi aku terpaksa memberi laluan kepada saudari azian dalam hal ni,sebab dia yang study abroad.

program ditutup dengan talk daripada saudara hilmi.medic student,universiti malaya.


sekian saja laporan tuk kali ni.den dah penat menaip.daaa......

27 July 2010

BOOM Semesti 2010. part 1

salam ukhwah untuk semua.
saya dah balik dari teluk intan..membawa seribu satu cerita
cerita pasal BOOM Semesti..cerita saya.cerita kawan2.
orang lain dah update benda ni awal2
aku plak baru nak update hari ni..hahaha

ok,as you all know lah kan.program ni berlangsung pada 24 julai 2010.
now,biar aku terangkan apa yang aku buat sepanjang program ni.

23 julai 2010,5.30 petang.
aku sampai di muka bumi SEMESTI tercinta.honestly,aku sangat rindu nak datang sini sebenarnya.tapi,disebabkan kesempitan masa dan waktu,dan ada beberapa sebab lain lagi yang aku tak boleh nak bagitahu kat sini.4 tahun..kalau orang berkahwin,dah ade 2 orang anak dah.hahaha.
setelah memberitahu kedatanganku kepada encik ahmad izuan a.k.a bain,aku pun menapak ke aspuri..sambil menunggu kedatangan cikgu Daud.
lepas 15 minit menunggu,ada dua orang budak menapak kearah aku.dan bertanya

"akak ex-student semesti ye?"aku angguk.

"jom la masuk dalam asrama..duk dekat bilik tetamu."aku pun menurut langkah dua orang budak ni masuk ke dalam aspuri.sah2 semua orang tengok aku.ye laa..yang ada kat sini sumenya aku xkenal.tapi masa aku duk lua tadi ade jugak 2,3 orang student bagi salam dengan aku.Alhamdulillah..xhilang lagi budaya ni.aku senyum dalam hati.

orang pertama yang aku jumpa kat sini nurul fasyihah abu bakar.boleh dia tak kenal aku.haha.mgkin la..sebab lepas spm memang aku tak jumpa dah diaorang ni.then,bila aku amat-amati sekor2 muka budak2 kat sini..baru aku perasan..student form 5 sekarang ni junior form1 ktaorg dulu rupanya.nasib baik diaorg cam lagi muka kitaorg ni.cam muka je...nama haram tak ingat...huhu
norlisa khalid plak sampai dalam pukul 7.30.lepas je mandi n solat maghrib aku dapat sms daripada saudara ahmad izuan a.k.a bain untuk pergi ke bilik kaunseling pkl 9 mlm ni..aku,lisa dgn fasyihah sebenarnya agak lapar..ptg tu xtau ade mknan ke tak kat dewan makan..jadi dengan lgkah malasnye kitaorang bersiap pergi ke kantin
sekolah sementara nak tunggu pukul 9.
otw nak ke sekolah..terserempak dengan cikgu rohaya dekat koperasi.cikgu add math aku waktu form 5 dulu.sembang2 dalam 10 minit camtu,kitaorang mintak diri ke kantin.sampai je dekat kantin pulak terjumpa cikgu yusof..
biase la bile lama xjumpa.macam2 soalan la keluar.
yang tinggal juz nasi goreng je..makan la ape yang ade.

bilik kaunseling,pukul 9 malam.
ok,let me guess sape je yang ade ek.
aku,fasyihah,norlisa,arman husni,shauqi,saufi,firdaus n saudara bain.
alhamdulillah..aku kenal lagi semua muka2 ni.
sume macam tak berape nak berubah jek..hehe
lisa dengan bain makin berisi..arman macam dah tinggi sket.shauqi plak dah makin bergaya.firdaus dengan saufi aku rase same jek.
haha..tapi yang penting masing2 dah bertambah matang kan.
8 org jek yg ade...ni btul ke nak wat program ni.fasilitator macam xdek je
rupe2nye ramai yang akan datang keesokan harinya..
ok..apa yang kitaorg kena discuss malam ni ialah tentang aktiviti eksplorasi pintar.
ape yang kitaorang nak bubuh dalam aktiviti ni.bunyi lebih kurang macam explorace laa..kena lari sana-lari sini..haha
erm..bincang pon bincang gak.
dalam kul 10 macam tu,cikgu daud datang.siap dengan kamera dia.last2 ajak kitaorang g minum..
minum merangkap supper la..dekat gerai depan semesti ni jek..kedai bekas tukang masak dewan makan kitaorang,mak cik Ita.

sembang punya sembang..kitaorg pun balik jam 1130 malam..
oh ye..lupa nak mention.cikgu daud belanje.....
thanks to cikgu daud..=)
lain kali belanje lagi ye...

sekian saje.

21 July 2010

mau balik kampung.

hohoho..
salam buat semua
sebelum balik ke kampung..saje je nak update blog sket.pasni 5 hari xdek kt umah
kat kampung xdek line internet.kalau ade pon sangat slow
lagi slow daripada kura2 berjalan.
hehehe
besides,den maleh nak bawak laptop balik kampung.
ok,balik sebab kena jadi fasi untuk program BOOM kat semesti
aku sebenarnya agak kelam tentang tentatif program nihttp://www.emocutez.com
tapi xpe la..follow je la.
benda baik..tak yah nak fikir2 panjang...kan?
yeah.sejak SPM aku da tak pernah jejak SEMESTI.
murid derhaka btul aku ni.hehe
sijil SPM pun blum ambik.
ape nak jadi...http://www.emocutez.com
lagipun agak segan nak pergi sekolah
maklumlah.nasib aku tak sebaik orang lain kan..
anyway..nanti nak tangkap gmabar banyak2
pastu nak post kat blog nih..
hehe
wait for da BOOM entry eh
tata.=)http://www.emocutez.com

oh..happy day.



feeling that happy..huh?(referring to the big smile in the pic)
betul ke cat boleh senyum macam ni?*i'm wondering*
haha..tapi picture ni nampak cute jek.
dan aku memang rase happy pun hari nih.

happy sangat ke?xla jugak..tapi saje menghepikan diri sendiri
memang ada banyak sangat masalah lately ni.
sampai rasa agak tension.
kalau duk umah tu rasa tak senang hati..so selepas secara rasminya 5 hari duduk dirumah,akhirnya hari ni aku keluar rumah jugak.
niat asalnya nak p jumpa mr Ang,nak tanya pasal tempat praktikal
bile dah otw sampai tol sg rasau baru teringat nak suh member call dulu mr ang.
kerana ditakutin mr Ang cuti hari ni.
sekali..betul firasatku.
mr Ang cuti..*sigh*..tapi dah alang-alang aku otw ke shah alam..pergi berjalan2 terus je la..
mencari ketenangan fikiran.
kuar rumah pukul 9 pagi.kul 7 petang baru sampai rumah balik.
perghhh..berjalan sakan ke?
haha..tak la.actually member baik ajak jalan skali tadi.
dah die offer baik punya..aku pun on je la

hepi sebenarnya dapat jumpa dia ni.
coz dia selalu senyum...pastu kalau duk dengan dia hilang tension.
die tak la kelakar sangat pun..
tapi..entahlah.mungkin bagi aku je kot rasa macam tu.
hehe.
pusing2 kompleks pkns,kuar masuk SACC Mall,jalan-jalan dekat PAS.
die gelakkan aku sebab takut naik escalator.
macam makcik2..kate die.
budak ni..nk aje aku sekeh kepala die.
hehe
tapi tak ada la aku buat macam tu.
anak orang kot!

anyway..thanks ye kepada orang itu
untuk belanja kfc tadi.
dan sebab temankan aku jalan2 tadi.hehe.

may our friendship last 4ever.

18 July 2010

mood: upset

untuk semua benda yang telah terjadi pada diriku sejak akhir-akhir ini.
hanya ini yang dapat aku katakan..

janganlah kirenya kekecewaan yang aku rasai kala ini mempengaruhi semangatku untuk terus berjuang pada masa depan..
apa yang berlaku pasti ade hikmahnya...