01 November 2010

kenangan versi 1:zaman UPSR dulu2

Salam petang jumaat,
Wah..dah lame gile xupdate blog ni.huhu…bukan bz mana pon.Cuma xtau nak tulih ape.writer’s block??ececeh..perasan!!

Anyway,dah nak masuk bulan 11 dah kan.tak lama lagi budak2 pun dah nak start cuti sekolah.dan lebih best lagi,result UPSR pon dah nak keluar.huhu.best???,memang aku kena balun kejap lagi cakap macam tu depan budak2.

Well,memandangkan result upsr dah nak keluar ni,aku pon nk citer siket la kenangan aku masa nak menempuh UPSR ni.ok,secara ringkasnya aku ni tak de la bijak sangat waktu tu.setakat borderline je.tapi still tercalon gak dalam senarai student harapan sekolah.alah,sekolah kampong yang tak top macam aku ni,setakat tercalon dalam pencalonan sebegitu mana ada orang nak heran.huhuhu.

At that time,semua orang pun nak target dapat 5A dalam UPSR.siapa tak nak kan?tapi aku rilek je.dalam borang yang cikgu suruh isi berapa target untuk UPSR aku Cuma tulis 3A 2B aje.sikit kan?

Tapi ada satu insiden ni.yang memang aku ingat sampai sekarang.waktu tu,kelas kemahiran hidup Cikgu sapuan sanusi.biasa la kalau waktu sekolah rendah dulu2 mesti ada buat macam2 projek KH kan?key chain kelapa sawit la..tempat letak surat la..tapi bagus jugak.dengan adanya projek2 sebegitu la aku jadi pandai menggunakan hammer hinggakan terketuk jari sendiri.ok.aku,firdaus,dan lagi 2 orang member(aku tak ingat sape?).kami satu kumpulan.dulu budak2 lelaki suka kacau aku.aku dulu boleh kira agresif jugak la,pantang orang ejek mesti nak melawan.then,one day budak laki yang dua orang ni,si azizuddin dan firdaus dok ejek aku pasal ape ntah then aku pon balas la balik dengan ayat ni

“ala..nanti kalau aku dapat 5A ni tau la korang”ok,dialog tu sebenarnya terkeluar secara tak sengaja.tapi aku tak sangka pulak,benda tu pun diaorang buat bahan nak ejek aku.tiap kali jumpe aku je diaorang akan cakap ‘ceh..budak 5A…’aku sakit ati tok sah cakap la.tapi,memang tanpa aku sedari aku pon berazam sama nak kotakan jugak apa yang aku cakap tu.biar diorang tau sikit penangan aku.huh.tapi benda yang tak bestnya time tu,budak dua ekor tu punya trial UPSR dapat 4A 1B kalau nak banding dengan aku yang takat 3A jek.memang patah semangat sikit la.lagi2 bila diaorang selalu bahankan aku pasal benda tu.memang tak patut.

Hari demi hari terus berlalu.exam UPSR pon semakin tiba.aku pon dengan bersungguh-sungguhnya studi(ceh..struggle ke?padahal tak baca buku langsung pon.).ok,dulu aku memang jenis tak banyak sangat main.tapi nak studi apatah lagi.cukup malas!so tak heran la kalau result yang aku dapat pon rupa cenggitu.

macam-macam program yang cikgu buat untuk kitaorang.salah satunya yang aku ingat program hostel .secara generalnya program ni untuk budak2 terpilih je.termasuk la aku,ada dalam 13 orang lagi.rumah yang dijadikan hostel tu pulak rumah guru yang lama tak berpenghuni.kena pulak budak2 perempuan yang kena duduk situ.budak lelaki kongsi rumah dengan 2 orang cikgu bujang lelaki.tapi main activity akan dibuat dekat rumah kitaorang la.ok,satu subjek untuk satu malam cikgu akan datang rumah kitorang untuk mengajar.more to buat latihan sebenarnya.oh ye,lupa nak cakap.program ni diketuai oleh guru besar kitaorang time tu,cikgu saziad abd aziz.ok.cakap pasal cikgu ni,aku ada sikit kagum la.sebab dia punya determination dan kesungguhan untuk Berjaya tu aku boleh Nampak.demi nak menaikkan nama SK SG Samak yang pada waktu tu amatlah tak popular kat daerah hilir perak ni,banyak benda yang cikgu ni buat.salah satunya kitaorang la.boleh diibaratkan kitaorang hasil daripada segala macam usaha yang dia buat.bagus sebenarnya,sebab kat sini la aku Nampak apa tujuan jawatan ‘CIKGU’ tu diwujudkan dalam dunia.memang tujuan utama dia nak educate people tapi yang paling utama nak GUIDE anak murid tu jadi macam mana in the future.pada aku la,amboi...panjang lebar aku dok meleter naa..hehe

anyway…guess what?akhirnya setelah hari keputusan UPSR diumumkan…tercatat la nama aku sebagai pelajar tunggal dari SK SG Samak yang dapat 5A.time tu nak kata bangga tu tak jugak.lebih pada tak sangka sebenarnya.ye la..macam awal-awal yang aku pernah cakap dulu,aku Cuma target 3A2B je.alih2 dapat 5A.memang bersyukur sangat2.dan yang lagi 2 orang tu,hajat mereka tak kesampaian..tak pe..cuba lagi dimasa akan datang ye.hehe

Moral of the story here,bukanla aku nak kata nak dapat 5A tu tak payah baca buku pon boleh dapat..menipu la.apa yang aku cuba nak bagitau kat sini,there is so many reasons untuk kita Berjaya.biar la apa pun reason,yang penting dan paling utama:Berjaya kerana diri anda mahukan kejayaan itu,bukan kerana ibu bapa anda suruh otau cikgu-cikgu suruh atau kerana pakwe or makwe anda cabar anda..


Membebel bukan hobi saya.sekian…

No comments: