05 March 2011

muka moto

Cerita ni dah berzaman tok kaduk sebenarnya.tapi bile teringat kadang-kadang tu rasa nk gelak guling2 pulak.hehe.ape ceritanya?meh teman nak kabo.

Ceritanya bermula begini.once upon a time..aku pon dah tak ingat dalam 5-6 tahun yang lepas kot.kisah ni berlaku sewaktu aku masih di bangku sekolah menengah.ayah beli moto baru.(sekarang ni dah buruk le!)rasanya waktu tu aku di tingkatan 3 kot.aku pon tak tahu menahu pasal kisah pembelian moto baru ni.tau2 je masa mak dengan ayah datang asrama bawak moto modenas kriss kaler ijau menggantikan moto Yamaha berapa cc ntah yang dulu dan dah buruk tu.(tapi buruk2 moto Yamaha tu pon,aku ade banyak kenangan dengan die.kaki tersepit dekat tayar la,excident la.jatuh tergolek dari moto la.padahal awak tu duk membonceng dekat belakang je.yang menunggang tak ade pape,awak yang membonceng melebih-lebih.hehe.maklumlah.masa tu zaman kanak-kanak ribena.mana reti duk diam atas moto.

Ok,kembali kepada kisah motor baru.aku pon paham-paham sendiri lah waktu tu.ooo..mak dengan ayah beli moto baru.rasa terkilan plak kan tetiba jadi orang yang paling lambat dapat tahu berita sensasi ni.

Beberapa tahun kemudian…

(eh,terus beberapa tahun kemudian ke?)memangla..sebab kisah ni pon aku baru tahu,tu pon sebab akak aku bukak cerita.dalam satu situasi yang aku bayangkan mungkin selepas makan,ataupun diwaktu petang yang damai sambil ada aktiviti lepak-melepak beramai-ramai antara mak aku,akak aku dengan adik2 aku dekat ruang tamu yang panas sambil bukak kipas stand fan pasang no3(yang paling laju sekali).perlu aku mention disini,watak utama dalam cerita ini hanyalah mak aku,akak aku dengan adik aku yang no7.nama die usop.kalo ade yang lain pon hanyalah watak sampingan.dan paling penting,aku tak ade dalam sesi perbualan anak-beranak ini.beginilah dialog antara mereka anak beranak.

“mak beli moto baru mase pergi pekan sabak tadi”kata emak kepada akak aku sambil didengar oleh adik usop yang sedang menulis entah apa diatas sebuah kertas.nak kata buat kerja sekolah,masa tu dia baru sekolah tadika.main conteng-contenglah agaknya…

“moto ape mak?”dengan penuh excited si kakak bertanya kepada emak.adik usop masih menjadi watak seorang budak yang sedang berlagak tekun menulis atas kertas.

“modenas kriss aje lah.tu pon dah beribu-ribu.mak bayar duit MUKA MOTO je tadi.selebihnya bayar ansuran la tiap-tiap bulan…”

Si kakak mengangguk tanda faham.perbualan diteruskan lagi,tapi topic dah bertukar.mungkin mengenai apa nak masak untuk makan malam nanti..petang ni ade cerita apa yang best..tapi sia adik terus tak angkat muka dari menconteng kertas.khusyuk sangat la tu konon…

tiba-tiba..

“tadi mak kate mak bayar duit muka moto ye?adik usop berkata sambil memandang emak.emak pon mengangguk.

“ooo.habis tu nanti kite dapat yang ni je la ye mak?tanya adik usop lagi sambil mengunjukkan sehelai kertas siap berlukis kepada emak.si kakak pun tumpang menjenguk kertas yang dilukis si adik.nak tau ape yang die lukis?ni la…


gambar ni aku edit je.gambar yang sebenar xdek dalam simpanan.tp yang dia lukis memang part yang aku bulatkan tu je.

haha..kelakar kan.budak2..tinggi betul imaginasi.memang la kalau aku tau aku suh mak aku bagi die minum susu yang anak wardina minum macam dalam iklan tu.biar die tau duit muka moto tu ape benda ape.

aku wonder jugak.kalau budak2 lain dengar pasal duit muka moto ape agaknya yang diorang bayangkan?apekate korang tanya adik2 korang pulak nak tau diaorang ni imaginasi tinggi ke tak.hehe.

No comments: