03 January 2011

selamat pengantin baru,seniorku.

salam ukhwah untuk semua.
seperti yang tertulis pada tajuk diatas entry ini special untuk mereka:
kak balqis,kak ramlah,abg fadly n abg qastho.
mereka ni semua senior aku kt semesti.sape ek KU time ni?rasanya abg hanif.



ni kak ramlah dengan abg qastho.kak ramlah ni pernah jadi akak dorm aku waktu form 1.kak ramlah ni memang baik sgt2.tak sangka pulak,diam-diam akhirnya melangsungkan hari bahagia dengan rakan satu tingkatan.masa mula-mula dengar tu aku terkejut la jugak,sebab tak ada angin tak ada ribut,bila masa pulak diaorang ni bercinta.tapi tu la kata orang,kalau dah jodoh...

daripada gambar kat atas ni aku boleh buat kesimpulan lah kan..memandangkan kita semua sangat bz dengan kehidupan masing-masing,nak buat reunion pun kadang-kadang tak menyempat,so bila nak buat kenduri kajwin tu jemput2 la kawan2 lama.ala,makan free,confirm ramai yang datangpunya...tengok macam diaorang ni.meriah jek..hehe




kakak cun dengan abg hensem kt atas ni bekas anak murid kesayangan cikgu2 kt SEMESTI dulu.abg fadly dengan kak balqis.
ingat lagi dulu,ustaz azli kalau masuk kelas kitaorang,mesti akan cakap cuba tengok kakak balqis awak..huhu.ye la,tapi memang tak dinafikan...diaorang ni otak memang brilliant tahap tak ingat la..aktif pulak tu..kire kalau sebut kat mana-mana student pun semua orang tahu lah.
diaorang ni lagi lah aku tak sangka.memang masa sekolah tak nampak langsung diaorang ni bercinta ke apa kan.padahal baru pertengahan tahun lepas aku jumpa dengan abg fadly masam buat program BOOM dekat SEMESTI.masa tu memang macam tak dengar apa-apa cite pun.memang tak sangka lah.

ko ni semua tak sangka.nampak sangat macam frog underground.hahah.


mereka baru je melangsungkan perkahwinan.em..sedar-sedar rupa-rupanya dah makin berumur kita ni.tetiba je aku pun macam kena fikir jugak benda-benda ni semua.walaupun aku ni muda lagi kot(22 years old tu kire muda la kan=p)....tapi for at least i have to be ready for all of this
bersedia untuk menjadi seorang isteri,
bersedia untuk menjalankan tanggungjawap kepada seorang suami.
bersedia untuk membentuk rumahtangga yang diredhai.
bersedia untuk membentuk keluarga

bersediakah aku??

p/s:gambar diatas aku ambik daripad facebook akak2 senior yang pergi kenduri diaorang ni..thanks for rhe pic,sis=)

31 December 2010

whenever i see you

whenever i see you,it's still breaking in the heart.becoz you were never forgotten.

orang yang baca blog ni mungkin tak tahu..cik siti jaharah yang mereka kenal mungkin tak akan mengeluarkan kata-kata yang serupa orang nak putus cinta macam ni.

but for the whole thing i've wrote since before,
it's my heart voice.

cik siti jaharah yang anda kenal memang jenis yang suka berfalsafah.kadang-kadang akan terkeluar perkataan-perkataan indah yang orang akan ingat,hebatnya dia ni.or..jiwangnya dia ni..

tapi ketahuilah,apa yang keluar dari mulutnya itu sesungguhnya apa yang dia rasa.

19 November 2010

besarnya makna doa yang kita lupakan..

assalamualaikum..wbt
entry kali ni merupakan secebis tazkirah yang aku copy dari sebuah laman facebook.
tapi aku tak kenal sape die ni.walau macam mana pun credit should be given to him sebab benda ni menyebabkan aku tersedar seketika.

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.



seriously..mungkin selama ni kita semua nak cepat.so solat pun kita buat kerana rasa patut buat,sampaikan benda2 kecil macam ni pun kita tak sedar.mungkin nampak simple,tapi besar maknenya.so,after this even kita nak cepat..try la hayati bacaaan ni waktu duduk antara dua sujud..takkan ambik masa lama pun..

01 November 2010

kenangan versi 1:zaman UPSR dulu2

Salam petang jumaat,
Wah..dah lame gile xupdate blog ni.huhu…bukan bz mana pon.Cuma xtau nak tulih ape.writer’s block??ececeh..perasan!!

Anyway,dah nak masuk bulan 11 dah kan.tak lama lagi budak2 pun dah nak start cuti sekolah.dan lebih best lagi,result UPSR pon dah nak keluar.huhu.best???,memang aku kena balun kejap lagi cakap macam tu depan budak2.

Well,memandangkan result upsr dah nak keluar ni,aku pon nk citer siket la kenangan aku masa nak menempuh UPSR ni.ok,secara ringkasnya aku ni tak de la bijak sangat waktu tu.setakat borderline je.tapi still tercalon gak dalam senarai student harapan sekolah.alah,sekolah kampong yang tak top macam aku ni,setakat tercalon dalam pencalonan sebegitu mana ada orang nak heran.huhuhu.

At that time,semua orang pun nak target dapat 5A dalam UPSR.siapa tak nak kan?tapi aku rilek je.dalam borang yang cikgu suruh isi berapa target untuk UPSR aku Cuma tulis 3A 2B aje.sikit kan?

Tapi ada satu insiden ni.yang memang aku ingat sampai sekarang.waktu tu,kelas kemahiran hidup Cikgu sapuan sanusi.biasa la kalau waktu sekolah rendah dulu2 mesti ada buat macam2 projek KH kan?key chain kelapa sawit la..tempat letak surat la..tapi bagus jugak.dengan adanya projek2 sebegitu la aku jadi pandai menggunakan hammer hinggakan terketuk jari sendiri.ok.aku,firdaus,dan lagi 2 orang member(aku tak ingat sape?).kami satu kumpulan.dulu budak2 lelaki suka kacau aku.aku dulu boleh kira agresif jugak la,pantang orang ejek mesti nak melawan.then,one day budak laki yang dua orang ni,si azizuddin dan firdaus dok ejek aku pasal ape ntah then aku pon balas la balik dengan ayat ni

“ala..nanti kalau aku dapat 5A ni tau la korang”ok,dialog tu sebenarnya terkeluar secara tak sengaja.tapi aku tak sangka pulak,benda tu pun diaorang buat bahan nak ejek aku.tiap kali jumpe aku je diaorang akan cakap ‘ceh..budak 5A…’aku sakit ati tok sah cakap la.tapi,memang tanpa aku sedari aku pon berazam sama nak kotakan jugak apa yang aku cakap tu.biar diorang tau sikit penangan aku.huh.tapi benda yang tak bestnya time tu,budak dua ekor tu punya trial UPSR dapat 4A 1B kalau nak banding dengan aku yang takat 3A jek.memang patah semangat sikit la.lagi2 bila diaorang selalu bahankan aku pasal benda tu.memang tak patut.

Hari demi hari terus berlalu.exam UPSR pon semakin tiba.aku pon dengan bersungguh-sungguhnya studi(ceh..struggle ke?padahal tak baca buku langsung pon.).ok,dulu aku memang jenis tak banyak sangat main.tapi nak studi apatah lagi.cukup malas!so tak heran la kalau result yang aku dapat pon rupa cenggitu.

macam-macam program yang cikgu buat untuk kitaorang.salah satunya yang aku ingat program hostel .secara generalnya program ni untuk budak2 terpilih je.termasuk la aku,ada dalam 13 orang lagi.rumah yang dijadikan hostel tu pulak rumah guru yang lama tak berpenghuni.kena pulak budak2 perempuan yang kena duduk situ.budak lelaki kongsi rumah dengan 2 orang cikgu bujang lelaki.tapi main activity akan dibuat dekat rumah kitaorang la.ok,satu subjek untuk satu malam cikgu akan datang rumah kitorang untuk mengajar.more to buat latihan sebenarnya.oh ye,lupa nak cakap.program ni diketuai oleh guru besar kitaorang time tu,cikgu saziad abd aziz.ok.cakap pasal cikgu ni,aku ada sikit kagum la.sebab dia punya determination dan kesungguhan untuk Berjaya tu aku boleh Nampak.demi nak menaikkan nama SK SG Samak yang pada waktu tu amatlah tak popular kat daerah hilir perak ni,banyak benda yang cikgu ni buat.salah satunya kitaorang la.boleh diibaratkan kitaorang hasil daripada segala macam usaha yang dia buat.bagus sebenarnya,sebab kat sini la aku Nampak apa tujuan jawatan ‘CIKGU’ tu diwujudkan dalam dunia.memang tujuan utama dia nak educate people tapi yang paling utama nak GUIDE anak murid tu jadi macam mana in the future.pada aku la,amboi...panjang lebar aku dok meleter naa..hehe

anyway…guess what?akhirnya setelah hari keputusan UPSR diumumkan…tercatat la nama aku sebagai pelajar tunggal dari SK SG Samak yang dapat 5A.time tu nak kata bangga tu tak jugak.lebih pada tak sangka sebenarnya.ye la..macam awal-awal yang aku pernah cakap dulu,aku Cuma target 3A2B je.alih2 dapat 5A.memang bersyukur sangat2.dan yang lagi 2 orang tu,hajat mereka tak kesampaian..tak pe..cuba lagi dimasa akan datang ye.hehe

Moral of the story here,bukanla aku nak kata nak dapat 5A tu tak payah baca buku pon boleh dapat..menipu la.apa yang aku cuba nak bagitau kat sini,there is so many reasons untuk kita Berjaya.biar la apa pun reason,yang penting dan paling utama:Berjaya kerana diri anda mahukan kejayaan itu,bukan kerana ibu bapa anda suruh otau cikgu-cikgu suruh atau kerana pakwe or makwe anda cabar anda..


Membebel bukan hobi saya.sekian…

15 October 2010

memori sekolah rendah.



hehehe..tetiba rasa macam klasik gile kan tengok gamba ni.gambar masa darjah 2.diupload oleh seorang budak kelas ni jugak.aku pon xtau mana aku buh gamba ni.mesti dah hilang.tak pun dah habis lunyai kot.hehe.

sek.keb sungai samak.
jon try test tengok aku kenai ka dak lagi muka2 dalam gamba ni.
belakang dari kiri:
nadiah satibi,norazirahtul adawiah amir,siti noor zawani,nurul ain elham,norhidayah johan,siti halijah ghazali,norliana harun,suhaily hamdan,norshazrin nordin,noor hashimah basar
tengah dari kiri:
shafinatunnajar hairudin,nurul hannan munsarikh,aku,mohd azizuddin mohd haris,zaidi ali napiah,khairil amir,lia(aku xingat nama penuh die),siti noor saadah,zuraidah mawardi.
depan dari kiri:
ikhwan chamharis,zulkirom othman,mohd fauzi sanap,mohd firdaus adenan,cikgu noor mazuin,mohd yazid nazry,mohd hafiz,sabaruddin mukhlisin,izwan izali.

wah..terer gak aku nih.hehe(riak sudah..)
bile tengok gambar ni kan,sume pun masa tu cute aje.sekarang pun still cute jugak.tp of coz la sume dah pandai smart2..dah makin cantik.ye la..umo pun dah masuk 21 taun...hehe da tak comot dah kan?

p/s:aku sebenarnya hilang ingatan sikit pasal zaman sekolah rendah ni.muka aku dulu macam mana ek rupa die.kau orang tau?

12 October 2010

macam-macam hal

bangun pagi...
tetiba air xdek.
memang buat aku bengang satu hari.
aku hanya dapat gosok gigi + cuci muka jek.air yang ade xsampai la 2 cebok.
hai...sadisnya hidup aku hari ni.

next.pukul 8 pagi.
hari ni hari ke2 aku buat amali kat makmal hematologi.
dapat pergi tengok doktor ambik bone marrow kat patient.
tapi serius la..kalau orang lain rasa nak pitam tengok
tapi aku tak la sampai macam tu..just a little bit kesian to the patient
bayangkan umur patient tu sebaya aku..21 taun.
maybe the teknik a little bit kejam..(sebenarya kejam banyak)
sakit weh..aku yang duk kat tepi pun dapat bayang betapa sakitnya patient tu.
macam dalam gambar kat bawah ni..



memang nampak macam biasa..tapi cuba la try kalau nak.
sample xboleh clot.kalau ada clot,reject.aku rase dekat sepuluh kali jugak die duk sedut.smear pun xberapa nak ada.dalam 20 slide tadi tu..ade la 2 or 3 yang boleh digunapakai.yang lain,reject.siap ade bone marrow biapsy tadi.tp yang ni memang serius sakit.sebab die duk sedut isi dalam tulang kita tuh.
imagine patient tu tadi..even if dah kena bius.dia still mengaduh sakit.
aku memang tak boleh la dengar orang mengaduh sakit ni.
rasa macam nak pergi tolong.huhu

around 11am.depan makmal hematologi jugak
ade seorang patient tersungkur sebab terlanggar tembok.
actually aku heran gak camne tembok yang besar tu die xleh langkah.
berdarah jugak la hidung patient tu tadi.
banyak plak tu..tak pasal-pasal kena call wad A&E tadi.
nasib dalam hospital jek.
kalau jauh tak ke naye.

hahaha.banyaknya kisah hidup aku hari ni.ade lagi..tapi aku xcite sampai habis.
nanti2 la ek.

08 October 2010

perca kata

"Tuhan memberikan kita dua kaki utk berjalan, dua tangan utk memegang, dua telinga utk mendengar dan dua mata utk melihat.. tp, mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita??? kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang utk kita mencarinya.... itulah hebatnya cinta.."

tapi kita juga kena ingat...tuhan memberi kita hati bukan atas dasar cinta dan kasih sayang semata-mata..
tapi Dia beri kita hati supaya kita tahu menilai mana yang benar dan mana yang dusta..

07 August 2010

delete button

salam.
selamat pagi.
once upon aku pernah terbaca satu novel karya syud
tajuk dia 'tentang dhiya' kot.aku pon xingat sangat.
it says'kan bagus kalau dalam hidup ni macam komputer.ada butang delete.
kalau ada benda silap kita buat kita just tekan butang tu.
then,start over again.'




yes
now,aku pun harap benda sama.
kan best kalau hidup aku ni ada butang delete macam tu
dengan senangnya aku boleh buang semua kenangan pahit
dan mulakan hidup yang baru.
dengan senangnya aku boleh delete semua masalah yang datang
dan hidup dengan tenang
dengan senangnya kita boleh padam balik kesalahan yang kita buat
dan gantikannya dengan benda betul.
banyak benda dalam hidup ni boleh jadi senang dengan satu button tu.
finish.

the truth is,hidup ni bukan macam tu.
kenangan pahit,masalah dan kesalahan.
kalau kita dengan senangnya boleh delete semua benda tu,
sampai bila kita boleh bertanggungjawap atas setiap perbuatan yang kita lakukan
sampai bila kita boleh lari dari masalah?
sampai bila kita boleh belajar dari kesilapan yang kita lakukan?
then,takkan wujudlah manusia baik
manusia matang,
manusia bertanggungjawap dalam dunia ni.

how i wish i could delete all of those things in my life.
but i just could'nt.

04 August 2010

disebalik bulan SEPTEMBER.



Kajian mengenai personality diri melalui bulan kelahiran oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah.

ok,it's a quick update.becoz aku lahir bulan september.maka aku postkan untuk bulan september je l ek.yang lain2 tu cari sendiri.haha.kejam gile aku.

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur
sopan santun ke aku ni.macam ganas pon ye jugak
* Sangat cermat, teliti & teratur.
ini maybe betul.sebab sape nak buat kerja main-main kan?kalau salah dah tentu kena marah
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
ohoho..rasenya tidak.i won't do that.rasenya kalau nak buat pun perlu ade keyakinan yang membukit
* Pendiam tapi pandai bercakap.
yes,i admit that i'm a quite person.tapi nak kate pandai bercakap tu..dengan certain orang je kot...
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
i can't believe that's what i am till someone told me about that
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
of course la kan.caring?yes...detailed?not so much la..more to flexible..honesty?faith?aku sendiri tak tahu..sebab orang sekeliling yang menilai
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
nothing's perfect la in this world.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
ye..memang.saya sangat mudah touching.tapi orang tak perasan sebab ekspresi muka saya sama saja setiap kali
* orang yang banyak berfikir.
i think so...what am i thinking about eh?
* Daya pentaakulan yang baik.

* Otak bijak & mudah belajar.

* Suka mencari maklumat.
ikut level kerajinan
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
almost every time i did.xleh nk condemn org sgt2 since i'm not perfect too.kan?
* Pandai mendorong diri sendiri.
must la.sape lagi nak motivate kita kalau bukan diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
hahahaha..maybe.tapi statement ni memang betul pun

* Suka sukan, hiburan & melancong.
not so much la..ikut mood
* Kurang menunjukkan perasaannya.
no komen
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
no komen
* Terlalu memilih pasangan.
ini lagi la.no komen
* Sukakan benda yang luas.
Sape nak duk tempat yang sempit kan?
* Bersistematik
tak sangat kot...

artikel ini dipetik daripada laman facebook saudara fitri haris.
most of them betul.
dah kate benda ni kajian kan.
nak kate tak kenal diri sendiri tu tak mungkinla
tapi most of us belum betul2 mengenali siapa diri kita sebenarnya
so guys,lets find out.

01 August 2010

happy friendship day...

special entry.
hari ni 1 ogos..hari persahabatan sedunia.
aku xde la nk poyo2 menyambut pun.
cuma nak mengingati dan menghargai.



Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu
ketika kamu berkata, ”Tunggu sebentar ”
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ”
Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu,
dia akan selalu mendoakanmu dengan air mata


specially dedicated to those in the picture,
also kepada sesape yang tiada dalam gambar.

those words might feel a lil' bit cheesy.heck,i admit it.
but i really mean it.
trust me.
happy friendship day frenz
may allah grant us and our friendship will never lasts...

ikhlas,tapi jauh..