Betul ke aku ni ego???komen skit pasal aku..xkisah korg nk ckp buruk ke baik aku nk tgk bpe byk org ckp aku ni ego...cepat!!!!!
ada orang post macam ni di facebook
orang tu adalah kawan saya
kawan yang pernah menjadi kawan rapat
sekarang sudah tak rapat lagi..
ok.
sekarang,saya nak buat pengakuan jujur berani mati.
tapi sebelum tu..meh cek dulu apa definisi ego ni.
Kamus Pelajar Edisi Kedua
1 sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian.
2 perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri.
ok..sekarang inilah pengakuan berani mati saya.
setelah menyemak data-data memori yang tersimpan dalam cip kepala saya ni..
sepanjang lebih kurang 2 tahun jadi kawan,>include tak sampai setahun jadi kawan baik<
dan bila diselarikan dengan maksud EGO di atas ni.
terbuktilah bahawa...awak,EN R*****
sememangnya....EGO.
kenapa saya cakap awak begini?
ini buktinya:
*firstly..awak sangat pentingkan diri,bilamana saya perlukan awak untuk jadi penyokong saya sewaktu saya ditimpa kesedihan setahun dulu..awak tak peduli pun saya.bukan awak tak tahu..awak tahu..saya yang beritahu awak..sepatutnya dalam keadaan sedih begitu,awak yang patut tanya saya ok ke tidak?tapi sebaliknya yang berlaku,saya yang beria-ia call awak,sms awak...hai..tak tahulah.
*kedua...saya ingat lagi waktu tu.kita berdua kerja partime di TEXSA.awak selalu balik dan pergi jalan kaki dengan saya.tapi ada satu hari ni.awak pergi kerja dulu.tanpa bagitahu saya.saya pulak dengan lurus bendulnya pergi tunggu awak kat tengah panas rembang petang macam tu selama sejam.sebab saya ingat kita akan pergi kerja bersama macam selalu.bila dah lama tunggu,saya pun buat keputusan untuk pergi sahajalah.then,bila sampai,saya nampak awak tengah pakai kasut roda.awak kan runner TEXSA time tu.cuba awak bayang apa saya rasa time tu.saya marah tau.saya marah.sampai cakap dengan team leader bagi saya duduk kaunter elektrikal.sebab tak nak sakit hati bila tengok muka awak..awak macam tak sedar kot salah awak?boleh buat tak tahu je??hai..tak tahulah.
*ketiga..bila berkaitan dengan perasaan awak.terutama pasal kekasih awak tu.awak selalu mintak pandangan saya kan?saya selalu jujur..bagitau apa yang saya fikir baik untuk awak dengan dia.tapi satu pun nasihat saya awak tak dengar.part ni la..saya rasa awak sangat EGO.tak mau dengar nasihat orang lain.so..no point la awak minta nasihat dengan saya kalau macam tu kan?
*awak rasa marah kalau orang duk kutuk awak kan?padahal apa yang diaorang cakap tu memang betul pun.saya tak nak la cakap awak perasan bagus..walaupun kadang-kadang macam iya jugak.haha(sempat lagi tu..)senang cakap la..awak ni susah nak terima pandangan orang..
ada banyak lagi la.saya tak mau tulis byk2.
anyway..saya harap sangat awak baca semua ni
sebab bila awak tanya..memang saya takkan bagi jawapan ikhlas
sebab saya tak nak bagi awak rasa down.awak kawan saya
takkan saya nak cakap..eh,ko ni ego betul la.
coz u r my friend..
i won't do that.
tp disebabkan saya tak cakap la..saya tak dapat nak terima awak jadi kawan baik saya lagi.
coz enough is enough.
hope awak akan berubah..suatu hari nanti.
saya harap sangat.
kalau awak baca ni..saya mintak maaf yea
sebab mungkin akan rasa sakit hati sedikit
tapi ini apa yang saya rasa dan saya nak awak tau.
sekian saja..dari budak pemendam rasa berjaya
No comments:
Post a Comment