08 April 2011

duduk merenung masa depan yang masih kelam adalah aktiviti aku sejak akhir2 ni.dalam kepala otak,berbagai soalan bermain difikiran.ape aku nak buat lepas ni?nak terus bekerja disini?cari kerja lain?bila nak sambung belajar?full time ke part time?

keliru dengan fikiran yang berbagai.juga status2 facebook kawan2 yang kadang2 buat hati rasa 'sedih dalam gembira' makin menambah tekanan.
gembira;as for a friend should do.tapi ada rasa sedih yang bertandang atas nasib diri.

ok,kita lupakan itu.
kepada yang baru lepas dapat result SPM.tahniah kepada yang berjaya.yang kurang berjaya tu jangan sedih sangat.masa depan masih panjang lagi,bukan berhenti disini je.

teringat kepada program BOOM yang aku sertai tahun lepas.as for you all knows,akulah yang paling banyak berdiam diri pada ketika itu,sambil memerhati rakan yang seorang lagi menjawap soalan yang diajukan kepadanya.maklumlah,dia belajar di luar negara.untung dia.belajar pandai..dapat sponsorship pergi luar negara.aku nampak usaha dia,so i do agree for the truth that she deserved it.

memandangkan ketika itu aku tak dapat nak bercakap banyak.jadi pada entry kali ni,mungkin aku boleh tebus rasa terkilan aku dengan bercerita disini.di blog ini yang tak ramai orang nak baca.

sebelum tu bagi yang tak berapa tahu latar belakang aku,mungkin aku boleh cerita sikit.aku datang dari keluarga yang langsung tiada latar belakang pendidikan.harta benda apatah lagi.sedari kecil hidup aku bukanlah macam orang lain.ketika kamu semua bergembira bermain anak patung,aku sudah mengikut emak dan ayah ke menebas lalang dikebun orang.memegang parang yang tinggi lebih kurang denganku,meskipun masih takut dengan pacat dan lintah yang keluar diwaktu hujan,aku memberanikan diri mengikut mereka mencari rezeki.adik beradikkku ramai.dan semuanya masih kecil ketika itu.kakak2 ku dijaga oleh arwah opah sejak kecil di rumah ibu saudaraku.jadi,akulah yang paling tua di rumah.mengangkut kelapa 20 biji sejauh 1km sudah jadi lumrah bagi aku.kadang2,aku protes juga tak mahu ikut ke kebun.semata-mata nak tengok power rangers ataupun robocop(kartun yang masih popular waktu tu.)akal budak2..

dalam peperiksaan UPSR,aku dapat 5A.dan masukla aku ke sekolah berasrama penuh membawa title 'pelajar projek khas'.untuk pengetahuan semua,enrollment ke sekolah aku tu dulu,kalau takde seribu dua dalam tangan nak bayar yuran,baik jangan masuk.aku sendiri pelik dengan situasi tu,namun tak berapa nak ambik kisah,sebab bukan mak ayah aku nak kena bayar pon.

di 'Sekolah' itu,aku cuba belajar bersungguh2.namun usaha sering gagal kerana terlalu ramai student yang punya IQ tinggi.aku kalah lagi dari segi itu.namun,aku bersyukur nasib masih menyebelahiku.keputusan PMR dan SPM ku masih lagi baik.tapi itulah,aku membawa tekanan yang besar apabila masuk ke 'sekolah' ini.persepsi masyarakat,bila dah masuk sekolah SBP,mesti masuk Universiti bagus2.tapi aku tidak.dan aku juga mengaku,mulut orang kita susah nak tutup.bagus pon salah,tak bagus pon salah.aku menerima tawaran masuk ke matrikulasi dan UPU.namun terpaksa kutolak tawaran itu atas sebab2 yang tak dapat kuelakkan.sementara menunggu result spm,aku bekerja disalah sebuah pasaraya terkemuka dalam malaysia.bekerja kerana aku sedar,betapa sukarnya bila tiada wang bila masuk belajar nanti.bila dah dapat result dan akur pada nasib,aku masih lagi mencari2 ruang agar aku dapat terus sambung belajar.akhirnya aku memilih Universiti swasta.dan sinilah aku.kursus yang kupilih,memang tidak kutahu langsung apa basicnya,apa benefitnya..diploma teknologi makmal perubatan.bagi aku belajarlah apa bidang pun,meskipun bidang tu kita tak suka.dulu,aku minat nak jadi arkitek.tapi oleh kerana ayah nak aku jadi doktor,aku terpaksa masuk aliran sains tulen bila masuk tingkatan4.aku memang tak suka biologi.dan terbukti,bila tiap kali exam,aku hanya mampu dapat gred c.aku suka membaca tapi tak suka menghafal.that's explain a lot.
disinilah aku.Universiti Industri Selangor.ramai yang tanya,kenapa aku pilih unisel.dan aku pun jawap entah.boleh pulak entah?kalau aku pon tahu jawapan takkan aku nak jawap entah.ape la kau orang ni.yang aku tahu,aku cuma ikut instinct.at that time yang ada dalam kepala otak aku ni cuma nak sambung belajar.so here i am.dekat sini pun,boleh dikata aku belajar benda yang sama.anatomy physiology..microbiology...parasitology..memang heavy la subjek2 ni.nak tak nak aku kena juga usaha untuk dapat yang terbaik..aku tak nak kalah dengan kawan-kawan lain yang masuk matrikulasi.tak ape la kalau rezeki aku bukan di situ sekarang,sebab aku tahu tiap orang ada peluang yang sama untuk berjaya.cuma mungkin rezeki masing-masing.ada cepat,ada lambat.
bila keluar dari sekolah menengah,baru kita tahu...apa yang kita alami dulu hanya tak sampai suku pon bekalan untuk kita hadapi masa sekarang.cuma kena preparekan diri untuk menghadapi situasi2 sukar bilamana tak ada siapa pun boleh temankan kita.be independant.respect diri sendiri.belajar terima orang lain dalam hidup.

yang aku tahu sekarang cikgu2 sekolah merungut pencapaian SEMESTI sekarang tak seGAH yang dulu.yela.cikgu...mana ada cikgu yang suka bila tengok anak murid dia kecundang dalam exam.tapi dengar sini adik-adik..tak kisah la apa pun keputusan yang kau orang dapat lepas SPM tu,yang penting adalah saat2 lepas ni.pilihan ada banyak,tapi bila kita dah pilih satu..jangan menyesal dengan jalan yang kita pilih.don't feel worst for the road not taken.pernah ada orang datang rumah mak aku..pastu sibuk2 cite pasal anak die dapat Universiti bagus.kemudian sibuk nak compare2 dgn aku.mak aku diam aje.you know what,at that time nyaris2 aku nak rasa menyesal for the road i've taken.

aku cakap ni bukan cakap2 kosong.i've gone through it.a lot.

No comments: