31 December 2010

whenever i see you

whenever i see you,it's still breaking in the heart.becoz you were never forgotten.

orang yang baca blog ni mungkin tak tahu..cik siti jaharah yang mereka kenal mungkin tak akan mengeluarkan kata-kata yang serupa orang nak putus cinta macam ni.

but for the whole thing i've wrote since before,
it's my heart voice.

cik siti jaharah yang anda kenal memang jenis yang suka berfalsafah.kadang-kadang akan terkeluar perkataan-perkataan indah yang orang akan ingat,hebatnya dia ni.or..jiwangnya dia ni..

tapi ketahuilah,apa yang keluar dari mulutnya itu sesungguhnya apa yang dia rasa.

19 November 2010

besarnya makna doa yang kita lupakan..

assalamualaikum..wbt
entry kali ni merupakan secebis tazkirah yang aku copy dari sebuah laman facebook.
tapi aku tak kenal sape die ni.walau macam mana pun credit should be given to him sebab benda ni menyebabkan aku tersedar seketika.

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.



seriously..mungkin selama ni kita semua nak cepat.so solat pun kita buat kerana rasa patut buat,sampaikan benda2 kecil macam ni pun kita tak sedar.mungkin nampak simple,tapi besar maknenya.so,after this even kita nak cepat..try la hayati bacaaan ni waktu duduk antara dua sujud..takkan ambik masa lama pun..

01 November 2010

kenangan versi 1:zaman UPSR dulu2

Salam petang jumaat,
Wah..dah lame gile xupdate blog ni.huhu…bukan bz mana pon.Cuma xtau nak tulih ape.writer’s block??ececeh..perasan!!

Anyway,dah nak masuk bulan 11 dah kan.tak lama lagi budak2 pun dah nak start cuti sekolah.dan lebih best lagi,result UPSR pon dah nak keluar.huhu.best???,memang aku kena balun kejap lagi cakap macam tu depan budak2.

Well,memandangkan result upsr dah nak keluar ni,aku pon nk citer siket la kenangan aku masa nak menempuh UPSR ni.ok,secara ringkasnya aku ni tak de la bijak sangat waktu tu.setakat borderline je.tapi still tercalon gak dalam senarai student harapan sekolah.alah,sekolah kampong yang tak top macam aku ni,setakat tercalon dalam pencalonan sebegitu mana ada orang nak heran.huhuhu.

At that time,semua orang pun nak target dapat 5A dalam UPSR.siapa tak nak kan?tapi aku rilek je.dalam borang yang cikgu suruh isi berapa target untuk UPSR aku Cuma tulis 3A 2B aje.sikit kan?

Tapi ada satu insiden ni.yang memang aku ingat sampai sekarang.waktu tu,kelas kemahiran hidup Cikgu sapuan sanusi.biasa la kalau waktu sekolah rendah dulu2 mesti ada buat macam2 projek KH kan?key chain kelapa sawit la..tempat letak surat la..tapi bagus jugak.dengan adanya projek2 sebegitu la aku jadi pandai menggunakan hammer hinggakan terketuk jari sendiri.ok.aku,firdaus,dan lagi 2 orang member(aku tak ingat sape?).kami satu kumpulan.dulu budak2 lelaki suka kacau aku.aku dulu boleh kira agresif jugak la,pantang orang ejek mesti nak melawan.then,one day budak laki yang dua orang ni,si azizuddin dan firdaus dok ejek aku pasal ape ntah then aku pon balas la balik dengan ayat ni

“ala..nanti kalau aku dapat 5A ni tau la korang”ok,dialog tu sebenarnya terkeluar secara tak sengaja.tapi aku tak sangka pulak,benda tu pun diaorang buat bahan nak ejek aku.tiap kali jumpe aku je diaorang akan cakap ‘ceh..budak 5A…’aku sakit ati tok sah cakap la.tapi,memang tanpa aku sedari aku pon berazam sama nak kotakan jugak apa yang aku cakap tu.biar diorang tau sikit penangan aku.huh.tapi benda yang tak bestnya time tu,budak dua ekor tu punya trial UPSR dapat 4A 1B kalau nak banding dengan aku yang takat 3A jek.memang patah semangat sikit la.lagi2 bila diaorang selalu bahankan aku pasal benda tu.memang tak patut.

Hari demi hari terus berlalu.exam UPSR pon semakin tiba.aku pon dengan bersungguh-sungguhnya studi(ceh..struggle ke?padahal tak baca buku langsung pon.).ok,dulu aku memang jenis tak banyak sangat main.tapi nak studi apatah lagi.cukup malas!so tak heran la kalau result yang aku dapat pon rupa cenggitu.

macam-macam program yang cikgu buat untuk kitaorang.salah satunya yang aku ingat program hostel .secara generalnya program ni untuk budak2 terpilih je.termasuk la aku,ada dalam 13 orang lagi.rumah yang dijadikan hostel tu pulak rumah guru yang lama tak berpenghuni.kena pulak budak2 perempuan yang kena duduk situ.budak lelaki kongsi rumah dengan 2 orang cikgu bujang lelaki.tapi main activity akan dibuat dekat rumah kitaorang la.ok,satu subjek untuk satu malam cikgu akan datang rumah kitorang untuk mengajar.more to buat latihan sebenarnya.oh ye,lupa nak cakap.program ni diketuai oleh guru besar kitaorang time tu,cikgu saziad abd aziz.ok.cakap pasal cikgu ni,aku ada sikit kagum la.sebab dia punya determination dan kesungguhan untuk Berjaya tu aku boleh Nampak.demi nak menaikkan nama SK SG Samak yang pada waktu tu amatlah tak popular kat daerah hilir perak ni,banyak benda yang cikgu ni buat.salah satunya kitaorang la.boleh diibaratkan kitaorang hasil daripada segala macam usaha yang dia buat.bagus sebenarnya,sebab kat sini la aku Nampak apa tujuan jawatan ‘CIKGU’ tu diwujudkan dalam dunia.memang tujuan utama dia nak educate people tapi yang paling utama nak GUIDE anak murid tu jadi macam mana in the future.pada aku la,amboi...panjang lebar aku dok meleter naa..hehe

anyway…guess what?akhirnya setelah hari keputusan UPSR diumumkan…tercatat la nama aku sebagai pelajar tunggal dari SK SG Samak yang dapat 5A.time tu nak kata bangga tu tak jugak.lebih pada tak sangka sebenarnya.ye la..macam awal-awal yang aku pernah cakap dulu,aku Cuma target 3A2B je.alih2 dapat 5A.memang bersyukur sangat2.dan yang lagi 2 orang tu,hajat mereka tak kesampaian..tak pe..cuba lagi dimasa akan datang ye.hehe

Moral of the story here,bukanla aku nak kata nak dapat 5A tu tak payah baca buku pon boleh dapat..menipu la.apa yang aku cuba nak bagitau kat sini,there is so many reasons untuk kita Berjaya.biar la apa pun reason,yang penting dan paling utama:Berjaya kerana diri anda mahukan kejayaan itu,bukan kerana ibu bapa anda suruh otau cikgu-cikgu suruh atau kerana pakwe or makwe anda cabar anda..


Membebel bukan hobi saya.sekian…

15 October 2010

memori sekolah rendah.



hehehe..tetiba rasa macam klasik gile kan tengok gamba ni.gambar masa darjah 2.diupload oleh seorang budak kelas ni jugak.aku pon xtau mana aku buh gamba ni.mesti dah hilang.tak pun dah habis lunyai kot.hehe.

sek.keb sungai samak.
jon try test tengok aku kenai ka dak lagi muka2 dalam gamba ni.
belakang dari kiri:
nadiah satibi,norazirahtul adawiah amir,siti noor zawani,nurul ain elham,norhidayah johan,siti halijah ghazali,norliana harun,suhaily hamdan,norshazrin nordin,noor hashimah basar
tengah dari kiri:
shafinatunnajar hairudin,nurul hannan munsarikh,aku,mohd azizuddin mohd haris,zaidi ali napiah,khairil amir,lia(aku xingat nama penuh die),siti noor saadah,zuraidah mawardi.
depan dari kiri:
ikhwan chamharis,zulkirom othman,mohd fauzi sanap,mohd firdaus adenan,cikgu noor mazuin,mohd yazid nazry,mohd hafiz,sabaruddin mukhlisin,izwan izali.

wah..terer gak aku nih.hehe(riak sudah..)
bile tengok gambar ni kan,sume pun masa tu cute aje.sekarang pun still cute jugak.tp of coz la sume dah pandai smart2..dah makin cantik.ye la..umo pun dah masuk 21 taun...hehe da tak comot dah kan?

p/s:aku sebenarnya hilang ingatan sikit pasal zaman sekolah rendah ni.muka aku dulu macam mana ek rupa die.kau orang tau?

12 October 2010

macam-macam hal

bangun pagi...
tetiba air xdek.
memang buat aku bengang satu hari.
aku hanya dapat gosok gigi + cuci muka jek.air yang ade xsampai la 2 cebok.
hai...sadisnya hidup aku hari ni.

next.pukul 8 pagi.
hari ni hari ke2 aku buat amali kat makmal hematologi.
dapat pergi tengok doktor ambik bone marrow kat patient.
tapi serius la..kalau orang lain rasa nak pitam tengok
tapi aku tak la sampai macam tu..just a little bit kesian to the patient
bayangkan umur patient tu sebaya aku..21 taun.
maybe the teknik a little bit kejam..(sebenarya kejam banyak)
sakit weh..aku yang duk kat tepi pun dapat bayang betapa sakitnya patient tu.
macam dalam gambar kat bawah ni..



memang nampak macam biasa..tapi cuba la try kalau nak.
sample xboleh clot.kalau ada clot,reject.aku rase dekat sepuluh kali jugak die duk sedut.smear pun xberapa nak ada.dalam 20 slide tadi tu..ade la 2 or 3 yang boleh digunapakai.yang lain,reject.siap ade bone marrow biapsy tadi.tp yang ni memang serius sakit.sebab die duk sedut isi dalam tulang kita tuh.
imagine patient tu tadi..even if dah kena bius.dia still mengaduh sakit.
aku memang tak boleh la dengar orang mengaduh sakit ni.
rasa macam nak pergi tolong.huhu

around 11am.depan makmal hematologi jugak
ade seorang patient tersungkur sebab terlanggar tembok.
actually aku heran gak camne tembok yang besar tu die xleh langkah.
berdarah jugak la hidung patient tu tadi.
banyak plak tu..tak pasal-pasal kena call wad A&E tadi.
nasib dalam hospital jek.
kalau jauh tak ke naye.

hahaha.banyaknya kisah hidup aku hari ni.ade lagi..tapi aku xcite sampai habis.
nanti2 la ek.

08 October 2010

perca kata

"Tuhan memberikan kita dua kaki utk berjalan, dua tangan utk memegang, dua telinga utk mendengar dan dua mata utk melihat.. tp, mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita??? kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang utk kita mencarinya.... itulah hebatnya cinta.."

tapi kita juga kena ingat...tuhan memberi kita hati bukan atas dasar cinta dan kasih sayang semata-mata..
tapi Dia beri kita hati supaya kita tahu menilai mana yang benar dan mana yang dusta..

07 August 2010

delete button

salam.
selamat pagi.
once upon aku pernah terbaca satu novel karya syud
tajuk dia 'tentang dhiya' kot.aku pon xingat sangat.
it says'kan bagus kalau dalam hidup ni macam komputer.ada butang delete.
kalau ada benda silap kita buat kita just tekan butang tu.
then,start over again.'




yes
now,aku pun harap benda sama.
kan best kalau hidup aku ni ada butang delete macam tu
dengan senangnya aku boleh buang semua kenangan pahit
dan mulakan hidup yang baru.
dengan senangnya aku boleh delete semua masalah yang datang
dan hidup dengan tenang
dengan senangnya kita boleh padam balik kesalahan yang kita buat
dan gantikannya dengan benda betul.
banyak benda dalam hidup ni boleh jadi senang dengan satu button tu.
finish.

the truth is,hidup ni bukan macam tu.
kenangan pahit,masalah dan kesalahan.
kalau kita dengan senangnya boleh delete semua benda tu,
sampai bila kita boleh bertanggungjawap atas setiap perbuatan yang kita lakukan
sampai bila kita boleh lari dari masalah?
sampai bila kita boleh belajar dari kesilapan yang kita lakukan?
then,takkan wujudlah manusia baik
manusia matang,
manusia bertanggungjawap dalam dunia ni.

how i wish i could delete all of those things in my life.
but i just could'nt.

04 August 2010

disebalik bulan SEPTEMBER.



Kajian mengenai personality diri melalui bulan kelahiran oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah.

ok,it's a quick update.becoz aku lahir bulan september.maka aku postkan untuk bulan september je l ek.yang lain2 tu cari sendiri.haha.kejam gile aku.

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur
sopan santun ke aku ni.macam ganas pon ye jugak
* Sangat cermat, teliti & teratur.
ini maybe betul.sebab sape nak buat kerja main-main kan?kalau salah dah tentu kena marah
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
ohoho..rasenya tidak.i won't do that.rasenya kalau nak buat pun perlu ade keyakinan yang membukit
* Pendiam tapi pandai bercakap.
yes,i admit that i'm a quite person.tapi nak kate pandai bercakap tu..dengan certain orang je kot...
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
i can't believe that's what i am till someone told me about that
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
of course la kan.caring?yes...detailed?not so much la..more to flexible..honesty?faith?aku sendiri tak tahu..sebab orang sekeliling yang menilai
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
nothing's perfect la in this world.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
ye..memang.saya sangat mudah touching.tapi orang tak perasan sebab ekspresi muka saya sama saja setiap kali
* orang yang banyak berfikir.
i think so...what am i thinking about eh?
* Daya pentaakulan yang baik.

* Otak bijak & mudah belajar.

* Suka mencari maklumat.
ikut level kerajinan
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
almost every time i did.xleh nk condemn org sgt2 since i'm not perfect too.kan?
* Pandai mendorong diri sendiri.
must la.sape lagi nak motivate kita kalau bukan diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
hahahaha..maybe.tapi statement ni memang betul pun

* Suka sukan, hiburan & melancong.
not so much la..ikut mood
* Kurang menunjukkan perasaannya.
no komen
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
no komen
* Terlalu memilih pasangan.
ini lagi la.no komen
* Sukakan benda yang luas.
Sape nak duk tempat yang sempit kan?
* Bersistematik
tak sangat kot...

artikel ini dipetik daripada laman facebook saudara fitri haris.
most of them betul.
dah kate benda ni kajian kan.
nak kate tak kenal diri sendiri tu tak mungkinla
tapi most of us belum betul2 mengenali siapa diri kita sebenarnya
so guys,lets find out.

01 August 2010

happy friendship day...

special entry.
hari ni 1 ogos..hari persahabatan sedunia.
aku xde la nk poyo2 menyambut pun.
cuma nak mengingati dan menghargai.



Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”
Sahabat sejati akan tetap setia menunggu
ketika kamu berkata, ”Tunggu sebentar ”
Sahabat sejati hatinya akan tetap tinggal, terikat kepadamu
ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ”
Saat kamu berkata untuk meninggalkannya,
Mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat,
Memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Tetapi pada saat saat itu, hatinya tidak akan pernah meninggalkanmu
Dan sewaktu dia jauh darimu,
dia akan selalu mendoakanmu dengan air mata


specially dedicated to those in the picture,
also kepada sesape yang tiada dalam gambar.

those words might feel a lil' bit cheesy.heck,i admit it.
but i really mean it.
trust me.
happy friendship day frenz
may allah grant us and our friendship will never lasts...

ikhlas,tapi jauh..

31 July 2010

jalan-jalan cari makan..=)

salam...
haha..menarik tak tajuk die?
ni nk citer sket..semalam p makan kat satu tempat nih.
giler jauh..kat jeram kot..
bole pulak kawan akak aku ni mengidam nak makan ikan bakar.amboi..seleraa...
nak tak nak kena follow la jugak kan...besides ade orang nak belanje.
rasa rugi lak kalau tak p.hehehe..*gelak jahat*
cume yang tak bestnye kena menahan lapar la sampai kul 11 malam..

ok,episod jalan-jalan cari makan kali ni,kite ke AROMA IKAN BAKAR,PAnTaI JERAM ye tuan-tuan dan puan-puan
(ade gaya hos tv tu x?hahaha)
bagi yang tak tahu jeram tu kat mana..dia dekat2 area klang gak.tapi agak jauh..sape2 orang sabak bernam tu,balik kampung mesti lalu ikut jalan nih punya.

ok,menu untuk hari ini:

*kailan ikan masin


*ikan siakap 3 rasa


*sup ayam


*sotong goreng kunyit


haha..mesti perut korang dah berkeriuk2 tanda lapar tengok makanan ni kan..
best tau..masakan dia sangat murah dan sedap.
aku tak tipu weh..sebab masa aku sampai restoran tu area kul 11 semalam..sangat raaaamai orang...
untuk semua menu diatas set 3 orang plus air..harga die cuma rm58 jek..
murah weh..
jom2..kita datang sini.

30 July 2010

belajar mana sekarang?

ok
aku sebenarnya agak touching bile orang tanya pasal ni
one of the reason why aku xpernah lagi jejak kaki kat semesti lepas spm aritu.
becoz they keep questioning
without trying to understands why.

oopps..nanti.kenapa aku revealed benda ni kat sini?
entahlah..since aku dah banyak pendam rasa and since this is my blog.
jadi aku punya suka lah kan?hahaha

i have no intention to explain everything.seriously.
aku rasa xpayah kot nak explain kat orang benda-benda macam ni.
becoz mana ada orang kisah.yang penting bile mereka tanya.then kita bagi jawapan.then,mereka buat kesimpulan.that's it.it was life then.

kite selalu buat kesimpulan sendiri.
ok,nak dijadikan cerita.result spm aku tak lah teruk pun
from 10 paper aku ambik.ada 3 paper je aku dapat B
its one B3 and two B4.
its physics,biology,and EST.
other than that kamu fikir sendiri lah ye apa aku dapat.
aku pun macam korang.mohon UPU,mohon matrix.
kalau aku kate aku dapat kedua-duanya?then,now i end up studying at UNISEL.
u all must said that i'm joking kan?
well.i'm deadly serious.
jadi tak payahlah nak judge orang if u don't even know the real story.

orang lain.
their result was even worst than me.
syukur alhamdulillah dapat masuk uitm second intake.or they enrolled 2 years matrix.
and finally they end up in IPTA.of course.
i juz wondering lah,why don't u all ask them like the one u did to me?
adakah study di IPTS sangat teruk?
ingin saya ulang disini.don't simply judge people if u don't even know the real story.

i didn't revealed everything here.
ini hanya sebahagian cerita.
cerita selebihnya,akan memancing simpati korang je.


so..to the people out there.
ecspecially yang membaca.
kalau nasib korang sama macam aku,then u should understand my situation.my feeling.

juz remember one thing.
setiap apa yang berlaku dalam hidup ni,dah ditentukan.
sekeras mana pun kite usaha.kalau allah dah kata 'kun fayakun'
perkara tersebut tetap akan berlaku.
biarpun 1ooo kali kau ulang tak mahu.
if something goods happen to you,then berkata syukurlah pada Allah.
tapi kalau sebaliknya yang berlaku,terima dengan redha.
don't keep complaining.claiming,why this thing happen to me??
sebab kite terlalu banyak complaint lah.kite tak sedar.
ada benda yang lebih baik yang dah disediakan untuk kite.

29 July 2010

BOOM Semesti 2010. part 2

ok,sambungan untuk entry yg lepas.
mood nak mengarang agak slow sket.so,sorry la kalo rase macam xbest jek nak bace ok.
tambah lagi dengan kedatangan azian nur suhana dan robiatul adawiah.
pukul 11 pagi kami semua ke bilik kaunseling.
event patutnya start daripada pagi,tapi sudah clash dengan relayton semesti,program terpaksa ditunda ke 2.30 petang.jadi sesi pagi ni hanya menunggu kedatangan fasi yang lain serta ada briefing la sedikit
ok,untuk pengetahuan,program ni kelolaan ASTI.tapi diorganize oleh saudara ahmad izuan kite ni.
antara fasi yang hadir termasukla budak2 junior kitaorang.dan abg fadly khairie,baru je grad.doktor tu...

antara fasilitator yang hadir.




hari ke-2,24 april 2010.

ok.acara pertama.talk daripada saudara ahmad izuan sendiri..antara berjaya dan kaya raya.


next..diikuti talk oleh saudari nurlisa khalid dan saudari azian nur suhana.menceritakan pengalaman masing2 berada di perantauan..


kemudian...ade sesi LDk 1:survival game.aku dapat group skali dengan azian.dua orang fasi akan conduct satu group.
kitaorang stop untuk solat asar..then,next activity hanya dimulakan pada jam 5.30ptg.
ha..yg ni best sket.EKSPLORASI PINTAR...
agak kelakar sebenrnya bila tengok budak2 ni.nama je form 5,tapi macam budak2.jenuh jugak la nak melayan.nak2 aku kena conduct station ayat berangkai bergambar.
macam-macam fiil boleh tengok time ni.aku,doyah dengan fasyihah hanya boleh geleng kepala je tengok diaorang ni.




see?betul x aku cakap?

next..sepatutnya ada kuliah maghrib.biase la sabtu malam ahad.tapi disebabkan program ni sedang berjalan,jadi slot talk daripada abg fadly terpaksa ditarik ke waktu tu.kire talk ni untuk semua student la.talk daripada abang fadli khairie.medic student.baru grad daripada russia.hebat abang ni.bekas debater sekolah.studying abroad memang satu pengalaman yang indah.tapi kalau tak cukup tabah dan sabar,anda akan kecundang ditengah jalan.

lepas solat isyak,aktiviti disambung plak dengan LDK 2;lebih kepada slot perkongsian antara fasilitator dengan pelajar tingkatan 5 ni sendiri.
banyak feedback yang diterima.
aku pulak lebih banyak mendiamkan diri je..since budak2 ni lebig eager nak tahu pasal life in oversea,other than studying in Malaysia.jadi aku terpaksa memberi laluan kepada saudari azian dalam hal ni,sebab dia yang study abroad.

program ditutup dengan talk daripada saudara hilmi.medic student,universiti malaya.


sekian saja laporan tuk kali ni.den dah penat menaip.daaa......

27 July 2010

BOOM Semesti 2010. part 1

salam ukhwah untuk semua.
saya dah balik dari teluk intan..membawa seribu satu cerita
cerita pasal BOOM Semesti..cerita saya.cerita kawan2.
orang lain dah update benda ni awal2
aku plak baru nak update hari ni..hahaha

ok,as you all know lah kan.program ni berlangsung pada 24 julai 2010.
now,biar aku terangkan apa yang aku buat sepanjang program ni.

23 julai 2010,5.30 petang.
aku sampai di muka bumi SEMESTI tercinta.honestly,aku sangat rindu nak datang sini sebenarnya.tapi,disebabkan kesempitan masa dan waktu,dan ada beberapa sebab lain lagi yang aku tak boleh nak bagitahu kat sini.4 tahun..kalau orang berkahwin,dah ade 2 orang anak dah.hahaha.
setelah memberitahu kedatanganku kepada encik ahmad izuan a.k.a bain,aku pun menapak ke aspuri..sambil menunggu kedatangan cikgu Daud.
lepas 15 minit menunggu,ada dua orang budak menapak kearah aku.dan bertanya

"akak ex-student semesti ye?"aku angguk.

"jom la masuk dalam asrama..duk dekat bilik tetamu."aku pun menurut langkah dua orang budak ni masuk ke dalam aspuri.sah2 semua orang tengok aku.ye laa..yang ada kat sini sumenya aku xkenal.tapi masa aku duk lua tadi ade jugak 2,3 orang student bagi salam dengan aku.Alhamdulillah..xhilang lagi budaya ni.aku senyum dalam hati.

orang pertama yang aku jumpa kat sini nurul fasyihah abu bakar.boleh dia tak kenal aku.haha.mgkin la..sebab lepas spm memang aku tak jumpa dah diaorang ni.then,bila aku amat-amati sekor2 muka budak2 kat sini..baru aku perasan..student form 5 sekarang ni junior form1 ktaorg dulu rupanya.nasib baik diaorg cam lagi muka kitaorg ni.cam muka je...nama haram tak ingat...huhu
norlisa khalid plak sampai dalam pukul 7.30.lepas je mandi n solat maghrib aku dapat sms daripada saudara ahmad izuan a.k.a bain untuk pergi ke bilik kaunseling pkl 9 mlm ni..aku,lisa dgn fasyihah sebenarnya agak lapar..ptg tu xtau ade mknan ke tak kat dewan makan..jadi dengan lgkah malasnye kitaorang bersiap pergi ke kantin
sekolah sementara nak tunggu pukul 9.
otw nak ke sekolah..terserempak dengan cikgu rohaya dekat koperasi.cikgu add math aku waktu form 5 dulu.sembang2 dalam 10 minit camtu,kitaorang mintak diri ke kantin.sampai je dekat kantin pulak terjumpa cikgu yusof..
biase la bile lama xjumpa.macam2 soalan la keluar.
yang tinggal juz nasi goreng je..makan la ape yang ade.

bilik kaunseling,pukul 9 malam.
ok,let me guess sape je yang ade ek.
aku,fasyihah,norlisa,arman husni,shauqi,saufi,firdaus n saudara bain.
alhamdulillah..aku kenal lagi semua muka2 ni.
sume macam tak berape nak berubah jek..hehe
lisa dengan bain makin berisi..arman macam dah tinggi sket.shauqi plak dah makin bergaya.firdaus dengan saufi aku rase same jek.
haha..tapi yang penting masing2 dah bertambah matang kan.
8 org jek yg ade...ni btul ke nak wat program ni.fasilitator macam xdek je
rupe2nye ramai yang akan datang keesokan harinya..
ok..apa yang kitaorg kena discuss malam ni ialah tentang aktiviti eksplorasi pintar.
ape yang kitaorang nak bubuh dalam aktiviti ni.bunyi lebih kurang macam explorace laa..kena lari sana-lari sini..haha
erm..bincang pon bincang gak.
dalam kul 10 macam tu,cikgu daud datang.siap dengan kamera dia.last2 ajak kitaorang g minum..
minum merangkap supper la..dekat gerai depan semesti ni jek..kedai bekas tukang masak dewan makan kitaorang,mak cik Ita.

sembang punya sembang..kitaorg pun balik jam 1130 malam..
oh ye..lupa nak mention.cikgu daud belanje.....
thanks to cikgu daud..=)
lain kali belanje lagi ye...

sekian saje.

21 July 2010

mau balik kampung.

hohoho..
salam buat semua
sebelum balik ke kampung..saje je nak update blog sket.pasni 5 hari xdek kt umah
kat kampung xdek line internet.kalau ade pon sangat slow
lagi slow daripada kura2 berjalan.
hehehe
besides,den maleh nak bawak laptop balik kampung.
ok,balik sebab kena jadi fasi untuk program BOOM kat semesti
aku sebenarnya agak kelam tentang tentatif program nihttp://www.emocutez.com
tapi xpe la..follow je la.
benda baik..tak yah nak fikir2 panjang...kan?
yeah.sejak SPM aku da tak pernah jejak SEMESTI.
murid derhaka btul aku ni.hehe
sijil SPM pun blum ambik.
ape nak jadi...http://www.emocutez.com
lagipun agak segan nak pergi sekolah
maklumlah.nasib aku tak sebaik orang lain kan..
anyway..nanti nak tangkap gmabar banyak2
pastu nak post kat blog nih..
hehe
wait for da BOOM entry eh
tata.=)http://www.emocutez.com

oh..happy day.



feeling that happy..huh?(referring to the big smile in the pic)
betul ke cat boleh senyum macam ni?*i'm wondering*
haha..tapi picture ni nampak cute jek.
dan aku memang rase happy pun hari nih.

happy sangat ke?xla jugak..tapi saje menghepikan diri sendiri
memang ada banyak sangat masalah lately ni.
sampai rasa agak tension.
kalau duk umah tu rasa tak senang hati..so selepas secara rasminya 5 hari duduk dirumah,akhirnya hari ni aku keluar rumah jugak.
niat asalnya nak p jumpa mr Ang,nak tanya pasal tempat praktikal
bile dah otw sampai tol sg rasau baru teringat nak suh member call dulu mr ang.
kerana ditakutin mr Ang cuti hari ni.
sekali..betul firasatku.
mr Ang cuti..*sigh*..tapi dah alang-alang aku otw ke shah alam..pergi berjalan2 terus je la..
mencari ketenangan fikiran.
kuar rumah pukul 9 pagi.kul 7 petang baru sampai rumah balik.
perghhh..berjalan sakan ke?
haha..tak la.actually member baik ajak jalan skali tadi.
dah die offer baik punya..aku pun on je la

hepi sebenarnya dapat jumpa dia ni.
coz dia selalu senyum...pastu kalau duk dengan dia hilang tension.
die tak la kelakar sangat pun..
tapi..entahlah.mungkin bagi aku je kot rasa macam tu.
hehe.
pusing2 kompleks pkns,kuar masuk SACC Mall,jalan-jalan dekat PAS.
die gelakkan aku sebab takut naik escalator.
macam makcik2..kate die.
budak ni..nk aje aku sekeh kepala die.
hehe
tapi tak ada la aku buat macam tu.
anak orang kot!

anyway..thanks ye kepada orang itu
untuk belanja kfc tadi.
dan sebab temankan aku jalan2 tadi.hehe.

may our friendship last 4ever.

18 July 2010

mood: upset

untuk semua benda yang telah terjadi pada diriku sejak akhir-akhir ini.
hanya ini yang dapat aku katakan..

janganlah kirenya kekecewaan yang aku rasai kala ini mempengaruhi semangatku untuk terus berjuang pada masa depan..
apa yang berlaku pasti ade hikmahnya...

16 July 2010

i'm back.

now i'm back
or..should i call a comeback?
whatver it is...to all of you readers,sorry for the M.I.A
banyak benda yang jadi semenjak dua ni
sebab tu macam xde masa sangat nak update blog ni
macam dah bersawang,kan?

ok,juz back form kota tinggi johor
sangat Jaauh kan?
i'm going for practical actually
macam mana boleh dapat praktikal kat sana?
it's a long story yang kalau aku cerita pun tak tahu bila nak sudahnya.
but unfortunately...
tak jadi pun praktikal kat situ
terasa sangat penat dan letih
da siap sewa rumah...tinggalkan bandaraya shah alam sejauh 6jam perjalanan
memang sangat memerlukan level kesabaran yang tinggi.

another story...selepas tidak jadi praktikal di kota tinggi,we are transferred to hospital tangkak
such a good news yang hanya boleh buat orang senyum untuk satu hari
satu hari jek??
erm..coz keesokannya got another news that our application have been rejected.
hahaha..apakah perasaaan anda sekarang
memang sakit hati,tapi apa boleh buat.

now..we are applying another hospital.
sedang tunggu result
hopefully the results is ok.dan tak buat aku upset lagi.

setakat itu sahaja cerita saya untuk kali ini.
hope to spill again...

04 July 2010

there is a relief after each difficulties

too many things happen sejak kebelakangan ni.
sampai aku sendiri tak tahu nak handle yang mana satu
sampai satu tahap aku rasa dah fed up
rasa nak give up

aku selalu fikir tentang orang lain
tapi adekah orang lain pun nak fikir pasal aku??
surely not lah kan.

talking about selfish and whatsoever things you wanna called it.
seriously
aku bukan jenis suka spill out everything in front of you people macam ni
it's not my style
lagipun tak proper lah
kalau tetiba nak cakap hal private dekat orang luar
lainlah kalau orang tu memang kau percaya giler2..

aku sampai nak naik migrain fikir masalah yang tak sudah2 ni.
mungkin kau orang boleh nak kate,ala..juz take things for granted dah la
tak yah fikir sangat2.
well friends..thanks for that advise but no..thanks.
aku rase suggestion tu langsung tak boleh pakai dalam hal-hal macam ni.
sekarang ni..aku masih lagi mencari solution untuk semua benda mengarut ni.

ya allah..bantulah hambamu ini.
aku teringat dalam salah satu novel yang pernah aku baca dulu
karya Hlovate..tajuk dia Rooftop Rant kalau tak silap aku.
maksud tafsiran bagi surah ad-dhuha

"there is a relief after each difficulties"
mungkin betul..setiap kesulitan,pasti ada hikmah disebalik kejadian
Allah xkn uji hambanya sekiranya dia tahu umatnya tidak mampu
bersabar lah..=)

02 July 2010

on my last day

ni kisah last day aku bekerja di mydin..1 julai 2010.
gembira..http://www.emocutez.comsebab lepas ni aku dh xyah bersusah-susah lagi
bangun seawal pagi all the way
then tunggu bas kg jawa-srimuda yang kadang2 cepat dan kdg2 lmbt
dan jadi penunggu mydin untuk setengah jam sebab datang dengan sangat awal.

sakit hati..sebab sehari sebelum tu..dapat payslip
tapi amaun dalam payslip tu buat aku sakit hati.macam nak buang dalam tong time2 tu gak.http://www.emocutez.com

sedih-sebab terpaksa tinggalkan kawan2 yang rapat disana[araf,eeswary...]http://www.emocutez.com

haha.aku tak pernah bagitahu pun kan aku ada geng rapat kt sini.memang pun.
sebab aku tak nak sedih bile baca balik writing aku ni.
diaorang memang baik..cool..sporting..walaupun ada kerenah diaorang macam bakal buat level kesabaran aku menipis dengan cepatnya.
tak lah selalu..tapi kadang-kadang.
mostly all the time diaorang ni happy go lucky
sebab tu rasa best kawan dengan diaorang.

by he way..lepas ni aku tak tahu la bile masa dan ketikanya aku dapat jumpa dengan diaorang lagi.

now..i admit..dalam banyak2 tempat yang aku pernah keje..kali ni la yang paling best.
will miss u all guys..
tata.http://www.emocutez.com

24 June 2010

entry geram dan sakit hati

tahniah kepada cik siti jaharah
kerana tak berjaya mengawal perasaan anda semalamhttp://www.emocutez.com

ape citer?
ini kisah dia
aku xtau nape dgn aku smlm
mgkn jiwa kacau kot sbb ade beberapa perkara yg keep disturbing my mind
starting dengan satu family cina dtg bayar kaunter aku
then,dia siap masuk dlm ambik brg lg
padahal jam time tu dh pukul 10
aku dh angin,tp aku diam je la
bayangkan sampai 3 transaction dia buat kat kaunter aku
aku sabar lagi
then satu relief cashier dtg nk tutup kaunter aku
dah la aku paling last tutup kaunter
dia siap suruh aku kira sendiri jumlah kad kredit dkt opertor declaration list tu
haih..tu keje die la,asal aku lak kena buat
tapi aku sabar lg
masuk dlm inventory room,nk kire duit
my dear friend eswary tolong aku kira duit
then tetiba budak tu datang lagi,ambik duit dari meja aku
padahal aku belum habis kira lagi ni.
pastu siap marah,ni sape suruh campurkan duit seringgit ni?

waktu tu..tahap sabar aku memang dh agak nipis dhhttp://www.emocutez.com
tapi aku diam lagi
tapi at the same time,i keep staring at her.
at the time one of my best friend cakap,"siti dh bengang"
dengan nada penuh dingin tapi masih dalam action gelak
aku kata.."diamlah"
aku tak tahu pun dengan berkata diamlah sebenarnya secara tak sengaja aku tersound my bestfriend nih.
what a day!
semua orang diam,termasuklah aku yang secara automatiknya memandang kearah dinding
rasa macam dinding tu lawa pulak,aku pandang macam nak tembus.
padahal aku tengah tahan sabar

dan-dan jek time tu kak shikin kata
"jaharah,kunci kaunter ko mane?"
aku tersedar..dan dengan nada rendah penuh tak semangat aku jawap
"tertinggallah kak"

ok..buat muka tak tahu,bangun dari kerusi dan berjalan menuju kepintu untuk ambil kunci di luar.
"eh,nak pergi mana tu?cik abang ko dah tolong ambik..."

isy...budak nih...
aku baru nak cover balik control system dalam kepala otak aku ni
haih..drama betul.semua orang diam.sambil tengok aku.bestfriend aku yang 3 orang tu memang siap buat muka cuak dah.
habis je kire duit..aku dengan yang 3 orang tu skali kuar.diorang memang suka tunggu aku kalau aku lambat kire duit.
kawan prihatin lah katekan.pastu semua tak berani nak tegur aku.bile tengok aku macam dah cool sikit baru yang bertiga tu sibuk nak tanya kenapa aku bengang sangat.
wah,terlebih prihatinlah diaorang ni.
hehe..aku malas nak cite labih-lebih..so,aku diam je la..

kate orang..diam adalah ubat yang paling baik ketika marah.
jadi..lebih baik diam.kan?

18 June 2010

now i admit
perasaan tu somthing yang sangat sukar untuk ditafsir
complicated?mungkin ya...

kita tak tahu kenapa?
tapi wajah dia seringkali muncul dalam ingatan
padahal bukan kita asyik dok teringat kat dia pon.
it's juz muncul macam angin lalu
tapi kita akan sentiasa curious kenapa selalu ada dia.
bila sampai dah tersasul sebut nama dia depan orang lain...
then aku wonder
kenapa dengan aku ni?

sekali lagi aku nak tegaskan.
jangan tanya kenapa.
sebab memang tak de jawapan untuk soalan tu.
sekian,

17 June 2010

next story

disini saya tak ramai kawan.sebab saya tak friendly.
dan sebab saya tak cantik.
tapi ramai orang suka kacau dan buli saya

ada satu hari,saya masuk staff entrance,baru balik dari break.
ade seorang staff tegur saya
dia cakap hai
saya lalu je depan dia
lepas tu saya dengar dia kate,amboi...sombongnye..

saya jadi geram lalu saya balas semula
amboi..mulut.nak kena baling kasut ke ape?
macam itu ke nak berkawan?

sebab itu saya hanya rapat dengan beberapa orang disini.
rapat as in mereka ada beberapa sifat yang saya adore dari mula
antaranya
-baik
-tak judge saya walau siapa pun saya
-dengar apa saya nak cakap dan in return saya dengar apa mereka nak cakap
-sangat hepi go lucky,sampai tak larat nak gelak dah

saya suka kawan dengan mereka.
tapi saya tak lama disini
hanya tinggal dua minggu lagi.
dari berlima,
genap 25hb ni tinggal ber4
lepas tu giliran saya pulak.

jgn rindu saya nanti tau!=)

03 June 2010

training di MYdin USJ subang



hari ke dua.semua cashier kena g training dekat HQ MYdin USJ subang.fuh..first time aku datang sini.biasa la.training pasal mydin.MYDINIZED.kena bagi layanan mesra.bla..bla...dan seumpamanya.
training ni dikendalikan oleh 2 orang staff HQ bahagian sumber manusia.
waktu ni la baru aku tau semua nama cashier.
time ni kitaorang dibahagi kpd 4 group kecik.
group aku ade 5 orang.
kak zaleha,esswary,araf,aku dengan Ghiri.

fuh...task yang diaorg bagi pun gile mencabar jugak la.
penat jugak la nak fikir.
tapi group yang paling pasif pun group kitaorg jugak la.
1st task-kena buat presentation pasal Mydinized.
kat sini semua orang pun dok menibai la ape2 yang patut.sebab memang tak tau langsung pasal Mydin

baik la.waktu ni aku tak tau pun tiap2 presentatio ade markah.ceh...
task ke 2-yang ni kena gabung group.bincang pasal cmne nak selesaikan masalah time jawap telefon.siapa pernah kerja customer service mesti tau.
tiap group anta sorang wakil.tolak punya tolak..dapat kat aku.
cess..
nasib baik aku boleh jawap soklan dia.hehe.
maklumla..aku kan ke pernah keje customer service dulu.saje aku xmau bagitau.

task ke3-kena berlakon.
group aku kena berlakon satu siatuasi dimana ada masalah tanda halal pada barang makanan yang mendapat compalint dari customer.
aku kena berlakon la jadi customer tu.hehe
ade orang kate aku garang sangat la berlakon.haha..yeke?
takut ke korang?

task ke 4-sekali lagi ade presentation.tiap group diberi satu paper yang ada soalan.pastu bincang jawapan.group aku dapat banyak gile soalan.sampai 5..yang ni memang semua ahli group bekerjasama la bagi jawapan.dan aku sebagai tukang tulis jawapan atas whiteboard.huhu.best!

task ke 5-ha..yang ni pop kuiz.soalan die gila mencabar la...

ingatkan sesaje suka je diaorang bagi task ni.rupanya ada markah...lepastu group aku menang...hahaha.best gile.semua macam tak percaya je.pastu dapat plak hadiah.best la..

training yang ni memang best.hehehe

1st day masuk kerja...

oleh sebab hari ni aku cuti.maka bolehlah update blog sesikit.
ok.cuti sem ni aku kerja
kat mana?
sri muda shah alam.
aku dah jadi warga kerja mydin skrg...
haha..dulu Makro.pastu Tesco Extra..sekarang Mydin plak.

1st day masuk kerja..17hb mei
ada la dalam 15 org pekerja baru masuk kerja hari yang sama dengan aku.
staff sedia ada pun xramai.
boleh la...setakat yang ada je..tapi x sampai 50 orang.
ni branch mydin yang baru nak buka.
so agak bz susun barang,buat price check..dan macam2 lagi la.

hari pertama aku macam biase je.
orang2 yang aku kenal cume kak azlina dengan kak zaleha.
dengan chief cashier kak shikin.
yang lain haram xtau nama.
tengok muka semua macam kerek je..huu..tp xpe la
aku wat keje aku je..janji jangan kacau aku sudah..

20 May 2010

saje suke

lama kan aku tak post ape2 entry dlm ni.ade la seminggu kot.
tp aku letih gile la.
nanti bila dah stabil sikit aku akan update semuanya dalam blog ni..
hehe.

16 May 2010

happy teacher's day

tak banyak yang dapat aku coretkan disini
it's 16 of mei..
dan sebagaimana yang aku dan anda semua tahu..hari ni hari guru.
jadi buat semua guru-guru dan pensyarah.

-tabika kemas sg samak
-sk sg samak
-sek men sains teluk intan
-dan lecturer di universiti industri selangor

selamat hari guru saya ucapkan
jasa dan pengorbanan anda,tidak ternilai harganya.
tanpa anda semua...siapalah saya sekarang


wonder...kenapa kita xcelebrate hari guru untuk pensyarah sekali?
sama2 kita fikirkan.=)

15 May 2010

masih ada harapan=)

Impian Malaysia musnah

Laporan RADIAH SAORI
dan HELMI TALKAH
sukan@kosmo.com.my


Chong Wei gagal menyumbang mata pertama negara apabila tewas kepada Lin Dan 17-21, 8-21 semalam.

IMPIAN seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad badminton negara kembali menjulang Piala Thomas musnah.

Semuanya gara-gara kekalahan memalukan kepada juara bertahan, China pada saingan separuh akhir semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil itu, skuad negara terpaksa akur dengan kekuatan China apabila tewas mudah 0-3.

Kini, rakyat Malaysia terpaksa menunggu dua tahun lagi bagi mengula- ngi kegemilangan yang dicapai pada tahun 1992 ketika skuad negara muncul juara dengan menewaskan Indonesia 3-2 yang turut berlangsung di Kuala Lumpur.

Kehadiran ribuan penyokong Malaysia di Stadium Putra semalam masih belum cukup untuk membantu skuad negara menewaskan China.

Perkara itu diakui sendiri oleh ketua jurulatih perseorangan negara, Ra- shid Sidek yang menganggap China sememangnya sebuah pasukan yang begitu konsisten dan sukar untuk ditewaskan.

"Tidak dinafikan, kita kalah di tangan pasukan yang lebih hebat seperti China dan mereka memiliki pemain-pemain yang lebih berkualiti dan seimbang.

"Pemain-pemain telah mencuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik, namun persediaan yang dilakukan China bagi menghadapi Piala Thomas kali ini lebih baik dan nampak sempurna dari setiap aspek.

"Semua pergerakan yang dilakukan oleh pemain-pemain negara dapat dibaca oleh China dan saya merasakan mereka memang mahu menang perlawanan tersebut."

Harapan yang disandarkan kepada jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei bagi menyumbang mata pertama tidak kesampaian apabila pemain No. 1 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan bintang sensasi China, Lin Dan yang mencatatkan kemenangan straight set 21-17, 21-8.


menonton kejohanan piala thomas dah jadi macam rutin dalam hidup aku.
walaupun dua tahun sekali
anda juga bukan?
bukan badminton sahaja..malahan sukan lain pun.ecspecially bola
maklumlah..sekarang musim FIFA world cup.

jadi..saya nak tanya anda disini.contohlah.dalam world cup nanti,
pasukan kegemaran anda..yang selalunya menang..tiba-tiba kalah.
adakah anda akan rasa kecewa yang teramat?
jawapannnya tentulah YA
tak payah tanya anda pun..kalau saya pasti kecewa juga.
tapi..satu lagi saya nak tanya disini...
walaupun pasukan anda tu kalah..tapi takkanlah anda nak memburukkan pasukan kegemaran anda sendiri?
anda lihat mereka main,jika anda kata anda peminat setia sukan bola sepak
sudah pasti setiap dari perlawanan yang pasukan anda sertai anda tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya.
pasti anda dah tahu dimana kelemahan dan kekuatan mereka

berikut adalah rekod pertemuan kesemua pemain


kita tengok aja statistik diatas tu
kalau saya..macam yang kita dah tengok malam tadi,saya memang tidak mengharap sangat
kemenangan dari pihak malaysia.
sebab memang mustahil untuk menang,melainkan ada keajaiban berlaku.
saya selalu tengok sukan,walaupun saya perempuan.
sebab bukanlah pelik sangat kan?
jadi dari cara pasukan china bermain malam tadi,saya dah tahu mereka memang dah atur strategi perlawanan untuk menang dengan Malaysia.
it's obvious..isn't it?

dan sebenarnya bukanlah Kekalahan memalukan macam yang dtulis oleh paper kat atas tu..petikan kosmo 15 mei 2010


jadi...apa yang saya nak bagitahu disini..
kita janganlah jadi macam talam dua muka pulak
menang kita puji,
kalah kita kutuk..
mereka dah beri yang terbaik
kalah dan menang adat pertandingan.
kalau kita sendiri pun,belum tentu dapat beri apa yang mereka dah beri pada negara.
kan?
betullah orang cakap..berat mata yang memandang,lagi berat bahu yang memikulnya.
sesuatu yang anda perlu faham disini
ranking hanya satu nombor.dan ranking tak menentukan siapa kalah siapa menang dalam satu pertandingan.

macamlah anak anda masuk sekolah berasrama penuh,tapi result exam mereka macam taraf budak sekolah menengah harian biasa.
as expectations grows high..the stress level also increased.
kita masih ada harapan untuk menang..walaupun perlu tunggu 2 tahun lagi.

sesuatu yang patut kita fikirkan bersama..

14 May 2010

last fotografi session

okeh..entry kali ni untuk fotografi session kami setelah habis exam itu hari..
masih lagi in da farewell mood.
maklumlah,da 3 taun bersama
ni nk berpisah pulak..=)

first time aku bergambar dengan semua orang
actually tak sume ade pun dalam gambar ni
macam-macam gelagat ade lah.
pening..tak usah cakaplah.

tengok je la gambar2 ni ok.


mun-aku-asmirah

budak2 yang gile posing


tengoklah..mereka lagi


mereka yang gila bergambar

masa nak buat huruf.amatlah susah bile semua tak beri kerjasama


masih lagi tengah menyusun.tak siap-siap lagi?



dah jadi..we are the M.L.T


cantik gambar ni.the one and the last picture i had with u all.
sedihkah?huhu...


walaupun aku tak baik sangat dengan semua orang..ecspecially dgn kaum ADAM.
aku tetap anggap kau orang kawan2 aku.dunia akhirat.
wish for your success in this world and the world here after

semoga Allah merahmati hidup kita semua.
AMIIn.......

13 May 2010

MLT's farewell..

11 mei 2010
majlis perpisahan untuk budak2 MLT intake 1/07/08
buat simple2 je..tp ok la..
walaupun tak ramai yang datang..tapi tetap meriah..=)



ni present yang aku bagi dalam event tuka hadiah tu..memang lucky la siapa yang dapat hadiah ni..sgt cute benda ni,sampai aku sayang gile nk bagi kat korang.hope u'll like it


in return aku dapat hadiah ni..thanks guys for da lovely gift!



kerusi tak cukup..xpasal2 kena berdiri..hihi



tengok tahap kelicinan pinggan pun da boleh tau betapa laparnya kitaorang.hahaha



u all memang sporting!posing time


tengah ambik makanan..sape la snap gambar aku ni



gambar ni masa dekat dataran shah alam..


antara indian student yang join BBQ ni..




ha..bebudak group 1.aku tak satu group dengan diaorang tapi thanks la sebab sudi jadi orang dapur=)



last..but not least..mr azrul the organizer.

ada banyak lagi gambar.tak larat la nak upload semua.
apa2 pun..this might not be the last meeting for us
tak sabar nak tunggu next reunion 1st may next year..

sekian,