15 May 2010

masih ada harapan=)

Impian Malaysia musnah

Laporan RADIAH SAORI
dan HELMI TALKAH
sukan@kosmo.com.my


Chong Wei gagal menyumbang mata pertama negara apabila tewas kepada Lin Dan 17-21, 8-21 semalam.

IMPIAN seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad badminton negara kembali menjulang Piala Thomas musnah.

Semuanya gara-gara kekalahan memalukan kepada juara bertahan, China pada saingan separuh akhir semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil itu, skuad negara terpaksa akur dengan kekuatan China apabila tewas mudah 0-3.

Kini, rakyat Malaysia terpaksa menunggu dua tahun lagi bagi mengula- ngi kegemilangan yang dicapai pada tahun 1992 ketika skuad negara muncul juara dengan menewaskan Indonesia 3-2 yang turut berlangsung di Kuala Lumpur.

Kehadiran ribuan penyokong Malaysia di Stadium Putra semalam masih belum cukup untuk membantu skuad negara menewaskan China.

Perkara itu diakui sendiri oleh ketua jurulatih perseorangan negara, Ra- shid Sidek yang menganggap China sememangnya sebuah pasukan yang begitu konsisten dan sukar untuk ditewaskan.

"Tidak dinafikan, kita kalah di tangan pasukan yang lebih hebat seperti China dan mereka memiliki pemain-pemain yang lebih berkualiti dan seimbang.

"Pemain-pemain telah mencuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik, namun persediaan yang dilakukan China bagi menghadapi Piala Thomas kali ini lebih baik dan nampak sempurna dari setiap aspek.

"Semua pergerakan yang dilakukan oleh pemain-pemain negara dapat dibaca oleh China dan saya merasakan mereka memang mahu menang perlawanan tersebut."

Harapan yang disandarkan kepada jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei bagi menyumbang mata pertama tidak kesampaian apabila pemain No. 1 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan bintang sensasi China, Lin Dan yang mencatatkan kemenangan straight set 21-17, 21-8.


menonton kejohanan piala thomas dah jadi macam rutin dalam hidup aku.
walaupun dua tahun sekali
anda juga bukan?
bukan badminton sahaja..malahan sukan lain pun.ecspecially bola
maklumlah..sekarang musim FIFA world cup.

jadi..saya nak tanya anda disini.contohlah.dalam world cup nanti,
pasukan kegemaran anda..yang selalunya menang..tiba-tiba kalah.
adakah anda akan rasa kecewa yang teramat?
jawapannnya tentulah YA
tak payah tanya anda pun..kalau saya pasti kecewa juga.
tapi..satu lagi saya nak tanya disini...
walaupun pasukan anda tu kalah..tapi takkanlah anda nak memburukkan pasukan kegemaran anda sendiri?
anda lihat mereka main,jika anda kata anda peminat setia sukan bola sepak
sudah pasti setiap dari perlawanan yang pasukan anda sertai anda tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya.
pasti anda dah tahu dimana kelemahan dan kekuatan mereka

berikut adalah rekod pertemuan kesemua pemain


kita tengok aja statistik diatas tu
kalau saya..macam yang kita dah tengok malam tadi,saya memang tidak mengharap sangat
kemenangan dari pihak malaysia.
sebab memang mustahil untuk menang,melainkan ada keajaiban berlaku.
saya selalu tengok sukan,walaupun saya perempuan.
sebab bukanlah pelik sangat kan?
jadi dari cara pasukan china bermain malam tadi,saya dah tahu mereka memang dah atur strategi perlawanan untuk menang dengan Malaysia.
it's obvious..isn't it?

dan sebenarnya bukanlah Kekalahan memalukan macam yang dtulis oleh paper kat atas tu..petikan kosmo 15 mei 2010


jadi...apa yang saya nak bagitahu disini..
kita janganlah jadi macam talam dua muka pulak
menang kita puji,
kalah kita kutuk..
mereka dah beri yang terbaik
kalah dan menang adat pertandingan.
kalau kita sendiri pun,belum tentu dapat beri apa yang mereka dah beri pada negara.
kan?
betullah orang cakap..berat mata yang memandang,lagi berat bahu yang memikulnya.
sesuatu yang anda perlu faham disini
ranking hanya satu nombor.dan ranking tak menentukan siapa kalah siapa menang dalam satu pertandingan.

macamlah anak anda masuk sekolah berasrama penuh,tapi result exam mereka macam taraf budak sekolah menengah harian biasa.
as expectations grows high..the stress level also increased.
kita masih ada harapan untuk menang..walaupun perlu tunggu 2 tahun lagi.

sesuatu yang patut kita fikirkan bersama..

No comments: