31 March 2010

seikhlasnya dari hati

semalam
budak tu tanya aku
"akak ikhlas ke tak ni?"http://www.emocutez.com

adakah selama ni aku nampak macam tak ikhlas?
sedangkan selama ni aku takde la buat perkara-perkara yang menampakkan aku ni orang-orang sebegitu
walaupun mula-mula agak terpaksa
tapi kan orang pernah kate
benda yang terpaksa
kalau kita reda,lama-lama akan jadi ikhlas jugak
kan?
then sebenarnya bila dia tanya macam tu
jawapan aku ialah..

---------------------------------------------------------------------
aku senyap je..huhuhttp://www.emocutez.com

tak patut kan aku ni
betul la
somtimes people can misjudge our action through silence

diam..bermakna setuju
diam bermakna suka
diam pun boleh bermakna tak suka
diam memaksudkan segalanya

siti jaharah..berdiam diri bukanlah cara yang terbaik

tapi bagi aku
ikhlas
tak dapat nak diungkap dengam kata-kata
ianya datang dari hati
kemudian terzahir melalui perbuatan

keikhlasan tak dapat diukur dengan kayu pembaris
sebab datangnya tak bertanda
hilangnya tak berjejak

jangan mencari ikhlas dengan mata
tapi rasa dengan hati..=)

seikhlasnyahttp://www.emocutez.com

29 March 2010

macam bakal demam......
symptom2 dh ade..
jg2 la korang
jgn dekat2 dgn aku..........huhu
sok ade discussion on group assignment..
chaiyok2 semua..

28 March 2010

hidup ini memang macam ni..

when someone spill something to you
in other words something yg agk xsedap didengar
ecspecially when they told u the truth about themselves
about who they are
what type of life they gone through before..
how will u react?
actually
they don't tell
but they write
ok..sebenarnya aku kenal sorang budak ni
unintentionally
dia ni memang open.dia akan cakap apa sahaja yang dia nak
ckp pasal diri dia
obviously..sebab dia anak lelaki sulung
dan ada dua orang adik beradik lelaki sahaja
fine.then he ask for my hand
ahahah(bukan ajak kawen la..dia tu baru 15 tahun mintak jadi kakak dia je)
ok.fine.
rasanya aku macam tak ada pilihan.sebab he really needs someone to guide him
for his own good
ehmm..
sebab something yang dia bagitahu aku tu memang betul2 buat aku tercekik air liur sendiri.
apakah?http://www.emocutez.com

ok..he didn't do it
tp hampir2 melakukannya

then,he ask me
apa akak nak buat kalau adik buat macam tu?akak mesti marah adik kan?
lagi sekali tercekik air liur sendirihttp://www.emocutez.com

hidup ni memang macam ni
kita akan bertemu dengan bermacam-macam orang
bermacam-macam ragam
dan kena berhati-hati memilih

terlajak perahu boleh berundur..
terlajak perbuatan?

25 March 2010

jatuh dalam dunia lain

saya.jatuh.dalam.satu.dunia.yang.saya.x.pasti.dimana..
kenapa saya begini?
kerana 143
yes..
novel 143 hasil picisan pingu toha..
belum pun habis baca
tp...saya berhenti membaca
kerana..saya rasa
saya dan novel itu..sama
ahahah..siti jaharah=novel 143
memang satu persamaan yang langsung tak selari
yang takkan dapat dijumpai jalan penyelesaiannya..
sebab..saya adalah makhluk yang ada emosi
sedangkan novel itu tidak
dia pejal
takkan dapat ditembusi oleh apa pun..
saya rapuh
macam cermin kaca

23 March 2010

kalau saya suka awak
tak semestinya awak pun suka saya kan?

sangat tak berbaloi..jatuh suka pada orang yang
tak pernah nampak pun kehadiran kita kat depan dia..
*sigh*

"lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.."
mungkin dia bukan yang terbaik
mungkin kite tak cukup baik..

22 March 2010

surprise birthday party

to: nurul ezzati md esa
selamat hari lahir ke 21
even kita xrapat mana pun
aku doakan semoga hang berjaya didunia dan akhirat hendaknya...amiin..

aku tukang manyibuk aje dekat sini..hihi
anyway.ni first time seumur hidup aku join orang buat surprise birthday party
sebelum ni malas nak join..
sebab utama
i hate birthday cake!!!
haha..makan sesudu dua bole la..
asalnya parti ni diplan oleh orang lain..
tak tau la camne bleh terlibat secara tak langsung sebagai orang belakang tabir nih..
ahahaha..

ni antara gambar yang sempat di'snap'..










ulu yam..here i come..

salam..
akhirnya dapat gak aku pi ulu yam sekali lagi..
yabedabedu...
haha...
best!!
ni second time..first aku pegi masa sekola menengah dulu kot..
waktu buat friendly game hoki kat kl
da lama tak mandi air terjun.
rupenya xla jauh sangat
kalau dari klang ni..dalam 60km je..
naik kete satu jam dah sampai..

before mandi..posing dulu..

hehe...


xsempat nak tangkap gambar banyak pon..
hujan lebat
sekarang kan asal petang je ujan..huhu.

16 March 2010

bukti islam agama yang benar

ISLAM TERBUKTI BENAR
Lazimnya, kita beragama cuma ikut orang tua sahaja. Kita tak fikir apa agama itu benar atau salah.

Jika kita lahir di tim...ur dari keluarga islam, maka kita islam.
Jika kita lahir di barat dari keluarga christian, maka kita christian.
Jika kita lahir di Himalaya dari keluarga budha, maka kita jadi bhisksu.

19 keyakinan, meski yakin sangat dengan seyakin-yakinnya, maka tetap lah tak bermakna ada 19 Tuhan,tetap Tuhan cm 1 !

1 Tuhan bmakna 1 Agama yg sebenar,macam mana kita boleh tahu sebuah agama benar???

Jadi, dalam soalan ini kita TIDAK BICARA TENTANG KEYAKINAN, tapi kita paparkan BUKTI KEBENARAN.

Jika Islam Benar, apa buktinya?
Jika Christian Benar, apa buktinya?

Untok membuktikan sebuah agama benar, maka tak boleh ditengok dari kesalahan ummatnya, kerana ummat tetaplah manusia yg tak sempurna.

Jika di negeri muslim ramai orang miskin yg beragama islam, maka itu tak bererti islam buruk, kerana di philipin yg miskin sangat agamanya ialah katholik.

Jika di negeri muslim ramai pesalah/penjahat di lokap/penjara yg beragama islam, maka tak bererti islam buruk, kerana di brazil, venezuela, mexico, argentina yg menjadi pesalah/napi di lokap ialah beragama christian atau katholik.

Pembuktian sebuah agama benar pun tak boleh ditengok dari pendapat orang, kerana lain orang lain fikiran, & ada ramai pendapat orang dimuka bumi ini yg satu sama lain berbeza.

Pembuktian sebuah agama benar kena dilihat dari kitabnya, jika memang kitab itu dari Tuhan, maka TAK BOLEH ada kesalahan sesikit apapun.

Mari kita sama buktikan 2 hal sahaja:
1. Bukti nyata Qur'an ialah mukjizat terbesar & sepanjang masa
2. Bukti nyata alkitab christian ramai kesalahan soalan ajaran & ayatnya

Ramai dalam Qur'an disebut Taurot & Injil yg kena kita imani, tapi Taurot & Injil itu sudah tak suci lagi, maknanya, ayat yg betul itu ramai, tapi yg salah pun ramai sangat, jumlahnya menjumpai RIBUAN KESALAHAN.

Dan, ramai pulak ajaran dalam alkitab christian yg tak diketahui, disembunyikan, tak dilaksanakan, diingkari & bahkan diejek pulak oleh ummat christian sendiri.
------------------------------
Ada satu golongan ummat, kerana terlalu mencintai Nabinya yg dibagi mukjizat boleh dapat menghidupkan lagi orang yang mati lalu mereka dengan berlebihan mengangkat Nabi Isa AS menjadi "Tuhan".

Jika kita tanya pada mereka, apa alasan Jesus dijadikan "Tuhan"?
Mereka dengan bangga cakap: Jesus boleh hidupkan kembali orang mati!

Padahal, jika mereka "Shaleh" dan rajin membaca kitab ditangannya, maka Nabi Isa AS bukan lah seorang sahaja yg dibagi mukjizat boleh menghidupkan orang mati, tapi ada 4 orang lain yg dibagi mukjizat serupa, malah, lagi hebat daripada Nabi Isa AS.

Jadi, jumlah orang yg dibagi mukjizat oleh ALLAH kat alkitab christian ialah seramai 5 orang. Lepas itu, sesiapa sahaja kah 5 orang itu?
1. Nabi Ilyas AS, dalam alkitab christian dikenal sebagai Nabi Elia
2. Nabi Ilyasa AS, dalam alkitab christian dikenal sebagai Nabi Elisa
3. Nabi Yehezkiel,Nabi kecil dari bani Israel yg tidak termasok 25 Nabi besar
4. Petrus, Murid daripada Nabi Isa AS.
5. Nabi Isa AS, dalam alkitab christian dikenal sebagai Nabi Jesus

W@w... betul ke macam itu??? Sy tak asal cakap sahaja dari hati, tapi smua kena ada bukti, dan bukti terkuat ialah kitab.

Mari kita tengok sekejap... ^_^

1. Nabi Ilyas AS

1 Raja 17:21 Lalu ia mengunjurkan badannya di atas anak itu tiga kali, dan berseru kepada TUHAN, katanya: "Ya TUHAN, Allahku! Pulangkanlah kiranya nyawa anak ini ke dalam tubuhnya." 17:22 TUHAN mendengarkan permintaan Elia itu, dan nyawa anak itu pulang ke dalam tubuhnya, sehingga ia hidup kembali.

Jelas sangat, Nabi Ilyas AS berdo'a pada ALLAH, ALLAH mengabulkan doa, bangkitlah anak itu & hidup lagi. Jadi yg membangkitkan orang mati ialah ALLAH. Apa ini bermakna Nabi Ilyas ialah Tuhan? Tidak!


2. Nabi Ilyasa AS

2 Raja 13:21 Pada suatu kali orang sedang menguburkan mayat. Ketika mereka melihat gerombolan datang, dicampakkan merekalah mayat itu ke dalam kubur Elisa, lalu pergi. Dan demi mayat itu kena kepada tulang-tulang Elisa, maka hiduplah ia kembali dan bangun berdiri.

Jelas sangat, seharusnya mukjizat Nabi Ilyasa AS ini lagi hebat daripada Nabi Isa AS, kerana Nabi Isa boleh hidupkan orang mati, tapi cuma semasa Nabi Isa Masih hidup. Sedang Nabi Ilyasa AS boleh menghidupkan orang mati semasa sudah wafat & menjadi tulang.

Jadi yg membangkitkan orang mati ialah ALLAH. Apa ini bermakna Nabi Ilyasa ialah Tuhan? Tidak!


3. Nabi Yehezkiel

Yehezkiel 37:2 Ia membawa aku melihat tulang-tulang itu berkeliling-keliling dan sungguh, amat banyak bertaburan di lembah itu; lihat, tulang-tulang itu amat kering.
37:3 Lalu Ia berfirman kepadaku: "Hai anak manusia, dapatkah tulang-tulang ini dihidupkan kembali?" Aku menjawab: "Ya Tuhan ALLAH, Engkaulah yang mengetahui!"
37:4 Lalu firman-Nya kepadaku: "Bernubuatlah mengenai tulang-tulang ini dan katakanlah kepadanya: Hai tulang-tulang yang kering, dengarlah firman TUHAN!
37:5 Beginilah firman Tuhan ALLAH kepada tulang-tulang ini: Aku memberi nafas hidup di dalammu, supaya kamu hidup kembali.
37:6 Aku akan memberi urat-urat padamu dan menumbuhkan daging padamu, Aku akan menutupi kamu dengan kulit dan memberikan kamu nafas hidup, supaya kamu hidup kembali. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN."
37:7 Lalu aku bernubuat seperti diperintahkan kepadaku; dan segera sesudah aku bernubuat, kedengaranlah suara, sungguh, suatu suara berderak-derak, dan tulang-tulang itu bertemu satu sama lain.
37:8 Sedang aku mengamat-amatinya, lihat, urat-urat ada dan daging tumbuh padanya, kemudian kulit menutupinya, tetapi mereka belum bernafas.
37:9 Maka firman-Nya kepadaku: "Bernubuatlah kepada nafas hidup itu, bernubuatlah, hai anak manusia, dan katakanlah kepada nafas hidup itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Hai nafas hidup, datanglah dari keempat penjuru angin, dan berembuslah ke dalam orang-orang yang terbunuh ini, supaya mereka hidup kembali."
37:10 Lalu aku bernubuat seperti diperintahkan-Nya kepadaku. Dan nafas hidup itu masuk di dalam mereka, sehingga mereka hidup kembali. Mereka menjejakkan kakinya, suatu tentara yang sangat besar.

Jelas sangat, Nabi Yehezkiel berdo'a, ALLAH mengabulkan do'a, lalu hiduplah tulang-tulang itu. Dan Nabi Yehezkiel lagi hebat sangat kerana ia boleh menghidupkan lagi tentara dengan jumlah yg sangat besar dalam sekali mukjizat.

Jadi yg membangkitkan orang mati ialah ALLAH. Apa ini bermakna Nabi Yehezkiel ialah Tuhan? Tidak!


4. Petrus, Murid Nabi Isa AS

Kisah 9:40 Tetapi Petrus menyuruh mereka semua keluar, lalu ia berlutut dan berdoa. Kemudian ia berpaling ke mayat itu dan berkata: "Tabita, bangkitlah!" Lalu Tabita membuka matanya dan ketika melihat Petrus, ia bangun lalu duduk.

Jelas sangat, Petrus berdo'a, dikabulkan, & Tabita bangkit dari kematian.
Jadi yg membangkitkan orang mati ialah ALLAH. Apa ini bermakna Petrus ialah Tuhan? Tidak!


5. Nabi Isa AS

Yoh 11:41 Maka mereka mengangkat batu itu. Lalu Yesus MENENGADAH KE ATAS & BERKATA: "Bapa, Aku mengucap syukur kepada-Mu, karena Engkau telah mendengarkan Aku.
11:42 Aku tahu, bahwa Engkau selalu mendengarkan Aku, tetapi oleh karena orang banyak yang berdiri di sini mengelilingi Aku, Aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku."
11:43 Dan sesudah berkata demikian, berserulah Ia dengan suara keras: "Lazarus, marilah ke luar!"
11:44 Orang yang telah mati itu datang ke luar, kaki dan tangannya masih terikat dengan kain kapan dan mukanya tertutup dengan kain peluh. Kata Yesus kepada mereka: "Bukalah kain-kain itu dan biarkan ia pergi."

Jelas sangat:
1. Jesus tengok ke atas & berdo'a pada Allah: Ya ALLAH... Maknanya Jesus bukan ALLAH... Jika Jesus Tuhan, tak perlu tengok ke atas, cukup tengok pada diri sendiri, lepas tu lalu berkata: Ya Aku...

2. Jesus besyukur pada ALLAH, maknanya Jesus bukan ALLAH.
jika lah memang Jesus itu Tuhan, tak payah besyukur pada Tuhan lain... Atau,,, jika Jesus ialah TUhan, maka ayatnya sepatutnya ditukar menjadi: "Aku, Aku besyukur kepada Aku, Kerana Aku telah mendengarkan Aku... bahwa Aku-lah mengutus Aku."

atau...
"Tuhan bersyukur pada Tuhan, kerana Tuhan telah mendengarkan Tuhan.... bahwa Tuhan-lah mengutus Tuhan."

3. Allah mengabulkan do'a Jesus, maknanya ALLAH-lah yg berkuasa, bukan Jesus. Apa ini bermakna Jesus ialah Tuhan? Tidak!

Jadi, ada baiknya seluruh ummat christian bersyukur pada ALLAH sahaja, seperti ayat di atas, Jesus bersyukur pada ALLAH. Jangan pernah lagi berucap: Puji Tuhan Jesus, tapi Puji Tuhan ALLAH... lagi bagus jika berucap: Segala puji cuma bagi ALLAH sahaja... Alhamdulillah! ... ^_^

Mengapa 5 orang diatas tak dijadikan 1 Tuhan dengan 7 Pribadi sekali???
Bukankah 1 Tuhan Tujuh Pribadi lebih sangat dari 1 Tuhan 3 Pribadi???
Jelas sangat, Nabi Isa AS bukan Tuhan.


Qs. 17 Israa':81. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Lepas tu, jika kita tengok kat Qur'an, maka ada pulak 9 orang lain yg dibagi mukjizat boleh memberi hidup kembali makhluk yang telah mati. Mereka ialah:
1. Nabi Ibrahim AS
2. Nabi Musa AS
3. Seorang pemuda

Sy tak asal cakap sahaja dari hati, tapi smua kena ada bukti, dan bukti terkuat ialah kitab. Ayo ayo ayo... kita tengok sekejap... ^_^

1. Nabi Ibrahim AS

Qs.2 Baqarah:260. Dan ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap yakin. Allah berfirman: "Ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Jelas sangat, Nabi Ibrahim AS berdo'a pada ALLAH, ALLAH mengabulkan doa, bangkitlah & hidup lagi. Jadi yg membangkitkan dari kematian ialah ALLAH. Apa ini bermakna Nabi Ibrahim AS ialah Tuhan? Tidak!


2. Nabi Musa AS

Qs.2 Baqarah:73. Lalu Kami berfirman: "Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota sapi betina itu !" Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan padamu tanda-tanda kekuasaanNya agar kamu mengerti.

Apa ini bermakna Nabi Musa AS ialah Tuhan? Tidak!


3. Seorang Manusia

Qs.2 Baqarah:259. Atau apakah orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?" Ia menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi beubah; dan lihatlah kepada keledai kamu; Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging." Maka tatkala telah nyata kepadanya, diapun berkata: "Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Sebut sahaja orang ini dengan Mr.X ...
Mr.X ini telah ditunjukkan mukjizat menghidupkan keledai yg telah menjadi tulang kerana mati 100 tahun lampau. Apakah Mr.X ini Tuhan? Tidak!

Ada segolongan ummat, yg cakap jika Nabi Isa itu "Tuhan" kerana dia boleh bangkit hidup lagi setelah 3 hari meninggal, tapi jika kita tengok, Mr.X ini pun dimatikan oleh ALLAH selama 100 tahun, tidak cuma 3 hari, lalu dibangkitkan lagi setelah 100 tahun, apa ini berarti Mr.X Tuhan? Tidak!

Jika segolongan ummat menganggap Nabi Isa AS ialah "Tuhan" cuma kerana Nabi Isa AS dapat menghidupkan orang mati, lalu mengapa 7 orang lainnya tidak? Kenapa cuma 3 Tuhan 1 Pribadi? Kenapa tak 8 Tuhan 1 Pribadi?

Sy tahu jika segolongan ummat tak nak percaya dengan Qur'an, tapi paling kurang ada 5 orang yg boleh bermukjizat memberi kehidupan pada orang mati dengan seizin ALLAH. Lalu, mengapa tidak 5 Tuhan 1 Pribadi??? ^_^

Jadi, ada baiknya lelaki dari ummat christian
Dan ada baiknya ummat christiani bersyahadat:
Tidak ada Tuhan Selain ALLAH
Isa Rasulullah... ^_^

Dan juga ada baiknya jika ber-wudhu sebelum masok gereja...
Bersunat seperti Nabi Ibrahim, Ismail, Ishak, Yohanes, Jesus & Paulus..
Tak payah malu kerana Nabi Ibrahim pun bersunat ketika sudah tua.. ^_^
Membuka kasut & alas kaki sebelum masok gereja...
Bersujud seperti Jesus sujud & Nabi Ibrahim, Musa, Daud, dan lainnya...
Menghadap Kiblat seperti para Nabi terdahulu...
Berdo'a hanya kepada ALLAH sahaja... bukan kepada Jesus...
Bertahajud seperti Jesus bertahajud...
Dan ada baiknya pulak Gereja itu dirubah arahnya menghadap kiblat...

Dan berbahagialah kita sebagai muslim kerana kita lah yg mengamalkan semua itu, Qur'an telah memurnikan ajaran-ajaran yg telah hilang & tak dilaksanakan oleh ummat terdahulu yang ingkar pada kitabnya sendiri.

Page ini dibuat untok ummat muslim sahaja dengan tujuan:
1. Melindungi ummat dari Missionaries Christian

2. Menguatkan Islam & akidah dengan bukti nyata Kitab-kitab yg ada.

3. Boleh melawan missionaries kafir yg cuba menarik dengan budaya, fikiran, busana, media massa agar anak Islam menjadi kafir.... See More

4. Memutuskan hujjah para Pluralism, Liberalism yg mengatakan semua agama sama, semua agama baik, semua agama boleh masok surga.

5. Kebangkitan Islam, kerana Islam tak kan bangkit selama ummatnya masih tak yakin Islam & tak dapat buktikan islam sebagai satu-satunya agama sebenar

6. Dapat juga jika nak diguna untok membela diri saat ummat christian menyerang kita, kerana jika kita cakap:

Hai ummat chritian, dilarang makan babi kerana tertulis dalam Qur'an ayat ini & itu, maka mereka tak nak ikut kerana mereka tak percaya pada Qur'an... Tapi jika kita cakap: Hai ummat christian, jangan makan babi kerana babi pun tertulis haram dalam Imamat 11:7 & Ulangan 14:8,,, maka apakah mereka nak khianati pulak kitab ditangan mereka sendiri?

Kena di ingat jika bukan kita yg menyerang mereka, tapi mereka lah yg menyerang kita sejak semula pertama melalui mass media & segala cara.

Mereka lah yg menghina Nabi kita sementara kita tak pernah menghina Nabi Isa AS, kerana Nabi Isa AS itu tetaplah salah satu dari Nabi Mulia dari Islam yg WAJIB diimani.

Hak kita untok membela saudara & akidah kita.

Jika ada ummat christiani yg tengok ni, maaf, jangan la marah pd sy, tapi marah lah pada alkitab yg ada ditangan awak sendiri. Sy cakap bukan dari hati, tapi selalunya ada BUKTI NYATA dari kitab daripada christian & Qur'an.

Jika hidupkan orang mati itu Tuhan... apa pasal 4 orang lain tak jadi Tuhan..?

Sekali lagi... ISLAM TERBUKTI BENAR !!!
Christian terbukti mengingkari alkitab ditangan mereka sendiri... ^_^


artikel yg di'copypaste' dari website
bukti ni hanya sebahagian je..banyak lagi bukti lain tapi kena cari..
buat renungan dan peringatan kita bersama..

15 March 2010

Takdir allah..siapakah yang tahu...

wajah yang tersenyum itu..
tidak semestinya menggambarkan hati yang tersenyum juga,,kan??
katakanlah,,
bahawa aku seorang pemendam rasa yang berjaya..

ya..tahniah..sebab anda masih tidak boleh
melupakan kenangan lama itu

kalau ditakdirkan..satu hari nanti
tercipta jua pertemuan..walaupun aku tak merelakan
kalau aku diberi pilihan
aku lebih tegar memilih untuk tidak bertemu

takdir Allah..siapakah yang tahu..

14 March 2010

jaja dan din




hahah..
baru aje hbs bace buku ni
bg aku..ok la gak..
ok2..ni memang novel cinta
tapi jgn salah anggap k.
xsemestinya org yang beli and bace novel cinta tu
jiwang belaka...
teori siapa cakap camtu?meh sini tunjuk kat aku buktinya...
jiwang tak jiwang..tp bagi aku yang penting content

aku citer sket la pasal buku ni erk
erm..mengisahkan seorang wanita yang jatuh cinta pada seorang lelaki
ni bukan cinta biasa
maksud aku..diaorang ni asalnya dari dua dunia berbeza
anak doktor yang jatuh cinta pada sorang ustaz lepasan al-azhar..
erm..kalau korang nak tahu kisah selanjutnya..sila la beli ek
tapi aku nak nasihatkan..baca- biarlah ambil pengajaran jugak dari cerita ni
ade banyak cebisan2 hadis disisipkan dalam ni..
kalau korang perasan la kan..kebanyakan penulis terbitan jemari seni publishing semuanya boleh quote ayat al-quran and hadis dalam penulisan diaorang

aku jadi kagum lak
and aku dapat satu pengajaran kat sini
nak berdakwah ade macam-macam cara
ada orang yang petah berkata-kata,boleh sampaikan dakwah melaui perca kata yang mempesonakan..tu trait yang biasa kita tengok pada ustaz2 kan..
jadi kalau aku yang boleh menulis ni
kita cuba lah educate people dengan tulisan kita..
sebab bila membaca,rasa macam lebih lekat dihati dan dikepala
berbanding kite mendengar ustaz2 beri ceramah didepan kan?

11 March 2010

result spm dh keluar..

sebenarnya entri ni xade kena mengena dengan aku
tapi sebagai ex-student semesti
aku pulak yang terlebih semangat nak tengok result adik2 junior ni
even diaorang tak kenal dengan aku..

for all semestians yang nak tengok result adik-adik
g la dekat website SEMESTI
http://wwww.semesti.com

hihihi
semesti dapat no4 dalam negeri perak
ok ke tidak??erm..
xtahu la nak cakap

roll of the week..

assalamualaikum...
kembali blogging..setelah hampir seminggu men'senyapkan' diri(ntah ade ke tidak imbuhan kata begitu)..
sibuk dengan exam mid sem...lab report..routine biase seorang student..
dan sebenarnya still ade lagi yang tgh 'queue' utk disiapak.
ceh..siap kena queue
alhamdulillah..exam lancar macam biase
harap-harap dapat skor lah.
(walaupun usahanya tak seberapa..huhu)http://www.emocutez.com

ok2..minggu ni..sangat penat.plus letih
kalau bangun pagi tu rase macam tak mau buka mata je...
tapi mana boleh..kelas aku awal pagi kot..
nak kena menapak lagi ke tempat menuggu bas yang giler jauh tu..http://www.emocutez.com

cakap pasal tunggu bas..
aku rase macam nak citer la kejadian tengahari tadi tuh
selalu kalau aku balik dari kelas..mesti balik area kul 1230 tghri..
so..paling awal dapat bas pon pukul 130 ptg..
selalu aku naik bas..tak de la ramai orang pon
tapi hari ni tak tau la,bas tu..dari yang duduk sampai ke berdiri..macam nak suruh je pengusaha bas cityliner tu bust bas double decker..
dan tiba-tiba terasa nak marah semua penduduk taman sentosa yang gatal2 nak balik jugak-jugak time yang sama dengan aku nak naik bas(ingat ayah aku ade share ke beli bas tuh?)http://www.emocutez.com

ok2..sebenarnya aku ni dah letih..tu yang xpasal2 rasa macam nak marah org.
sampai mamat india yang dok menolah kt aku tadi pon aku rase cam nak bagi sedas je..
dah lah aku sorg2 je kena berdiri..perempuan lak tu..
hahaha..

cukup la tu..nanti entah ape-ape aku merepek
anyway..thanks utk abg driver bas..
sebb bwk bas elok2..huhu..
(cam xade kena mengena..hahaha)

05 March 2010

the sweet of me =)


even if i have to sacrifice all my life juz to let you go,i will not do that..

for me,that is the definition for friendship
it juz that something that u won't give up easily
somthing that u really care
mungkin saya sudah merapu disini
but,that so sweet of me..

ain't that sweet?

p/s:don't misinterprete this statement.no harm intended.
hanya untuk suke2.
but this word really sweet and bite me.

04 March 2010

guru vs anak murid



anda semua percaya tak?aku sendiri masih tak percaya..
ada cikgu SEMESTI chat dengan aku tadi dekat facebook
beliau ialah bekas cikgu sejarah aku dulu..waktu form4 dengan form 5
merangkap guru koperasi
bagi yang kenallah..cikgu ahmad yasin..
aku terkesima jap tadi dapat mesej dari cikgu..
okeh..sebenarnye lebih kepada rasa pelik.

tak sepatutnya aku rase macam tu kan?
haha..entahlah.tapi bagi student yang pendiam dan tak pandai macam aku ni,
patut rase macam itu..(*suda mula dilanda virus merendah diri yang trlampau*)

lagi satu..,cikgu tegur anak murid dulu?..
memang la tak salah..malah tak ade fatwa mengatakan anak murid wajib menyapa guru.
memang tak ada

antara soalan yang ditanya cikgu assin tadi
a)belajar dkat mane sekarang?
b)pointer dapat berapa?

yang aku jawap
a)saya kat unisel je cikgu..universiti swasta jer
b)biase2 je cikgu..ade la..three point dot dot dot..(*itu rahsia la*)

and cikgu memang cikgu...
a)tsk ape la.belajar dekat mana2 pun sama je.asalkan ade keinginan kuat untuk belajar
b)ok la tu..tak ape la.gagal sekai tak bermakna selamanya akan gagal kan?

baiknye cikgu.aku sangat lah terharu.rase macam special student plak
ye la..dapat perhatian lebih macamni..(padahal entah2 cikgu pun tanya student2 laen gak)haha

baik cikgu.saya akan dengar nasihat cikgu.semoga hidupmu mendapat keberkatan didunia dan akhirat kelak..insyaAllah...

02 March 2010

kepala ayam?



wokeh.ini cerita kelakar.saya tahu kamu patut gelak,tpi sila baca dulu entry ini smpai habis.ok?
tgk tajuk pun kepala ayam..dah tentu entry aku ni pasal kepala ayam gak..haha
alkisah bermula begini..
pada hari ini,saya dengan amat rajinnye(rajin la kunun)memasak untuk makan malam.
ala..masak yang simple2 je..ok,saya goreng ayam hari ini.empat ketul untuk dua orang makan.cukup la kot..

tiba waktu makan malam..
"alang..kenapa ada kepala ayam?"saya pun terkejut sakan la.dalam hati berkata "bile masa aku goreng kepala ayam?"
lagi satu,tak pernah dibuat orang makan kepala ayam pun kan..
dengan penuh rase terkejutnya saya pun menjengah ke dalam piring berisi empat ketul daging ayam tu.
saya nampak satu objek...ada paruh lagi tu..
mak!!!kepala ayam..http://www.emocutez.com


ok,anda dibenarkan ketawa sepuas hati sekarang ini.
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

ini kisah benar.bukan rekaan semata
p/s:ini nasihat untuk orang yang membaca entry ni,lain kali kalau nak masak tolong tengok betul2 ok.jangan jadi macam saya.hahaha
salam..hehe
wokeh.pagi tadi ade exam.paper hematology 2.
soklan cam bese..agak sukar kalau tak baca
tau2 je la pn haida punye paper kan..
hmm..
minggu yg agak bz
tp aku pulak dh dijngkiti virus2 kemalasan
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
nasib baik next paper isnin dgn selasa minggu depan.
fuh..~
dapat satu lagi asigment grup
harap xde masalah kali ni..

01 March 2010

de-hearty permata yang dicari

video

video nih...huhu.okeh..lirik die agk best sebenarnya
somthing to share with u all..
mencari permata dalam ribuan kaca berserakan..
renungkan lah ok?