05 September 2009

yang lurus or yang bengkok?



bercakap tentang jalan yang lurus..aku teringat terjemahan satu surah ni..

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

ha..tau tak ni surah ape?mesti ada part yang korg ingat2 lupe kan?itulah kita...
sejak kecil kita mengaji al-quran tapi kita tak pernah ambil inisiatif untuk mendalami makna yang tersirat disebaliknya..
terjemahan surah diatas adalah surah al-fatihah..ibu kepada segala surah.

straight path..or jalan yang lurus.
sangat berkaitan dengan hidup kita
pernah tak kita ambil tahu..kita berada di jalan yang mana?
or..kita di persimpangan yang mana?

No comments: