13 April 2010

kami prihatin!!


kalau kau orang bukak astro,mesti ada dengar lagu ni dipasang kan?
yang ade ramai2 artis tu.
ni bukan setakat nak sruh dengar aje.
ni nak suruh sedar jugak.

jomla kita hayati lirik lagu ni.
HARAPAN TANPA SUARA
---------------------------------------------
Di dalam kandungan ibuku sayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Ku ingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Ku jaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus:
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik: Habsah Hassan

kalau nak tengok video die,bukak sini harapan tanpa suara

kadang-kadang aku tak faham dengan fiil manusia zaman sekarang ni.
buat anak pandai
nak jaga tak reti
lepas tu main buang je.
kalau buang ada orang baik hati jumpa tak pe lagi.
what if binatang buas macam anjing jumpa?

sanggup ek?aku pun tak faham la.
orang lain punya la berusaha nak dapat anak sebab tak boleh beranak
ni sesenang hati je buang.
nampak sangat kesedaran sivik rakyat malaysia ni makin menipis.
serius weh
aku malu nak mengaku warganegara.
cuba bagitahu aku..ada tak negara lain kuar paper pasal buang anak dalam pam tandas?
tak pernah lagi kan?
aku pun malu nak mengaku perempuan.
sebab yang membuang tu dah tentu la orang yang mengandung,kan?
sape lagi yang boleh mengandung kalau bukan perempuan?
janganlah sebab golongan yang segelintir ni..semua wanita kat malaysia ni dicop tak bersifat keibuan."tak berperikemanusiaan".

maaf lah.entri ni agak emo sedikit.aku sensitif betul bab buang-buang nih.
cuba bayangkan apa perasaan budak yang dibuang tu bila dia besar nanti.
bila dapat tahu masa kecik-kecik dulu,ada orang jumpa dia dalam timbunan sampah.
wajarkah??
perihatinlah sikit kawan!

No comments: