23 April 2009

bile budak sains bercinta??

> Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??(jisim/isipadu=ketumpatan)

> Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.(tindak balas penggantian??tidak balas ap tu?xpenah dengar pun..)

> Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.(ape kene mengene kecerunan dengan unsur dan sebatian??mcm xngam je..)

> Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.(haha...pandai la tu..)

> Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!(yeker??bukan dimanipulasikan?

> Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

> Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.(hukum newton ketiga ade kene mengena dgn persamaan tindak balas ker??)

> Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.(random dgn rawak bkn benda yg same ker??)

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

> Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

> Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

> Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?(manusia berpadu scr kimia?bukan biologi ke?)

> Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.(oh...tgk anak pakai microscop chaya,,,so clever...org scan anak pakai ultrasound je,,ketinggalan zaman btul!)

> Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

> Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.(sin,kos..tan..haha)

> Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

> Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.(ler...kalo bg dlm ayat matematik xleh selesaikan jgk ke?)

> Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

> Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.(0.5=1/2=separuh)

> Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!(btul3x...aku sokong tu...)

> Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

> Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.(haha...nti dpt hypertensi la jwpnye..)

> Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.(plasmolisis la pulak...macam2)

> Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........(sian...tp grafit ade nilai ape??)


diplagiat sepenuhnya dr website www.syok.org...sape la yg buat ni..
wahai student2 sains sekalian....adakah percintaan anda begini??
aku pun sains gak..tp xla smpai cakap pakai bahasa fizik,kimia,bio segala bagai..
aku tengah fikir..cmne nk cakap i love you or i miss you dalam bahasa sains...
ade sape2 dpt idea x??
ahakss..

No comments: