13 August 2009

andainya wanita tahu..

dengan nama allah,yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
entry hari ini...andainya wanita tahu..satu kajian random terhadap kaum lelaki..aku pun tak pasti siapa yang jadi tukang kaji...juz nk share..coz aku rs artikel ni agak menarik juga..hehe

-Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)[betul3x..aku sokong 120 %]

-Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.[hehehe..part menarik ni.betul la agaknya..sebab lelaki lebih mementingkan keserasian..tapi ada gak lelaki lepas kahwin perempuan cantik lalu depan mata selamba je usya depan isteri..xtau la kot2 deme saja nak bagi isteri deme jeles..]

-Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.[yup..jadi ada baiknya berterus-terang..sebab kadang-kadang kalau kita bagi hint pun,lelaki tak kan perasan..]

-Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.[aha?tapi ada fakta mengatakan lelaki susah nak heal diaorang punya heartbroken..ambik masa lama jugak la..]

-Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.[yang ni..aku setuju la..]

-Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.[yang ni..camne nak explain yer..dh memang fitrahnye lelaki akan tertarik melihat wanita..]

-Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama![yang ni..aku xpasti la.maybe jgk kot.xde experience pulak bab2 ni]

-Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.[erm..ade ke cmtu?]

-Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.[ye ke?tapi kadang2 diaorang ikutkan jugak..sayang la katakan..]

-Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.[tapi..kbykn wanita akan buat2 xtau..walaupun si lelaki sikit punya straight to the point..]

-Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys![ha?yeke?]

-Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.[ha..yang ni betul.aku sokong..]

-Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini. kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.[girl are sure unpredictable..]

-Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..:)[maybe...!]

-Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja.Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah![hahaha..nti xpasal2 msuk court pasal sexual harassment..just forgive la..

-Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.[sebab adalah pelik melihat lelaki menangis meraung-raung kerana seorang wanita.banyak lagi perempuan dalam dunia ni..]

-Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...[boleh pakai ke idea ni?]

-Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.[aku rs aku ok je?]

-Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.[hehehe..secret weapon..]

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

yes...and kenalah ingat..tiada siapa yang perfect dalam dunia ni..sebab tu allah cipatakan setiap insan dengan kelemahan masing-masing..supaya hidup ini saling melengkapi...
"we came to love not by finding a perfect person..it's because we learn to see an imperfect person perfectly.."[novel RADHA-rnysa]

No comments: