15 August 2009

solat sunat istikharah dan mimipi

assalamualaikum..
entry yang aku rasa agak menarik tajuknya untuk dibincangkan...
korang pernah buat solat sunat istikharah..?
secara jujurnya..aku belum pernah buat lagi..
tp dalam usaha nak mencuba
mentaliti masyarakat zaman sekarang,solat sunat istikharah hanya ditunaikan
apabila berkaitan hal-hal jodoh..
walhal..tujuan sebenar kita mengadakan solat istikharah itu adalah untuk memohon petunjuk daripada allah s.w.t
setelah berhadapan dengan dua pilihan yang berat untuk dipertimbangkan..
dimana pilihan yang kita ada itu amat seimbang dan memiliki banyak persamaan..
bermakna..kita menyerahkan keputusan ditangan allah s.w.t agar membimbing kita memilih yang terbaik diantara pilihan-pilihan tersebut..
maksudnya disini..solat istikharah bukanlah hanya bila kita tidak boleh membuat keputusan dalam soal jodoh..bahkan dalam semua aspek kehidupan.tidak kiralah dalam soal nak memilih universiti mana satu,nak ambik kos ape,dan sebagainya..
Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.
Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.

Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”


so..apa kaitan solat istikharah dengan mimpi?
sebenarnya tak de kaitan pun..menurut Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman dalam blognya.
http://www.zaharuddin.net..amalan solat tidur selepas menunaikan solat sunat istikharah adalah cadangan Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)


dan perlu diingatkan!tidak semestinya kita menuruti apa yang terdapat dalam mimpi selepas kita melakukan solat sunat istikharah..sebab ada kemungkinan bila kita mendapat tahu keputusan tersebut kita akan tidak menyukainya..sebab kadang2 perasaan tidak suka kita itu berkemungkinan juga hasil dari istikharah yang kita lakukan..:)

riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya” ..
maknanya,kita digalakkan melakukan istikharah dan menerima keputusan daripada istikharah itu dengan redha..

(Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)


ha..dh terbukti kan?so..tiap apa jua yang kita lakukan pun..jika menemui kesulitan,boleh aja kalau nak buat istikharah..bukan hanya dalam bab2 jodoh aja..

marilah kita sama-sama amalkan solat sunat istikharah..huhu..

No comments: