05 August 2009

kisah buku baru...

tajuk kite hari ni pasal buku baru...bukan buku baru beli dari kedai la..haa..tau tak esok hari ape?nisfu syaaban la..aku pun baru teringat.ni semua angah punya pasal la..
"alang,esok aku puasa tau"
"la..puasa je la.apa kena mengena dengan aku?"
"esok kitaorang puasa berjemaah satu ofis.kan nisfu syaaban.lepas tu bukak puasa sama-sama"
"ohh..."aku baru teringat,ni kan bulan syaaban...

tiba-tiba terdetik pulak kat ati apa kelebihan nisfu syaaban ni sampai semua orang sibuk nak beramal banyak2..padahal hari lain pun boleh je nak buat kan?surf internet tadi..dapat tengok satu artikel ni.. http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm...


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban maksudbya setengah bulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

malam ni jugak dikatakan hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).kalau kat sekolah dulu ada buku rekod disiplin kan?yang ni pun lebih kurangla...segala amalan kita selama setahun tu akan dipresent kpd allah s.w.t...so,agak2 kalau letak atas penimbang tu mana satu lg berat?baik ke jahat?sendiri makan asam,sendiri rasa masam la kan..bila aku teringat je benda ni kan,baru terfikir banyak mana sangat amal kebaikan yang aku ada selama setahun tu nak dipresentkan pada allah s.w.t?

kita selalu rasa cuak bile nak present project paper kat depan semua student and lecturer..tapi pernah tak kita rasa perasaan yang sama bila buku amalan kita nak kena present dengan allah s.w.t ni?so...fikir2 la.

No comments: