07 August 2009

lelaki cantik?perempuan gagah?


cantik ke lelaki ni?
Kecantikan Lelaki.
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah :-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk KEINSAFAN
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

perempuan gagah?
Kegagahan Perempuan.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah, adalah :-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Lelaki yang cantik mendorong perempuan menjadi gagah dan perempuan yang gagah mampu membuat lelaki cantik mengalirkan air mata kerinduan..
Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


aku kira setuju je dengan pendapat ni..lelaki bukan sahaja patut ada rupa yang hensem tetapi harus ada sifat yang cantik sejajar dengan keelokan paras rupanya.jangan ingat lelaki cantik je mesti yang jenis lemah lembut macam pondan.salah tu!wanita pula harus mempunyai sifat gagah,walaupun perempuan telah Allah s.w.t jadikan lembut sifatnya.lepas tu jangan ingat perempuan yang gagah ni mesti yang selalu angkat benda berat-berat je..

anda semua setuju x dengan pendapat ni?

No comments: